CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Ini Dikompaun RM10,000 Sebab Tak Imbas Kod Mysejahtera

12-3-2021 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6337| Komen: 62

Description: Polis Cheras mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun ke atas seorang individu kerana kesalahan tidak mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera petang semalam.
Polis Cheras mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun ke atas seorang individu kerana kesalahan tidak mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kompaun itu dikeluarkan semasa Pasukan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membuat pemeriksaan di sebuah kedai makan di Bukit Jalil.



“Pada 11 Mac 2021, pukul 6.55 petang, satu Pasukan Pematuhan SOP PKPB telah mengeluarkan kompaun ke atas seorang individu kerana kesalahan tidak mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera atau buku daftar yang disediakan oleh pekedai.

“Ia sepertimana yang diperuntukkan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, mana-mana individu yang melanggar SOP yang ditetapkan boleh dikompaun sebanyak RM10,000,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki dipercayai menjadi individu pertama dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar SOP PKPB di sebuah premis di Bukit Jalil.

Surat saman kerana gagal mengimbas kod aplikasi Mysejahteras tersebut tersebar di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk yang mempertahankan tindakan pihak polis.

Dalam pada itu, Mohamed Mokhsein menegaskan, dakwaan yang ditularkan kononnya individu dikompaun tersebut telah mendaftar diri melalui mana-mana saluran, aplikasi atau dalam buku daftar yang disediakan oleh pekedai adalah tidak benar.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan, pihak polis akan mula mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar SOP PKP.

Bagaimanapun, beliau dipetik berkata, jumlah sebenar kompaun dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.

Jelas beliau, kuasa tersebut bukan berada bawah anggota polis yang memberikan denda tersebut kerana mereka hanya diberikan tugas untuk menawarkan kompaun kepada pesalah.

“Mereka (anggota polis) akan menulis dalam notis kompaun itu nilai RM10,000 sebab dalam Ordinan Darurat ini ia (denda) dinaikkan dari RM1,000 ke RM10,000,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • mamajawie


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 12-3-2021 06:25 PM
Wow ingatkan merentas negeri je konpaun 10000
Quote bebah 12-3-2021 06:31 PM
Kenapa date bulan april. Valid kah?
Quote akies 12-3-2021 06:34 PM
Nasibla .. sape suh ‘rajin’ sgt tak scan
Quote notM 12-3-2021 06:37 PM
Meols nak tengok orang pertama di Negeri Lobai kena saman
Quote rajamoney 12-3-2021 06:48 PM
kesian

kejam nau gomen ni

sampai ke 10k?

nak bayau ngn apa?

ngn bulu?
Quote syidasaleh 12-3-2021 06:49 PM
bebah replied at 12-3-2021 06:31 PM
Kenapa date bulan april. Valid kah?

Nampak macam tawaran ini tamat sehingga April tu. Klu tak bayar kenda denda ngan penjara la mcm tu
Quote jas7512 12-3-2021 07:11 PM
rajamoney replied at 12-3-2021 06:48 PM
kesian

kejam nau gomen ni

Ini sbb kesalahan kali kedua....the 10k i think is justified sbb klu 1k je..org x kisah nak langgar peraturan
Quote rogayahtop 12-3-2021 07:40 PM
Lmao. Akak tunggu menteri dah vaccine kena saman pulak. Nanti bolehla bagi alasan kami dah vaxxed. Pfizer lagi.

Quote sayawifenikmie 12-3-2021 07:56 PM
dalan keadaan ekonomi nazak .. agak agak lah jumlah saman tu .. tinggi sangat rm10k tu ....
Quote malaygirl 12-3-2021 08:04 PM
Habis lah duit isinar
Quote rajamoney 12-3-2021 08:06 PM
jas7512 replied at 12-3-2021 07:11 PM
Ini sbb kesalahan kali kedua....the 10k i think is justified sbb klu 1k je..org x kisah nak langga ...

tk kisah la kedua ketiga keempat
nak bayau ngn apa?

bayau ngn bulu?

10k tu

baik ko sumbat je dlm jel terus
Quote mesmerize 12-3-2021 08:07 PM
dah namanya rules kena la follow.. dah langgar rules kena la saman ye tak.. jangan kata gomen tak pernah warning denda dah naik 10K
Quote noor2 12-3-2021 08:07 PM
Pada aku denda sebab x scan my sejahtera ni 10k mmg x masuk akal....gila
Quote Belibis 12-3-2021 08:19 PM
Hari ni sahaja,330 kes kena saman 1k.pakcik kayo laaaa..ops kenderaan pun bersepah2 sekarang .saman 3 ratus menanti.  
Quote zjen 12-3-2021 08:50 PM
Edited by zjen at 12-3-2021 08:51 PM

mana pergi pihak pembangkang dlm kerajaan ?

so far iols rasa pembangkang weols mostly fail ...  just bising je,  xde pape yg berjaya halang kerajaan spt GST ...  seblum PRU ckp kalu berjaya pecah 2 per 3 boleh halang,  padahal xde pon,  puik

better semua pakat pangkah calon bebas ...  semua forumer CI kalu rasa diri cukup garang naik jelah jadi calon tanpa bodek org besar dlm UMNO atau parti lain

calon bebas boleh pijak dua alam ...  boleh jadi pembangkang,  juga boleh setuju dgn kerajaan jika mender tu baik spt BR1M

Quote gigahertz 12-3-2021 08:57 PM
akies replied at 12-3-2021 10:34 AM
Nasibla .. sape suh ‘rajin’ sgt tak scan

Sekarang scan dah mandatori kan ?
Quote noor2 12-3-2021 09:01 PM
Kalau scsn mandatory orang yg x bawa hp atau x de hp tu mcm mana?..
Quote noor2 12-3-2021 09:02 PM
X munasabah betul....
Quote tripleid 12-3-2021 09:03 PM
Bila nak denda menteri skali..?

Lihat semua komen(62)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-12-2022 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.197642 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top