CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Bukan Nak Raih Simpati, Tapi Anxiety Attack Is Real!" - Aril Pilus

12-3-2021 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8322| Komen: 65

Description: Penyanyi dan pengacara Aril Pilus meluahkan perasaannya selepas terkena serangan panik (anxiety attzck) sejak beberapa bulan lalu.
Penyanyi dan pengacara Aril Pilus meluahkan perasaannya selepas terkena serangan panik (anxiety attzck) sejak beberapa bulan lalu.

Aril ketika dihubungi Gempak berkata, tujuan dia membuat luahan bukan untuk meraih simpati atau mengugut, tetapi ia sebagai penguat semangat dan pengajaran kepada orang lain.



Kredit foto: IG Aril

"Saya tulis begitu di ruagan story laman Facebook sebab nak bagitahu yang anxiety attack ni bukan benda main-main.

"Dalam satu-satu masa otak saya berfikir terlalu banyak benda. Tiba-tiba rasa sesak nafas, dada sempit, adrenalin dan jantung laju.. Rasa macam malaikat maut datang nak cabut nyawa masa tu jugak.

"Saya sendiri tak pasti apa yang saya fikirkan tetapi yang nyata, haruslah mengenai apa yang sedang saya hadapi sekarang," katanya.

Menurut Aril, sepanjang hidupnya dia tidak pernah terfikir akan terkena penyakit serangan panik.


"Saya pergi joggiing untuk alihkan perhatian saya daripada berfikir benda yang bukan-bukan. Saya sudah bertemu dengan doktor dan mendapatkan kaunseling serta khidmat nasihat.

"Doktor berikan saya ubat dan menasihatkan supaya menjalani gaya hidup sihat dan berfikiran positif. Insya-Allah, secara perlahan-lahan saya boleh mengatasi dan mengawalnya kerana saya tidak mahu anxiety attack ini menjadi lebih teruk.

"Saya berserah kepada Allah dan ikhtiar apa yang mampu. Saya percaya Allah tidak akan menguji hambanya melainkan hamba itu mampu mengatasinya," katanya positif.

Dalam pada itu, Aril berpesan kepada mereka yang mengalami tekanan dan mendapat serangan panik tidak malu untuk bertemu doktor.


Kredit foto: IG Story Aril

"Jumpalah doktor secepat mungkin sebab anxiety attack is real! Selain itu, berdoalah dan mohon kekuatan daripada Allah SWT.

"Lakukan aktiviti yang boleh mengalih perhatian anda daripada terus berfikir perkara yang tidak perlu, kita elak selagi mampu elak.

"Lagi pula dalam keadaan sekaran ini, ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19..Hilang kerja, hilang pendapatan tak mustahil akan terkena anxiety attack," ujarnya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 12-3-2021 05:41 PM
Kalo psl dia ni aku cuma igt yg kaki kena cium je
Quote sofyayra 12-3-2021 07:27 PM
Betul aril ni cakap, anxiety/panic attack mmg celakoi betul rasanya. That is the least feeling yg aku nak family/anak2 aku alami.  
Quote Kurex 12-3-2021 07:56 PM
Iols lagi minat arwah abg dia si izwan pilus tu
Quote 3480 12-3-2021 10:12 PM
Betui dia ckp..
Aku dh kena
Sampai satu tahap mcm xnak jumpa sapa2
X pecaya sapa2
Rsa mcm diperhati
Kdg2 debor mcm dikejor anjenggg
Huihhh.. penatttt
Ada lg la.. cukup la xplen yg tu ja
Quote Nenasketum 12-3-2021 10:17 PM
Second apa dia tulis ni, aku pun dah kena. Tapi paling elok ialah solat, gitteww
Quote salmon-suki 12-3-2021 10:26 PM
Kwn ai ada anxiety n mmg suffers a lot laa..bila tkr suasana baru,nak kena cope dgn benda2 baru,mmg anxious sgt smpai xleh tido n mkn..doc pn suh g jmpe saikologis utk terapi..

N yes,ai harap nanti xde retis lain guna alasan anxiety attack utk raih simpati.. anxiety, depression,schizo tu semua masalah mental..jgn laa nak mintak penyakit2 tuh..
Quote naina 12-3-2021 10:48 PM
3480 replied at 12-3-2021 10:12 PM
Betui dia ckp..
Aku dh kena
Sampai satu tahap mcm xnak jumpa sapa2

Kenapa jadi cmtu? Terlalu fikir bukan2 sampai jantung berdegup laju ke
Aku pon selalu fikir bukan2 takut jadi apa2 pd anak2 aku ke klu keluar sana sini..normal tak cmtu?
Quote 3480 12-3-2021 11:35 PM
naina replied at 12-3-2021 10:48 PM
Kenapa jadi cmtu? Terlalu fikir bukan2 sampai jantung berdegup laju ke
Aku pon selalu fikir bukan ...

