Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Penerbit Taasub Pilih Pelakon 'Segak' Menyusahkan Syarikat Produksi - Isma Yusoof

8-3-2021 08:38 AM| Komen: 63

Kecenderungan stesen televisyen (TV) dan penerbit memilih pelakon jelita dan tampan untuk menerajui produk mereka wajar dihentikan, kata pengarah drama kontroversi, Isma Yusoof.

Isma berkata, sikap stesen TV dan penerbit yang terlalu taasub memilih pelakon berkulit putih dan berhidung mancung sebagai hero dan heroin dengan bakat lakonan buruk atau 'ke laut', hanya menyusahkan syarikat produksi.


Kredit foto: IG Isma

"Ini masalah penerbit di Malaysia yang suka ambil pelakon hanya sebab cantik dan baru menang pertandingan pencarian remaja.

"Stesen TV juga 'sama naik' apabila memetik nama entah siapa-siapa yang tidak tahu berlakon kerana mengharapkan rupa.

"Tolonglah jangan cadangkan kepada kami calon-calon yang baru memenangi pertandingan pencarian bakat," katanya kepada BH Online.

Katanya, pengarah berdepan kesukaran mengajar pelakon baharu mendalami watak di lokasi penggambaran.

"Saya terpaksa meminta bantuan beberapa rakan turun ke set semata-mata untuk mengajar.

"Memang kami boleh pejam mata dengan lakonan kayu mereka. Tetapi, kami pula nanti dipersalahkan atas mutu lakonan bakat baharu," katanya yang turut meluahkan rasa tidak puas hati mengenai isu itu di Instagram (IG).

Tambahnya, pelakon baharu silap apabila menganggap set penggambaran sebagai medan menimba ilmu lakonan kerana baginya, lokasi penggambaran adalah tempat mereka berkerja dan 'berperang'. Mempelajari ilmu lakonan dan mencari pengalaman adalah dua perkara berbeza.

"Bayangkan, bagaimana jika jurukamera tidak tahu mengendalikan kamera? Jurusolek pula tidak tahu menata rias pelakon ketika di lokasi? Bukankah perkara itu akan menyusahkan produksi?

"Untuk pelakon baru, sebelum bersetuju menerima watak besar, tolonglah sertai kelas lakonan yang dianjurkan Fauziah Nawi dan Fatimah Abu Bakar.

"Bayaran yang diterima bakat baharu lebih tinggi berbanding kru produksi, takkan mereka tidak mampu membayar kos untuk kelas lakonan?" katanya.


Kredit foto: IG Isma

Isma yang baru selesai menyiapkan penggambaran drama Shah Alam 40K mengaku tidak boleh bekerja dengan sikap pelakon yang suka mengambil mudah.

Tambahnya, mungkin disebabkan artis baharu hidup di zaman media sosial seperti IG dan TikTok, mereka mudah hilang fokus.

"Apabila stesen TV dan penerbit hanya mementingkan paras rupa, timbul rasa simpati kepada graduan bidang lakonan dari institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

"Mereka berhabis duit untuk membayar kos pengajian dan cukup mencintai seni lakonan serta berbakat, tetapi tidak diberikan peluang disebabkan tiada rupa," katanya.


Sumber: BH Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 63
Komen

Previous : Azhar Sulaiman Dikecam Tak Tegur Anak Menyeksi Kalah Orang Kafir

Next       : Zizi Kirana Tidur Tiga Jam Je Sehari, Gementar Tunggu AJL35

Komen Terbaru

Quote Pdibasic 15-3-2021 10:25 PM
Chikz79 replied at 15-3-2021 09:45 PM
Aku tanak komen la bab penampilan mamat ni. Tapi ader betulnya ape dia cakap tu.  Contohnya drama di ...

Btol tu. Setuju sangat

Lain-lain Komen

Quote Belibis 8-3-2021 08:49 AM
Banyaj bunyik pulak fonen nihhh..dah tenggelam sangatke?
Quote espri6006 8-3-2021 10:20 AM
Eh bukan kau yang cari lelaki maskulin ke?  Takkan lah xde yg maskulin gitewww..
Quote Redmyvi 8-3-2021 10:22 AM
semakin bnyak pulak spesis sajat ni yer... mkin lantang bersuara plk depa nie..
Quote 7doors 8-3-2021 10:27 AM
Taste dia  kan lelaki yg lelaki..buat kerja2 kampung tu ...yg pigi sawah yg angkat sawit..yg g kebun..haha mcm tu
Quote dudaberhias 8-3-2021 10:29 AM
dah memang penonton kalau takde hero hensem deorang takmau la tengok drama cinta cintun tu... geli dikkk...

