CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tikam Kawan Sampai Mati, Potong Dagingnya Dan Beri Makan Kepada Kucing

13-3-2021 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2838| Komen: 12

Description: Almaty: Gara-gara mabuk, seorang lelaki di Kazakhstan bertindak di luar kawalan dengan menikam rakannya hingga mati sebelum memotong anggota badan mangsa.
Almaty: Gara-gara mabuk, seorang lelaki di Kazakhstan bertindak di luar kawalan dengan menikam rakannya hingga mati sebelum memotong anggota badan mangsa.

Lebih mengerikan apabila dia memberi makan daging mangsa kepada kucing liar.

Daily Star melaporkan suspek, Arman, 33, disyaki melakukan perbuatan itu pada 2 Mac lalu selepas mengundang mangsa, Daniyar ke rumahnya untuk berparti.

Foto: Agensi

Difahamkan, suspek dan mangsa sempat minum alkohol bersama-sama sebelum mereka bertengkar.

Suspek yang hilang kawalan terus mengambil pisau di dapur sebelum menikam rakannya hingga mati.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengerat anggota badan rakannya dan memberi daging itu kepada kucing liar.


Tindakan itu dipercayai bagi menghapuskan bukti.

Namun, jirannya, Dmitriy Postnikov ternampak titisan darah dan potongan daging di balkoni rumah Arman.

"Arman memberi daging Daniyar kepada kucing bagi menutup kejahatannya," kata Postnikov.

Seorang lagi saksi yang tidak didedahkan namanya mendakwa melihat suspek melemparkan daging itu keluar rumah untuk dimakan haiwan berkenaan.

Jurucakap polis, Bakhytzhan Kudiyarov berkata, pihaknya sudah menerima laporan dan menahan suspek untuk siasatan.

"Suspek mengaku membunuh rakannya semasa bertengkar ketika parti berkenaan," katanya.

Siasatan lanjut dijalankan dan Arman boleh berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 13-3-2021 06:03 PM
Gile pengakhiran hidupnya
Quote INTAN.JEJAI 14-3-2021 12:21 AM
Ee ngeri nye {:freak
Quote unicornlady 14-3-2021 01:15 PM
Sungguh kejam
Quote dibs 14-3-2021 04:09 PM
"Suspek mengaku membunuh rakannya semasa bertengkar ketika parti berkenaan," katanya.
Siasatan lanjut dijalankan dan Arman boleh berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Serius ah hukuman dia penjara maksimum 15 tahun je?

Quote TravellingBear 14-3-2021 04:11 PM
nama tempat pon Almaty. mati itu pasti. tapi mengerikan sgt
Quote any42 14-3-2021 05:20 PM
ngerinya. makin btmbah mnusia yg btukar jd ganas ruthless kejam gila mcm ni
Quote missbigrockstar 14-3-2021 05:31 PM
Nak pula kucing liar makan? Selalu bau daging lain sikit je kucing taknak.
Quote ikanmasin 14-3-2021 07:37 PM
kerana mabuk..apa pun mana peduli dah..
Quote intan244 16-3-2021 12:25 AM
missbigrockstar: Nak pula kucing liar makan? Selalu bau daging lain sikit je kucing taknak.

itulah. takut pulak ngan kucing kalau manusia pon makan
Quote Ain_h 17-3-2021 11:36 AM
Dah macam filem dah serammmm, btw Sesiapa tahu tak mcm mana nak tukar nickname dekat forum ni, tq?
Quote life_love 18-3-2021 04:08 PM
mak aiii scarynyer
Quote intanblur 20-3-2021 01:14 AM
Scarynyaaaaa

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.095221 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top