CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Penjara Bakal Sesak Dihuni Penyebar Berita Palsu

12-3-2021 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1573| Komen: 8

Description: Ipoh: Pewartaan ordinan bagi mengekang berita tidak benar berkaitan Covid-19 dan proklamasi darurat yang berkuatkuasa hari ini, memberi kelebihan kepada polis bagi menahan pesalah tanpa perlu menunggu ...
Ipoh: Pewartaan ordinan bagi mengekang berita tidak benar berkaitan Covid-19 dan proklamasi darurat yang berkuatkuasa hari ini, memberi kelebihan kepada polis bagi menahan pesalah tanpa perlu menunggu perintah untuk siasat (OTI) daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPPO).


Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu membolehkan tindakan pantas dilakukan pihaknya bagi menangani ancaman berita tidak benar dibuat selain lebih memudahkan siasatan lengkap dikendalikan.


Gambar Hiasan

"Kita sedar orang-ramai seakan marah dengan polis sebab lambat ambil tindakan terhadap berita tidak benar yang ditularkan sebelum ini. Bukan lambat, tetapi ia disebabkan kekangan udang-undang di bawah akta sebelum ini yang mana kesalahan itu dikelaskan sebagai 'non-feasible offence' (NFO).


"Disebabkan NFO, sebelum ini kita perlu dapatkan OTI dahulu daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang mana ia ada kalanya memakan masa sehingga seminggu. Tempoh mendapatkan OTI yang memakan masa mungkin sempat bakar semangat orang lain yang akhirnya membawa kepada perbalahan fizikal.


"Jadi saya mengalu-alukan keputusan kerajaan mewartakan ordinan itu yang menjadikan kesalahan berhubung berita tidak benar ini dijadikan suatu kesalahan yang lazim untuk pelakunya ditangkap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Penutupan Rasmi Kursus 'Private Pilot's Licence' (PPL) di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM Datuk Seri Rahim Jaafar dan Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Abdul Hamid berkata, tindakan lebih drastik juga akan dibuat susulan pewartaan itu apabila anggota atau pegawai PDRM sendiri yang akan membuat laporan polis mengenai sesuatu berita tidak benar yang ditularkan berbanding sekadar menunggu laporan daripada orang awam seperti sebelum ini.

Menurut beliau, penangkapan pelaku kesalahan itu membolehkan keterangan pesalah diambil sebelum dibebaskan dengan ikat jamin bagi kes ringan, manakala bagi kes berat, pihaknya akan berusaha bagi meyakinkan mahkamah agar tempoh reman pesalah dipanjangkan sementara siasatan lengkap.

"Kita memang ada satu pasukan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dibantu satu unit khas yang diberi peranan memantau 24 jam mengenai sebarang berita berunsur menghasut, fitnah dan mencetuskan kegemparan khususnya di media sosial.

"Selepas ini, kita tidak perlu lagi menunggu orang awam buat laporan, (sebaliknya) jika kita nilaikan ia sebagai kesalahan, kita sendiri yang akan buat laporan bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya.

Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 yang berkuat kuasa hari ini memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali selain denda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari kesalahan berterusan selepas sabitan.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, PDRM melakar sejarah baharu melalui pengambilan lima pegawai wanita yang akan mengisi kekosongan sebagai juruterbang pesawat bagi aset PDRM selepas 41 tahun sejak penubuhan Unit Udara PDRM pada 1979.

Beliau berkata, lima pegawai wanita itu antara 10 pelatih PPL bagi kemasukan seterusnya yang dijangka bermula tidak lama lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songhara1226 12-3-2021 05:24 PM
Kalau iolls cakap SAJAT tu pompuan, dikira berita palsu ke? Kena masuk penjara juga ke?
Quote AbukRokok 12-3-2021 05:25 PM
okla tu.. lpas ni boleh rompak bank.. bunuh rogol.. kne tgkap masuk mahkamah xboleh masuk penjara sbb penjara dah penuh
Quote rajamoney 12-3-2021 05:33 PM
tangkap penyebar berita palsu dlm forum ni

yg sekor tu kata aurora tu graviti

yg sekor tu kata dia boleh bercakap ngn cipanzi

yg sekor tu kata vaksin pfizer made in israel

yg sekor tu kata penang telah digadaikn kepada british

sumbat dlm jel

boleh diorang have fun main pungut2 sabun

prfffffffffght
Quote rogayahtop 12-3-2021 08:11 PM
Lmaoo. Org dalam twitter dulu2 dah predict.
Quote LoveSungmin 12-3-2021 09:52 PM
Bagus la.. Rengsa i baca posting2 kiasu kat fb tu.. Mohon lucutkan je kewarganegaraan sekali
Quote LadyCarefree 13-3-2021 01:20 AM
Bagus.

Tapi kalau gosip kt cari ni bukan berita palsu tau. Gosip je tarafnya.
Quote unicornlady 14-3-2021 01:22 PM
Semoga adil bila menjatuhi hukuman nanti. In sha Allah
Quote unicornlady 14-3-2021 01:23 PM
Biar la adil bila menjatuhi hukuman kelak

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.080503 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top