CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

5 Hari Dikurung Pembeli Iphone, Mujur Selamat

12-3-2021 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14171| Komen: 118

Description: Kuala Lumpur: "Sepanjang lima hari dikurung di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka, saya hanya beberapa kali sahaja makan nasi dan biskut malah kadangkala tidak diberi makan," kata Muhammad A ...
Kuala Lumpur: "Sepanjang lima hari dikurung di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka, saya hanya beberapa kali sahaja makan nasi dan biskut malah kadangkala tidak diberi makan," kata Muhammad Amirul Shafiq, 25.


Muhammad Amirul berkata, dia tidak menyangka lelaki yang mendakwa ingin membeli telefon bimbit dijualnya itu akan membawa lari dan memerangkapnya.

Menurutnya, dia pada mulanya bertemu dengan lelaki terbabit untuk membuat penghantaran tiga unit telefon pintar Apple iPhone 12 berharga lebih RM17,000 di premis perniagaan di Sungai Besi, 7.30 malam Sabtu lalu.


"Saya ketika itu tunggu hampir sejam kerana lelaki itu memberi alasan ingin mengeluarkan wang terlebih dahulu.


"Sebaik dia tiba, lelaki itu meminta saya mengikut dia masuk ke dalam keretanya di parkir di bawah banggunan itu kononnya tidak mahu orang nampak ketika mengira wang yang dibawanya itu," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Katanya, namun ketika berada di dalam kereta itu bersama dua lagi lelaki lain, pembeli itu terus menyembur ubat nyamuk ke mata dan menumbuk sebelum mengikat tangan dan mulut dengan pita pelekat.

"Saya cuba menjerit meminta pertolongan ketika itu namun tiada sesiapa yang menyedari sebelum mereka terus bergerak ke sebuah farmasi di sekitar Sungai Besi.

"Saya kemudian diberi 10 biji ubat dan dipaksa makan menyebabkan mula dalam keadaan separuh sedar," katanya.

Menurut Muhammad Amirul, dia kemudian terus dibawa ke rumah di Ayer Keroh, Melaka dan dikurung di dalam rumah itu bersama lelaki lain dipercayai rakan mereka.

"Pembeli terbabit bersama dua lagi lelaki kemudian meninggalkan saya bersama rakan mereka di rumah itu pada Ahad lalu.

"Malah rakannya yang mengawal saya itu turut menyamar kononnya dia adalah anggota polis dan menahan saya kerana melakukan kesalahan," katanya.

Tambahnya, dia turut bermimpi dirinya diselamatkan polis dan akhirnya menjadi kenyataan apabila dibebaskan selepas polis menyerbu rumah itu malam tadi.

Sementara itu, bapanya, Sudirman Daek, 50, menerima berita anaknya diselamatkan sekitar 12.30 tengah malam tadi.

"Saya bersyukur anak selamat dan berterima kasih kepada pihak polis yang mengesan dan menyelamatkan anak.

"Difahamkan mereka yang melakukan perbuatan itu ke atas anak saya sudah ditahan polis dan tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro yang menyiarkan berita kehilangan anak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan mangsa sudah diselamatkan dan akan memberi kenyataan media berhubung kejayaan itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang bapa buntu memikirkan nasib anak lelakinya selepas gagal dalam usaha menjejaki lelaki itu sejak dilaporkan hilang di Sungai Besi di sini, pada Sabtu lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal21 12-3-2021 01:11 PM
Alhamdulillah, selamat. Bodohnya pembeli tu. Sabit kesalahan menculik bukan ke hukuman dia penjara seumur hidup atau gantung sampai mati.
Quote mawarika 12-3-2021 01:14 PM
Nasib la tak dibunuh.
Quote Eliadaisy83 12-3-2021 01:14 PM
Alhamdulillah ditemui dgn selamat. Rasanya pembeli ada niat nak bunuh budak ni..bg ubat terlebih dos supaya beliau disyaki mati bunuh diri.
Quote Manjahati 12-3-2021 01:18 PM
epal21 replied at 12-3-2021 01:11 PM
Alhamdulillah, selamat. Bodohnya pembeli tu. Sabit kesalahan menculik bukan ke hukuman dia penjara s ...

Bagus juga klu kena gantung smpi mati..hidup menyusahkan org
Quote cha-cha 12-3-2021 01:18 PM
Astaga. Nasib tak dibunuh. Eh.. mcm mana dorang rentas negeri ke Melaka?
Quote epal21 12-3-2021 01:22 PM
Manjahati replied at 12-3-2021 05:18 AM
Bagus juga klu kena gantung smpi mati..hidup menyusahkan org

Nasib juga lah penculik tu tak bunuh adik ni. Iols bila terbaca berita kehilangan adik ni terus teringat kes arwah sosilawaty. Teringin pulak nak tahu macam mana polis dapat kesan adik ni ye. Drp sg besi boleh pulak lepas ke Melaka.
Quote mzsnam 12-3-2021 01:24 PM
pergh dapat dikesan. sajat blom dpt dikesan lg. klo ikut nk kedan sajat mudah je aku rasa. haha
Quote ultra78 12-3-2021 01:25 PM
'Pembeli' tu sakit mental ke apa?

Skrg ni kan dah boleh transfer online aje duit even COD. Tak perlu nak bawa wang  fizikal. Jadi sebenarnya 'pembeli' tu  cuma cari alasan utk perangkap mangsa.
Quote Manjahati 12-3-2021 01:26 PM
epal21 replied at 12-3-2021 01:22 PM
Nasib juga lah penculik tu tak bunuh adik ni. Iols bila terbaca berita kehilangan adik ni terus te ...

Kannn..mcmana dpt surat pelepasan rentas negeri tu
Quote momomikomiki 12-3-2021 01:27 PM
camne diorg rentas negeri
Quote Manjahati 12-3-2021 01:27 PM
ultra78 replied at 12-3-2021 01:25 PM
'Pembeli' tu sakit mental ke apa?

Skrg ni kan dah boleh transfer online aje duit even COD. Tak pe ...

Alasan utk menipu jer tu kot...sian adik ni...nasib x dibunuhnya..seram baca kes ni haritu
Quote awanearisu 12-3-2021 01:28 PM
Syukur Alhamdulillah. Syabas PDRM
Quote tumpanglalu74 12-3-2021 01:41 PM
awanearisu replied at 12-3-2021 01:28 PM
Syukur Alhamdulillah. Syabas PDRM

Ade terlibat dalam usahe mengesan ni, ailebiyuuuuuu.....
Quote prizadane 12-3-2021 01:51 PM
Hebat penyamun ni boleh rentas negeri bawa orang. Siap culik lagi. Takde ek roadblock between N9- Melaka? Iols tahu kat Sg Besi memang takde roadblock dah
Quote lilac85 12-3-2021 01:59 PM
Alhamdulillah
Quote Artemesiaa 12-3-2021 02:01 PM
Terjawab sudah kemana dia menghilang nasib masih panjang umurnya
Quote newme11 12-3-2021 02:08 PM
cha-cha replied at 12-3-2021 01:18 PM
Astaga. Nasib tak dibunuh. Eh.. mcm mana dorang rentas negeri ke Melaka?

betul tu....macam mana diorg boleh rentas negeri??
PDRM x der chek ke?
atau ada laluan tikus?
Quote cicicumel 12-3-2021 02:09 PM
So iphone 17k tu dicuri lah kan?
Quote prettyuglybabe 12-3-2021 02:27 PM
mangsa ni dealer iphone ke?
cam mana boleh bawak keluar hp hantar kat customer buta-buta gitu ek?

Lihat semua komen(118)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2022 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.096491 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top