Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Shooting Ditangguh, Farhan Asri Kena Ejek Sebab Jual Roti Telur

11-3-2021 12:38 PM| Komen: 22

Pelakon, Farhan Asri yang kini berniaga Roti Telur Kentang (RTK) di kawasan kediamannya di Seremban 2, Negeri Sembilan enggan mengambil pusing mengenai segelintir pihak yang mengejek dan memperli ekoran dia menjalankan perniagaan itu.

Farhan berkata, dia lagi malu sekiranya tidak berbuat apa-apa untuk kelangsungan hidupnya.

Foto: IG

"Biarlah apa orang nak cakap, asalkan saya boleh jana pendapatan untuk bantu keluarga dan diri. Alhamdulillah hampir sebulan beroperasi saya menerima sambutan yang baik daripada pengunjung di sekitar Seremban 2.

"Mereka begitu menyokong perniagaan saya bersama rakan-rakan lain yang turut sama berniaga di bawah jenama The Jantanz. Saya tak ambil hati pun setiap komen negatif yang diberikan di media sosial, malah saya mendoakan supaya mereka dimurahkan rezeki," katanya.

Menurut Farhan, dia bersyukur apabila kerajaan mengizinkan penggambaran drama kembali dijalankan.



"Sepanjang PKP tempoh hari saya sangat runsing sebab penggambaran drama tertangguh selain terpaksa tolak beberapa tawaran kerana jadual kerja yang bertindih.

"Saya buntu kalau PKP berpanjangan. Bagaimana dengan nasib hidup saya selepas ini kerana saya cari makan dengan kerjaya lakonan. Disebabkan itu, saya terdetik untuk berniaga. Alhamdulillah sekarang penggambaran dapat dijalankan semula dan saya kini sudah kembali menjalani penggambaran drama bersiri Cukup Derita Itu," katanya.




Farhan berkata, walaupun sibuk dengan perniagaan itu, dia masih perlu bergantung hidup dengan kerja lakonan.

"Kalau harapkan perniagaan yang baru bermula ini berapa saja saya dapat setiap bulan. Saya harap drama ini dapat mengangkat nama saya dalam industri seni. Lagipun saya terpaksa tolak beberapa tawaran drama disebabkan mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap watak dalam drama ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 22
Komen

Previous : Shuk Sahar Risau Tak Ada Duit Masuk Bank Tiap Bulan, Terpaksa Jual Air Dan Kuetiau

Next       : Ustaz Ebit Lew Aktif Di TikTok, Akui Belajar Daripada Aeril Zafrel

Komen Terbaru

Quote mohdcrow 15-3-2021 12:43 PM
GincuPurple replied at 15-3-2021 10:49 AM
Padahal tak de sapa pun pandang hina kat dia. Diri sendiri yg mintak di hina?

Rasanya saja create cerita je tu untuk inform yg dia tengah meniaga sumting...kikiki

Lain-lain Komen

Quote kaseh80 11-3-2021 12:49 PM
Who are yuss sgt???
Quote Redmyvi 11-3-2021 01:00 PM
aku pelik naper nk ejek retis buat keje biasa tambah lak retis yg tak femes.. sebelum jd retis pun mmg buat keje biasa..
Quote babyorange 11-3-2021 01:47 PM
Laaa retis ke die ni? Knl die ni drp tiktok. Die byk video membebel ckp nogori...memula cm klakar tp lame2 trase mcm kasar plak laki nogori ni. Kaki buli. Tu persepsi iols pas tgk video tiktok die.

Xpnh nmpk blakon pon. Cite ape?
Quote akuHavocczz 11-3-2021 02:24 PM
Tak.. sekarang ni siapa yang tegur kau jual roti telur tu? Pls ucap terima kasih kat dia sbb dia sorang je tahu kau ni artis
Quote tagas 11-3-2021 03:05 PM
@Kurex antara customer tetap yg menggemari telor nya

eh roti telor nye
Quote tagas 11-3-2021 03:06 PM
@Kurex antara customer tetap yg menggemari telor nya

eh roti telor nye
Quote matchstick 11-3-2021 03:25 PM
Skrg mmg musim retis kena ejek sbb jual makanan ke
Quote hmylieenz 11-3-2021 03:26 PM
mcm sendu jer retis ni?sapekahhh hmmmm
Quote JalaEmas 11-3-2021 03:26 PM
ye2 je org ejek... entah2 propa semata.. koser la pulak org nk mengejek..
Quote Kurex 11-3-2021 04:08 PM
tagas replied at 11-3-2021 03:05 PM
@Kurex antara customer tetap yg menggemari telor nya

eh roti telor nye

Eeeee bottommmmmm berangan cantik dia ni
Quote AppropriateNick 11-3-2021 04:53 PM
hmylieenz replied at 11-3-2021 03:26 PM
mcm sendu jer retis ni?sapekahhh hmmmm

ni la antara jenis2 manusia jilaka yg suka mengejek bermula dari whuareyous
Quote Ritacomels 11-3-2021 05:17 PM
Sumpah x kenal
Quote user.name 11-3-2021 07:30 PM
the jantanz? memang selayaknyalah diejek dah kau bubuh nama hauk pprt macam tu?
Quote slyfynx 11-3-2021 08:23 PM
Ko high up sgt ke smpi org nk andang hina kau?
Ko je perasan femes ni.
Pastu konon2 org kesian sbb tgk ko bersusah payah.
Blah la weh
Quote babycc 11-3-2021 08:35 PM
Sedangkan Cameron Diaz pon retired dr jd artis.. ko x reti nak cari keje lain ke?
Quote hasniey 12-3-2021 01:02 AM
Xkenal langsung!bisnes je la smpai bila2.lagi brfaedah
Quote mohdcrow 12-3-2021 01:52 AM
Kena ejek buat itu,kena kutuk buat ini, kena perli buat itu, kena keji buat ini...

Sampai sudah tak nampak pun kejadian kena ejek, kena kutuk, kena perli, kena keji tu...

Cuma based on cerita empunya badan sendiri
Quote Fafaaisa 12-3-2021 02:01 AM
Xde sape nk ejek pn..saje je keluar cerita mcm ni..netizen tau ke uol ni retis
Quote Perawankota 12-3-2021 03:27 AM
Sekarang shooting dh start apa.. Tgk masing2 berkonti2 job non stop.. Awak tu x der offer drp mana2 production LG ke?

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top