pelakon2 tak hensem sesuai untuk drama2 realiti tanpa cinta cintun atau telemovie... macam michael ang punya cerita haritu best oiiii....

kalau bab cinta cintun pegang sana sini sweet2 harus la muka kena herlok kalau letak shuk dan cek non mesti lah semua pakat2 katup TV...

cuba buat drama selain drama cinta cintun? mungkin pasal kehidupan susah ke... buat la varieties sikit... ni ujung2 ko duk kondem penerbit ko pun buat drama cinta cintun jugak... cuba buat sutun 10 ke ok la jugak tapi versi islamik sikit...
Quote dudaberhias 8-3-2021 10:30 AM
oh salah satu lagi contoh drama ke telemovie

aishah 50 sen... popular je telemovie ni dulu2 walaupun arwah azean tak lawa pun...

tengok pada drama/telemovie tu la jugak.. kalau pasal cinta dan sweet2 mesti la nak hero heroin lawa2 herlok mata memandang...

kalau macam aishah 50 sen tu wan maimunah ke ebby yus sesuai la dengan watak...
Quote slyfynx 8-3-2021 10:31 AM
The right spelling of taasub. Nice one.

Hensem ke x ni depends on story la.
Kalau cite cintan cintun, orang x hensem jd x feel la plak.
Quote exclusive_vvip 8-3-2021 10:39 AM
pendapat iols, kat malaysia ni x susah pun sebenarnya nak cari pelakon yg ada rupa + berbakat..masalah sebenarnya industri drama/filem kat malaysia ni, penulis skrip..skrip2 drama n filem malaysia ni mcm makanan yg kurang asam garam..ni i bukan nak bandingkan drama2 kawen paksa, ala2 megah holdings je..citer2 serius pun x berapa kick..drama@movie indon,hindustan@tamil pun lagi senang nak cari yg sedap2 jalan ceritanya..baru ni i tgk citer epik telegu Bahubali kat netflix..ingatkan hype je citer tu...rupanya mmg best..mmg jauhhhhh bertiang lagi sedap dari citer Puteri Gunung Ledang yg malaysia dok banggakan tu..
Quote buragazz 8-3-2021 11:34 AM
Satu batch ngan Sajad Krismas la ni...
Quote Boomibulat 8-3-2021 11:57 AM
exclusive_vvip replied at 8-3-2021 10:39 AM
pendapat iols, kat malaysia ni x susah pun sebenarnya nak cari pelakon yg ada rupa + berbakat..masal ...

Cuba tgk Drishyam pulak..hero dh umur 60 pakai kain pelikat je tp filem top top meletop..
Quote lavendernovella 8-3-2021 12:05 PM
Edited by lavendernovella at 8-3-2021 12:39 PM

Baik tgk drama turki...  hero2 semua maskulin meletups, citer best,  sampai konpius nak tgk drama yg mana satu. Hahaha ..  
Quote cicicumel 8-3-2021 12:06 PM
cc kpd bini Janna Nick tu dan model Kazastan tu nama Delir Yusof x silap...kayu x dleh bincang.
Quote Kurex 8-3-2021 12:07 PM
Drama sampah utk penonton sampah
Quote esbok 8-3-2021 01:43 PM
Betul apa dia cakap. Muka lawo jadi hero/heroin tapi second lead lagi pandai berlakon. Ni pun membakor juga jiwa yang menengok.

Semalam tgk ali setan. Nostalgic betul cerita tu. tak tau nak kata mcm mana. Dari cerita ke pelakon ke music. Mcm cerita opah. Cerita la ni, agak2 akan datang akan wujud ke nostalgic feeling tu.
Quote LadyCarefree 8-3-2021 01:46 PM
Kenapa dia xkena tangkap pakai baju pompan? Tangkap sekali Xexelicios kify segala tu
Quote TomyamPuteh 8-3-2021 01:51 PM
OK la pelakon llaki segak2. Blh la si butang tumpang inzal.
Quote LadyCarefree 8-3-2021 02:01 PM
cicicumel replied at 8-3-2021 11:06 AM
cc kpd bini Janna Nick tu dan model Kazastan tu nama Delir Yusof x silap...kayu x dleh bincang.

Pelik diorang sesenang ke dpat permit kerja kt sini? Patutnya foreigner ni nak approve permit kerja susah.
Quote cikatilia 8-3-2021 02:12 PM
cicicumel replied at 8-3-2021 12:06 PM
cc kpd bini Janna Nick tu dan model Kazastan tu nama Delir Yusof x silap...kayu x dleh bincang.

ye
setakat putih muka kacukan

tp xhensem pon
berlakon pon gila bapak kayu
Quote belilies 8-3-2021 02:19 PM
Mcm counter artikel si natasha charmain rickson je ni...

Lihat semua komen(63)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top