CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bangkai Tanpa Kepala, Ganjaran Beribu Cari Pembunuh Kucing

12-3-2021 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2080| Komen: 17

Description: Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran RM2,000 kepada individu yang mempunyai maklumat dan menjadi saksi utama kes pembunuhan ibu dan anak kucing yang ditemui tanpa kepala pad ...
Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran RM2,000 kepada individu yang mempunyai maklumat dan menjadi saksi utama kes pembunuhan ibu dan anak kucing yang ditemui tanpa kepala pada 9 Mac lalu.


Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika berkata, maklumat itu penting bagi membantu siasatan memandangkan pelaku terbabit masih belum berjaya dijejaki sehingga kini.

Gambar Hiasan


"Bangkai kucing itu ditemui di sebuah apartmen di Puchong, Selangor dan pelaku dipercayai sengaja menyorokkan perbuatan zalimnya itu dalam pasu bunga yang diterbalikkan.

"Sehingga kini, pelaku terbabit masih belum dikesan dan tidak kelihatan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


"Meskipun begitu, kes itu masih dalam perhatian Animal Malaysia. Penduduk apartmen atau sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil supaya supaya pelaku dihadapkan ke muka pengadilan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Arie, jika sabit kesalahan, pelaku terbabit boleh dipenjara maksimum tiga tahun dan denda sehingga RM100,000 mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Katanya, saksi orang ramai boleh menyalurkan maklumat terus ke Animal Malaysia dengan menghantar kiriman Whatsapp ke nombor 01120901097.

"Selain itu, aduan boleh dibuat di laman web animalmalaysia.com/report-animal-crime/.

"Kerjasama orang ramai amat diharapkan dan pengadu tidak perlu khuatir kerana maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 12-3-2021 05:54 PM
Apsal la sekejam ini wahai manusia
Quote Decaffeinated 12-3-2021 05:56 PM
Kalau ayam tanpa kepala ok pulak tak kejam

- persatuan pencinta ayam
Quote akies 12-3-2021 06:33 PM
Decaffeinated replied at 12-3-2021 05:56 PM
Kalau ayam tanpa kepala ok pulak tak kejam

- persatuan pencinta ayam

Ahhahahha.
Quote SayaSayangMama 12-3-2021 08:07 PM
Lipas tanpa kepala, cicak tanpa ekor.. xde sape ke bela.
Quote rajamoney 12-3-2021 08:08 PM
bnyk lak duit ngo binatang ni

sampai nk upah bounty hunter

prffffffffffght
Quote SayaSayangMama 13-3-2021 09:46 AM
rajamoney: bnyk lak duit ngo binatang nisampai nk upah bounty hunterprffffffffffght


Duit tu elok kasi kan kucing kucing di jalan lg baik. Fokus kt kucing jantan dulu
Quote green~tea 13-3-2021 09:58 AM
Apa kata ngo haiwan ni pergi ambil segala anjing kucing liar pi ternak rumah dirog.. sangat2 dialu2kan.. dari menyibuk nak saman org... kalo diorg berbesar hati mulia ternak binatang liar, pasti tiada kekejaman seperti ini berlaku.. do your job la ngo, duit derma org ramai tu gunakan sebaiknya
Quote jiwasemangat 13-3-2021 10:18 AM
Siapa president persatuan nii...?
Quote mikasa 13-3-2021 10:36 AM
SayaSayangMama replied at 12-3-2021 08:07 PM
Lipas tanpa kepala, cicak tanpa ekor.. xde sape ke bela.

Dabel standard
Quote Zirara99 13-3-2021 10:37 AM
green~tea replied at 13-3-2021 09:58 AM
Apa kata ngo haiwan ni pergi ambil segala anjing kucing liar pi ternak rumah dirog.. sangat2 dialu2k ...

Dh agak dh mesti ada komen macam ni. Macam-macam kerenah.
Quote notM 13-3-2021 11:09 AM
Makanan Kucing pun mahal sekarang...

Biar la dia mati dari terseksa
Quote green~tea 13-3-2021 11:10 AM
Edited by green~tea at 13-3-2021 11:11 AM
Zirara99 replied at 13-3-2021 10:37 AM
Dh agak dh mesti ada komen macam ni. Macam-macam kerenah.


Ramai org awam (friends and neighbors) amek initiative bela sendiri kucing2 liar ni... kasi makan... kasi tpt tinggal, lg elok provide tempat kucing berak etc pastu castrate utk elak membiak merata... bg i tu murni...

Ni buat NGO and guna duit derma utk bayar gaji lawyer... defeat the purpose... guna duit donation bg tujuan lain
Quote unicornlady 14-3-2021 05:19 PM
Scary nya sampai tak de kepala
Quote missbigrockstar 14-3-2021 05:37 PM
Zirara99 replied at 13-3-2021 10:37 AM
Dh agak dh mesti ada komen macam ni. Macam-macam kerenah.

Setiap thread penganiayaan haiwan jalanan mesti ada
Quote Zirara99 14-3-2021 11:57 PM
missbigrockstar replied at 14-3-2021 05:37 PM
Setiap thread penganiayaan haiwan jalanan mesti ada

Tu laa. Kalau tak ada benda baik nak cakap/bantu baik diam kan..ni tak.....poningg laa.
Quote Ain_h 17-3-2021 11:38 AM
Seramnya aa {:teatime
Quote kasibiman 17-3-2021 11:39 AM
Decaffeinated replied at 12-3-2021 05:56 PM
Kalau ayam tanpa kepala ok pulak tak kejam

- persatuan pencinta ayam


Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2022 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.102819 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top