Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Sampainya Hati, Netizen Suruh Zynakal Masuk Hospital Mental?

11-3-2021 03:42 PM| Komen: 21

Hati penyanyi dan komposer muda, Zynakal tersinggung apabila netizen masih mengungkit isu kesihatan mental dan kisah silamnya.

Bukan tidak boleh menerima hakikat, namun penyanyi lagu Sakit itu mahu 'move on' daripada sisi gelap hidupnya, selain penyakit bipolar mania yang dilalui.

Namun, hidup Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli tidak mudah apabila sering menjadi sasaran netizen. Ada sahaja kejian dilemparkan hingga diminta masuk hospital sakit jiwa.

Foto: IG

"Tiada apa yang dapat boleh dilakukan dengan sifat netizen yang suka mencari salah dan silap, biarpun apa yang berlaku sudah lama.

"Jujurnya, saya tidak mahu ambil pusing dengan mulut orang. Ia juga langsung tidak berbekas kepada tahap kesihatan mental saya.

"Ubat penstabil emosi atau penenang yang diambil pun atas saranan doktor. Saya tidak boleh berhenti mengambilnya secara mengejut. Cuma, dos sahaja semakin dikurangkan ketika bertemu dengan doktor pakar," katanya kepada BH Online.

Zynakal berkata, dia bukannya melayan komen negatif netizen secara sengaja, sebaliknya ia terjadi tanpa diduga, apatah lagi, komen negatif dilayangkan dalam akaun laman sosialnya.

"Bukannya melayan, namun saya manusia biasa. Komen mereka secara terang-terangan dilontar dalam ruangan komen laman sosial milik saya. Jadi, pastinya saya akan terbaca juga walaupun niat saya sebolehnya mahu mengelak membaca komen negatif.

"Namun, saya tidak pula sampai tahap mencari apa yang diperkatakan mengenai saya dalam laman peribadi mereka. Saya hanya baca sekilas lalu sahaja, senyum dan terus fikirkan perkara positif," katanya.

Katanya, dia juga tidak lepas daripada perasaan berkecil hati sebagai manusia biasa.

"Ya betul, saya sakit dan masih berusaha mengubatinya. Saya juga manusia punya rasa dan jiwa. Terasa mungkin sudah menjadi perkara biasa.

"Namun, cara mengatasi rasa sensitif paling utama. Saya masih berusaha untuk kembali normal seperti sedia kala. Saya juga mengharap sokongan peminat. Tak mengapa jika mereka tidak suka, tetapi janganlah sampai menghina," katanya.

Penyanyi lagu Terbang itu akur inilah jalan dipilih dan harga yang perlu dibayar saat bergelar artis.

"Saya sudah hadam perkara ini dalam fikiran pada saat melangkah dalam industri hiburan. Namun, sejujurnya tak sangka begitu hebat harga yang perlu dibayar.

"Tidak mengapa, saya cuba memahami satu persatu. Tambahan pula dunia digital yang seakan tiada batas ini, semuanya di hujung jari. Jadi, saya sudah belajar menerima pandangan secara 360 darjah," katanya.

Cuma, tegas Zynakal, ada masanya dia juga lemah.

"Saya manusia biasa, ada turun naik. Ada kala saya kuat untuk berdepan dengan dugaan. Kecaman mungkin perkara biasa, namun jika ia tidak terlalu sensitif.

"Netizen sekarang suka mengeluarkan perkataan seolah-olah manusia lain tiada hati dan perasaan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas kanvas seninya, Zynakal berkata, dia sedang bertungkus lumus menyiapkan beberapa lagu baharu.

"Semuanya demi menjayakan album penuh yang diharap dihadiahkan kepada peminat, tahun ini.

"Saya perlukan doa dan semangat untuk projek ini. Saya akui memperlahankan rentak kerana ingin memberikan karya yang berkualiti untuk halwa telinga peminat," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
1
0
Komen: 21
Komen

Previous : Fazley Yaakob Berhentikan Sekolah Anak-Anak, Belajar Di Rumah

Next       : "Saya Tiada Kena-mengena Dengan Syarikat Judi" - Wak Doyok

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 13-3-2021 12:08 AM
jamban xsiap lagi lawa jika dibandingkan dgn budak ni

entah dimana silapnya tp nampaklah dia try hard nak dilihat sebagai xbegruna dan sia-sia

Lain-lain Komen

Quote MakcikLaksa 11-3-2021 04:02 PM
Acik nasihatkan ko tukarla stage name ko ni dik.. Tau tak kata2 tu doa?
Zynakal.. Nakal.. Nakal... Lama2 jd doa xbaik utk ko
Quote orkidorkido 11-3-2021 04:19 PM
Sapee nih?
Quote otai_g 11-3-2021 04:35 PM
MakcikLaksa replied at 11-3-2021 04:02 PM
Acik nasihatkan ko tukarla stage name ko ni dik.. Tau tak kata2 tu doa?
Zynakal.. Nakal.. Nakal...  ...

