Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Syafie Naswip Teringin Sangat Nak Pegang Watak Lelaki Berusia

8-3-2021 05:05 PM| Komen: 9

Melakar kanvas karier seninya ketika kanak-kanak dan pernah merangkul trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Filem, nama Syafie Naswip pastinya tidak asing lagi.

Sama ada beraksi di layar perak, drama mahupun telefilem, Syafie atau mesra disapa Ayie sudah membuktikan betapa dia begitu berbakat dalam lakonan.

Berbicara mengenai kerjayanya, pemuda berusia 29 tahun ini berkata, masih banyak ilmu yang perlu dipelajari dan diterokainya. Tambahan pula, dia belum lagi puas dengan watak-watak yang dilakonkan.


Foto: IG

"Walaupun saya dah dapat beberapa anugerah pelakon terbaik sepanjang menceburi industri seni sejak 2007, namun pengiktirafan itu sebenarnya menjadi kayu pengukur sama ada saya nak tarik 'hand break' atau teruskan kerjaya ini.

"Macam sekarang pun, saya rasa masih banyak benda yang tak dibuat lagi. Antaranya, saya belum berlakon dengan ramai pelakon yang ada, begitu juga berpeluang bekerja dengan pengarah berkaliber dalam industri ini.

"Sejujurnya, saya tengok ada ramai pelakon baharu yang bagus-bagus lakonan mereka di kaca TV. Saya tak kenal siapa namanya, tapi apabila menonton lakonan dipersembahkan saya dapat rasa itu pelakon yang bagus," katanya.

Menurut Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, apa yang diharapkan semoga suatu hari nanti dia akan berpeluang bekerjasama dengan bakat-bakat baharu yang memiliki potensi itu.



Enggan mendabik dada dengan kejayaan pernah diraihnya juga, pelakon filem Mukhsin dan Talentime ini berkata, setiap hari sebenarnya satu pembelajaran baharu buat dirinya.

"Maksudnya, kita tak boleh sentiasa rasa puas atau sudah berada pada tahap di atas selalu. Sebagaimana sekarang zaman Instagram, mahu atau tidak kita kena belajar benda baharu dan guna medium ini sebaik mungkin.

"Jadi, macam yang saya kata, setiap hari itu adalah proses pembelajaran. Maka, dari segi kepuasan dalam bekerja memang belum dirasai lagi," katanya.

Menurut Syafie, dia juga ada impian watak mahu dilakonkannya yang belum jadi kenyataan. Ujarnya, dia ada terfikir nak membawakan watak lelaki berusia yang belum diperolehnya lagi.



"Untuk watak, saya tak dapat karakter lelaki berusia yang benar-benar mencabar tahap lakonan. Kalau dapat watak itu, mungkinlah saya akan rasa puas. Tapi, nampaknya masih belum ada rezeki.

"Saya teringin sebab sudah banyak kali dapat watak remaja meski usia makin menghampiri 30 tahun, pada 2022. Jadi, saya fikir akan ada masanya dapat melakonkan watak lelaki dewasa atau berusia suatu hari nanti.

"Sekurang-kurangnya, jadi bapa orang dan watak yang lebih matang. Bagaimanapun, mungkin apabila muka saya dah betul-betul nampak matang bolehlah dapat merasa watak pakcik atau datuk pula," katanya.

Menurut Syafie, dia tidak pernah berasa malu atau jatuh 'standard' untuk melakonkan watak lelaki dewasa atau berusia. Apapun, ujarnya setakat ini dia sentiasa 'enjoy' saja dengan watak-watak yang dilakonkan kerana cuba buat terbaik dan semampu yang boleh.

Selain bakat berlakon, Syafie juga berkemahiran dalam memasak dan pernah mengacarakan program Dapur Bujang. Malah, dia juga ada berkongsi video memasaknya di Instagram dan saluran YouTube.



Namun, yang pasti kini Syafie mempunyai hobi baharu iaitu berkebun dan katanya, dia juga berhasrat mahu bergelar petani moden jika ada rezeki. Apapun, berkebun diakui terapi berkesan buat dirinya.

"Sekarang, saya memang berkebun di rumah secara tanaman dalam pasu. Cara-cara menanam dan penjagaan pokok, saya banyak belajar di YouTube serta bertanya kepada orang yang berpengalaman juga.

"Saya memang suka memasak, jadi ada bagusnya saya bercucuk tanam sayur-sayuran dan pokok herba yang boleh diguna dalam masakan harian. Jadi, boleh menjimatkan juga perbelanjaan barang dapur.

"Lagipun, saya dapati apabila sibuk berkebun ia menjadi terapi pada saya terutama menghilangkan segala masalah yang difikir. Tak dinafikan, saya lebih tenang dan positif," katanya.



Mengulas aktiviti lakonan, Syafie berkata, dia ada tertangguh dengan satu projek drama untuk tayangan RTM. Katanya, tempoh penggambaran ada baki sekitar dua bulan lagi untuk disiapkan.

Selain itu, Syafie juga bakal muncul dengan filem berjudul Gila Gusti di Astro First. Katanya, hingga kini dia selesa tidak terlalu memilih watak dan sangat bersyukur rezeki dalam lakonan sentiasa ada. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 9
Komen

Previous : Pendakwah Minta Henti Kecam Zul Yahya

Next       : Khai Bahar Tiada Jiwa, Malu Tengok Diri Sendiri Berlakon

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 22-3-2021 09:03 PM
nordin84 replied at 9-3-2021 11:07 PM
dia mcm shaheizy sam, lambat naik walaupun berbakat.. harap ko xsalah pilih bini la pie

Hari tu hampir nak salah dah

Lain-lain Komen

Quote Kurex 8-3-2021 05:26 PM
Tunggu dah tua la dik
Quote Y-Nots! 8-3-2021 05:32 PM
dia ni katik
Quote giyomi 8-3-2021 07:43 PM
ingatkan nak pegang kurex...tersalah baca sory.
bila da tua cuck sana sini nak nmpk muda
Quote Perawankota 8-3-2021 07:59 PM
Rendah jer dia.. Maybe sebabtu susah nk dpt watak org tua
Quote Nenasketum 8-3-2021 08:25 PM
Meroyan lah retis tua. Kang dah tua, nak berlakon jadi budak kolej macam Rosyam Noor ngan Mat Haron.
Quote nordin84 9-3-2021 11:07 PM
dia mcm shaheizy sam, lambat naik walaupun berbakat.. harap ko xsalah pilih bini la pie
Quote Lylyna 22-3-2021 08:57 PM
Tunggu jela tua nanti.
Quote dudaberhias 22-3-2021 08:59 PM
Tak sesuai sebab muka dia macam budak2. Jadi watak anak ikan murah kepada orang tua je lah dik.
Quote rosannazmia 22-3-2021 09:03 PM
nordin84 replied at 9-3-2021 11:07 PM
dia mcm shaheizy sam, lambat naik walaupun berbakat.. harap ko xsalah pilih bini la pie

Hari tu hampir nak salah dah

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top