Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Serunding Berulat Sebab Tak Laku, Saharul Ridzwan Rugi RM30 Ribu

8-3-2021 02:09 PM| Komen: 76

Pernah berdepan kegagalan dalam perniagaan yang diusahakan, pelakon Saharul Ridzwan berkata ujian itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang ini.

Menurut Saharul, 32, dia pernah kerugian puluhan ringgit ribu kerana perniagaannya tidak mendapat sambutan kerana kurang ilmu dan terlalu yakin diri.

"Sebelum ini, saya pernah berniaga serunding, minyak wangi dan skrub muka, tetapi semuanya tidak menjadi kerana tiada pembeli. Dengan tiada ilmu, saya mengalami kerugian hampir puluhan ribu dan duit simpanan keluarga lebur.

"Contohnya perniagaan serunding semasa bulan puasa, saya rugi hampir RM30,000... stok tak terjual sampai berulat sedangkan modal dikeluarkan dah banyak.

"Mungkin kerana kurang ilmu, sebelum meniaga kita acah-acah buat serunding terbaik di dunia tapi tanpa ilmu dan bimbingan, baru saya sedar tak boleh guna populariti semata-mata untuk jana pendapatan," katanya kepada mStar.


Foto: IG


Pelakon Cinta Sekali Lagi ini berkongsi pengalamannya itu semasa pelancaran produk wangian aromatik miliknya, Ode Scents yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Bagi perniagaan wangian aroma rumah dan kereta keluaran syarikatnya, Pack Houz Sdn Bhd, Saharul mengeluarkan modal sebanyak RM250,000 membangunkan jenama tersebut bersama rakan kongsi, Nadzir Samsuddin.



Dalam pada itu, Saharul berkata populariti sebagai pelakon bukanlah tiket mudah untuk dia meraih kejayaan dalam perniagaan.

Sebaliknya, ilmu dan bimbingan daripada mereka yang pakar dalam perniagaan diperlukan bagi membangunkan sesuatu produk dan jenama.

"Sebenarnya tanpa ilmu memang susah nak bangunkan perniagaan sebab kita hanya pakar dalam bidang seni... semenjak itu saya banyak bergaul dengan usahawan berjaya dan mereka berkongsi tips dan bertukar pendapat.

"Saya sendiri kena mulakan dari bawah dan rasa sendiri kesusahan itu, kalau tengok perjalanan usahawan berjaya, mereka semua pernah rasa susah, jadi saya pun perlu merasai benda yang sama.

"Idola saya dalam bidang perniagaan ini ialah Shuib, awal-awal dahulu saya selalu bertanya dan dapatkan nasihatnya... ramai anak seni yang boleh dijadikan idola antaranya Datuk Rosyam Nor," ujarnya.



Sementara itu, Saharul berkata dia mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan kerana menyedari populariti sebagai seorang pelakon mungkin tidak bertahan lama.

"Kita kena sedar yang populariti tidak akan kekal lama. Ia boleh datang dan pergi. Saya tak boleh salahkan sesiapa jika orang sudah tak minat saya lagi seperti dahulu.



"Tetapi tidaklah terfikir sampai nak tinggalkan industri ini. Tempoh 10 tahun itu panjang. Dengan pekerjaan inilah saya boleh beli rumah, berkahwin dan dapat perihal pengalaman positif lain.

"Berlakon tetap menjadi minat utama saya. Saya pegang kata-kata seseorang. Jadikan berlakon sebagai satu hobi yang serius. Itu yang saya lakukan sekarang," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 76
Komen

Previous : Ikhwan Fatanna Jadikan Neelofa Inspirasi, Cipta Lagu Isteri Solehah

Next       : "Mana Dia Tahu Kami Pondan?" - Nourul Depp

Komen Terbaru

Quote blopblop 16-3-2021 01:18 AM
Ya Allah... smg dipermudahkan urusan

Lain-lain Komen

Quote samshik 8-3-2021 02:13 PM
Dik.. Ko bukak pusat tuisyen pun mgkin lebih afdhal...
Quote depresio 8-3-2021 02:18 PM
Tok guru yg sama le ni
Sifu meniaga mana la ni kalau buka zizang semang
Template korg same je
Cerita kisah dulu konon tak berjaya skrg dah berjaya
Kononnnnmm
Quote ais_kosong 8-3-2021 02:20 PM
Bukan dia jual buah pisang ke? Ni serunding pula?
Quote belilies 8-3-2021 02:23 PM
Geli betul iols bila retis keluar produk minyak wangi. Sedangkan minyak wangi retis barat pun iols tak layan
Quote Masukkeluar 8-3-2021 02:25 PM
kenapa wife dia selalu make up tebal? tak
pernah nampak naked face wife nya..
Quote MsCinderella 8-3-2021 02:25 PM
ais_kosong replied at 8-3-2021 02:20 PM
Bukan dia jual buah pisang ke? Ni serunding pula?

dia PERNAH jual serunding dan lingkup...
Quote ais_kosong 8-3-2021 02:27 PM
MsCinderella replied at 8-3-2021 02:25 PM
dia PERNAH jual serunding dan lingkup...

oh.. Thank you momod
Quote exclusive_vvip 8-3-2021 02:33 PM
teringat kisah shuib pasal kopi x laku smpi expired..
Quote Adrif 8-3-2021 02:34 PM
jadi.. thread ni sebenarnya iklan ke?
Quote wak_pijah 8-3-2021 02:45 PM
Teringat dia berlakon jd mamat saiko dgn zara zya tu, seram
Quote beni_nikaido 8-3-2021 03:08 PM
nak buka bisnes ni mmg kena belajar banyak benda
good luck ye shahrul
semoga makin maju
Quote rosannazmia 8-3-2021 03:12 PM
Good luck  ...
Quote innocent_me 8-3-2021 03:13 PM
Serunding ni payah nak berulat.
Unless buatan tak betul atau dia simpan sampai bertahun-tahun  sebab tak laku.
Quote zaraaqilah 8-3-2021 03:27 PM
innocent_me replied at 8-3-2021 03:13 PM
Serunding ni payah nak berulat.
Unless buatan tak betul atau dia simpan sampai bertahun-tahun  seba ...

betul..setau i bukan berulat...tp berkulat or berkulapuk...
tp x taulah kot proses dia buat serunding tu x betul..sampai berulat plak
Quote Eliadaisy83 8-3-2021 03:34 PM
Yg ni pon bakalan sendu..produk cap ayam oem kilang murahan juga tp jual mesti harga yahudi.
Quote akuHavocczz 8-3-2021 03:40 PM
So nak cakap sekarang ada ilmu lah? We'll se how brother. Product product jualan retis ni kejap je
Quote izat123 8-3-2021 03:49 PM
belilies replied at 8-3-2021 02:23 PM
Geli betul iols bila retis keluar produk minyak wangi. Sedangkan minyak wangi retis barat pun iols t ...

At one point masa ramai ramai retis keluarkan perfume, supplier and kilang diorang company yang sama je pun lol. Lebih kurang krim timbang kilo lah tapi versi minyak wangi.
Quote Kurex 8-3-2021 03:59 PM
Buat akaun onlyfans
Quote meah_kelabu 8-3-2021 04:25 PM
dlu bini kan ade butik
npe x gunekan je kepakaran yg bini ade tu

Lihat semua komen(76)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top