Sbnrnya bunyi nama dia zyn akal.
Ala mat salleh selamba je ltk nama big ass dlm wrestling.
Quote AppropriateNick 11-3-2021 04:51 PM

dasar bocah tak kenal zynakal

ko tau nama nabila razali jek kan
Quote awenda507 11-3-2021 06:41 PM
Klu dh tau ati tu rapuh, jgn la guna socmed. Jgn jd artis. Hidup mcm org lain dan truskn rawatan. Ni tidak..asik la nak kata sentap dgn komen2 la, ape la. Geram pulak iols.
Quote dudaberhias 11-3-2021 11:04 PM
Kan dia dah ambil ubat, nak masuk tanjung rambutan tu harus la kena betul2 mental macan isma yusof tu baru sesuai. Ubat pun takmau makan...
Quote doubleA 11-3-2021 11:07 PM
Nama sebenar dia pun dah sedap raziq. Tak berkenan gak stage name sebab bunyi nakal. Heols agak "nakal" pun dulu so iols rasa memang purposely zynakal tu refers to nakal. Dah nama tu dikenali, dia twist jadi zyn akal. Mula2 dengar nama zynakal pun kejadah stage name camtu. What to expect bbnu kan
Quote MakcikLaksa 11-3-2021 11:16 PM
otai_g replied at 11-3-2021 04:35 PM
Sbnrnya bunyi nama dia zyn akal.
Ala mat salleh selamba je ltk nama big ass dlm wrestling.

Mat salleh lain citer.. Nama pussy pun ok
Quote MakcikLaksa 11-3-2021 11:23 PM
doubleA replied at 11-3-2021 11:07 PM
Nama sebenar dia pun dah sedap raziq. Tak berkenan gak stage name sebab bunyi nakal. Heols agak "nak ...

Tula bbnu ni pelik2 namanya.. Dorang tak fikir nk ltk elok sikit ke. Nama asal tu pn sdp dh. Asal hiphop rappers je nk nama omputih, nama pelik. Motifff sgt..
Stage name tu nk pakai lama dik oi.. Tu pn kalau ko lama dlm industri lah haha

Lg sorg yg ni iman troye tu. Acik dlu nk sebut pun xtau.. Troiyer, troyer,.. Rpenye troy aje..
Quote doubleA 11-3-2021 11:25 PM
MakcikLaksa replied at 11-3-2021 11:23 PM
Tula bbnu ni pelik2 namanya.. Dorang tak fikir nk ltk elok sikit ke. Nama asal tu pn sdp dh. Asal  ...


Paling tak boleh blah kucaimars, ingat cool la nama coklat mars tu sebab suka makan coklat kekdahnya. Ko confuse ke stage name dengan nama samaran ig ke facebook ke, huduh beno kucaimars. Daun kucai dan coklat?

Layak la sendu. Nama asal sedap makna elok guna nama bbnu
Quote Fafaaisa 11-3-2021 11:37 PM
MakcikLaksa replied at 11-3-2021 11:23 PM
Tula bbnu ni pelik2 namanya.. Dorang tak fikir nk ltk elok sikit ke. Nama asal tu pn sdp dh. Asal  ...

Iman troye tu kenot brain..zaman bila gabung2 nama dgn retis ni...so yesteryears sgt
Quote Fafaaisa 11-3-2021 11:38 PM
doubleA replied at 11-3-2021 11:25 PM
Paling tak boleh blah kucaimars, ingat cool la nama coklat mars tu sebab suka makan coklat kekda ...

Dia makan daun kucai dengan coklat mars kot.hahah
Quote Perawankota 12-3-2021 03:38 AM
Byk kan pikir positive dik..
Quote Nenasketum 12-3-2021 07:00 AM
Pertama, dekat kan diri pada Tuhan (sempena hari Jumaat komen ni)
Kedua, aku tak tau apa masalah ko tapi kalau ada card mental illness, bunuh orang pun lepas dik!
Quote Normabaru 12-3-2021 08:09 AM
Sorryla.. Kaka xtau nape tp meluat tgk mamat ni. Drama sgt.. Pastu muka plak muka pecah.. Surprisingly ramai plak geng dia dlm industri.. Pdhal nobody je pon.. Still kaka myampah.. Lols
Quote Normabaru 12-3-2021 08:13 AM
doubleA replied at 11-3-2021 11:25 PM
Paling tak boleh blah kucaimars, ingat cool la nama coklat mars tu sebab suka makan coklat kekda ...

Setuju.. Nama dorg nk unik2 konon cpt dikenali pdhl attitude semua hauk
Quote awenda507 12-3-2021 07:34 PM
Normabaru replied at 12-3-2021 08:09 AM
Sorryla.. Kaka xtau nape tp meluat tgk mamat ni. Drama sgt.. Pastu muka plak muka pecah.. Surprising ...

Maybe dia terus pencen pas baca komen kaka ni.wakakkakaka
Quote Thunderclouds 12-3-2021 08:01 PM
Normabaru replied at 12-3-2021 08:09 AM
Sorryla.. Kaka xtau nape tp meluat tgk mamat ni. Drama sgt.. Pastu muka plak muka pecah.. Surprising ...

Tgk dia dlm helo doktor as guest, cara percakapan dia tu very eloquent, thoughtful gtu. Dia xmerepek2 / drag pasal topik dorg bincang (mental illness). Dr mnyampah jd suka ngn personality dia. Lagu2 dia mmg xdgr la..xminat bbnu.
Quote Normabaru 12-3-2021 11:59 PM
Thunderclouds replied at 12-3-2021 08:01 PM
Tgk dia dlm helo doktor as guest, cara percakapan dia tu very eloquent, thoughtful gtu. Dia xmerep ...

Helo dr tu rakaman..
Plus dia sendiri ngaku mkn ubat
Utk info, mostly ramai sakit jiwa skrg sbb amik dadah sintetik

OD pastu lama2 otak bengong..tu yang acah bipolar la psikosis la anxiety la..

Hr ni bdk twitterjaya bising psl adik purit bebird dok ckp dia jadi hoe.. Sakan semua bajet diri dorg dpt anxiety over thinking bagai sbb risau boyf masing2 kena kebas dgn tina gundu mcm si shakira tu.. Anxienty terus ngko! Xde sikit2..

Apoooo

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top