Tu normal
Tp klu fikir melebih2 mgkin boleh sampai thp aku kna tu kot
Yg aku kna tu.. mgkin tlalu fikir sampai x fikir pon dia boleh lintas2 dlm kepala..
X reti la nk cerita.. sapa pnh kna dia tau la cemana.. penat wei jd cmtu.. penat otak, penat jantung.. minta dijauhkan la
Quote Làlisá 13-3-2021 01:35 AM
Betul tu.. penat jadinya bila kena attack.. macam baru lepas lari pecut penat dia.. padahal duduk dan baring sahaja.. kalau tak dapat adapt anxiety ni memang bawa pada depression pula sebab rasa macam dah nak mati.. tapi tak mati-mati lagi sampai timbulkan rasa geram, fed up seterusnya nak ambil nyawa sendiri.. but those yang tak kena memang takkan faham apa perasaan tu kan? Kadang-kadang kena cop overreacting, kurang kasih sayang, nak perhatian je tu..
Quote Bantalkuning 13-3-2021 01:44 AM
i baru je kena anxiety lately ni.. mmg shit sgt rasanya.. dengan jantung dengup laju, shaking, penat gila.. tarik nafas bg cool down pun tk jalan juga.. betul la apa aril cakap tu sampai satu tahap i fikir malaikat dtg nk cabit nyawa i
Quote adelea 13-3-2021 03:00 AM
Edited by adelea at 13-3-2021 03:21 AM
sofyayra replied at 12-3-2021 07:27 PM
Betul aril ni cakap, anxiety/panic attack mmg celakoi betul rasanya. That is the least feeling yg ak ...


tu belum masuk sampai jadik muscle spasm kat tulang belakang sampai x leh bediri , at the same time .. short breath mcm suffocation ...


org yg alami je boleh tau macam mana seksanya ..
Quote adelea 13-3-2021 03:04 AM
3480 replied at 12-3-2021 10:12 PM
Betui dia ckp..
Aku dh kena
Sampai satu tahap mcm xnak jumpa sapa2

x nak jumpa org and tak percaya orgtu anxiety atau kemurungan . ? can you explain a bit ..
Quote haifawehbe 13-3-2021 03:27 AM
iols penah kene panic attack dlm wayang. sama mcm dia rasa. iols ingat nk mati dah time tu. start dari haritu iols elakkan pegi tempat crowded & gelap sebab buat iols lg insecure & anxiety.
Quote rogayahtop 13-3-2021 04:13 AM
Anxiety attack is the new OCD ke nih. Kokspinning tu dah claim belum?

Quote Rainsack 13-3-2021 04:23 AM
Dia ni sape? Tak kenal pun {:nose{:give{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose
Quote Cik_jantung 13-3-2021 06:59 AM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 12:39 PM
adelea replied at 13-3-2021 03:00 AM
tu belum masuk sampai jadik muscle spasm kat tulang belakang sampai x leh bediri , at the same t ...

..........
Quote sofyayra 13-3-2021 08:52 AM
3480 replied at 12-3-2021 11:35 PM
Tu normal
Tp klu fikir melebih2 mgkin boleh sampai thp aku kna tu kot
Yg aku kna tu.. mgkin tlal ...

Ni overthinking tapi bukan kita sesaja nak pikir lelebih, benda tu pop je dtg.
First few months dtg mmg aku struggle, tetiba panic attack, hypervent. Smpai tahap prnh dgr suara suruh terjun, masa naik moto dgn asben. Itu the first and last aku dengar.
Until one time aku cakap kt diri sendiri, ko ni lemah, dulu ko indipendnt je ke sana ke sini sorg2, la ni dh macam apa.

So after few yrs Alhamdulillah, i recovered a lot tp ada time bengong dtg jgk anxiety tu.
Quote sofyayra 13-3-2021 08:56 AM
adelea replied at 13-3-2021 03:00 AM
tu belum masuk sampai jadik muscle spasm kat tulang belakang sampai x leh bediri , at the same t ...

Betul, bygkan tgh dok dendiam buat kerja tetiba mai anxiety tu. Apo.

Awal2 kena tu mmg rajin check in emergency la, and one time kena warded. Pasal masa jumpa Dr one time jantung debar gila laju. Last2 dibaginya iols pakai neb. Iols siap request nak jumpa Dr sakit jiwa lagi haha
Quote naina 13-3-2021 08:59 AM
Mungkin faktor pemakanan jugak kot jadi cmtu..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-10-2022 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082098 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top