Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Teresa Kok Padam Perkataan 'Melayu' Di Hantaran FB

7-3-2021 12:31 PM Komen: 44
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok memadam perkataan ‘Melayu’ pada hantaran di Facebooknya yang menceritakan perihal seorang wanita Melayu yang datang meminta bantuan kepada beliau selepas dihimpit kesesakan hidup.

Dalam hantaran asal pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen DAP itu menyatakan seorang wanita Melayu datang ke pusat perkhidmatannya untuk memohon bantuan makanan untuk dirinya dan lima orang anak di rumah.



Bagaimana Teresa mendapat kritikan kerana mengaitkan bantuan itu dengan kaum tertentu dan kemudiannya memadam perkataan Melayu.

Dalam hantaran itu, Teresa berkata, wanita tersebut menangis selepas diberikan bantuan makanan dan wang tunai berjumlah RM300.

Dia turut terkejut wanita itu bukan sahaja menangis tetapi juga tunduk ke bawah untuk menyentuh kakinya sambil banyak kali mengucapkan terima kasih.

Teresa berkata, dia telah meminta kebenaran daripada Siti Noor Madzariah untuk meletakkan gambar beliau pada hantara tersebut dan rayuannya untuk mendapatkan pekerjaan.


Kredit foto: FB Teresa

Selain wanita itu beberapa petugas memberitahu beberapa orang yang dalam kesulitan turut datang memohon bantuan makanan dan wang di pusat perkhidmatan itu.


Sumber: Suara Merdeka

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 44
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Namasayaomel 14-3-2021 01:35 PM
Polikus! Nasib baik parti ko kna hencap!

Lain-lain Komen

Quote me12345 7-3-2021 12:33 PM
Berpura2 tak racist ke...
Quote dua_chzy 7-3-2021 12:40 PM
Tapi biasa kan if ahli politik ka sesapa la orang Melayu bagi bantuan, juga akan mention kaum?
Quote Skuau 7-3-2021 12:57 PM
Di situ la nampak 'KOPOLITIKAN' 'AHLI POLITIK'....kat kampung ada jer benda camni.....nak viral buek apa...dh ikhlas tolong.
Quote matchstick 7-3-2021 01:00 PM
Mcm puak yenna pulak smpi sentuh kaki orang tu sbb terlalu bersyukur
Quote rajamoney 7-3-2021 01:14 PM
mesti forumer ni

sapa ni? ngaku la?

prfffffffffffffffffffffffffffffffffght
Quote TOPwind 7-3-2021 01:24 PM
persatuan anak2 kapal  MAS gi jumpa wanita ini tapi wanita ini  tak ingat bila dia berhenti kerja dan dia tidak ingat kawan sekerja dia

jadi perkara ini agak pelik - mereka buat kesimpulan utk bntu sahaja wpun pun tiada pengesahan bahawa wanita ini bekas pramugari atau tidak.
Quote Friska 7-3-2021 01:25 PM
Miris ya nasib pramugari ya, sudah tidak ada job
Quote white_musk 7-3-2021 01:29 PM
Mana suaminya? Mana datang anak 5 orang itu?
Quote Punat_button 7-3-2021 02:18 PM
Theresa Kok ni jom join cari

belajar guna meleise ka, kicap ka, sepet ka baru betul...


Quote Redskin 7-3-2021 02:20 PM
white_musk replied at 7-3-2021 01:29 PM
Mana suaminya? Mana datang anak 5 orang itu?

Turun dari langit kott..
Quote gigahertz 7-3-2021 02:34 PM
matchstick: Mcm puak yenna pulak smpi sentuh kaki orang tu sbb terlalu bersyukur

rosak akidah sebenarnya.
Quote gigahertz 7-3-2021 02:43 PM
dua_chzy: Tapi biasa kan if ahli politik ka sesapa la orang Melayu bagi bantuan, juga akan mention kaum?

kaum lain xde baitumal , Jais , zakat.
org melayu ada zakaf / baitumal. kes mcm ni
jabatan agama dapat malu.
Quote pakletop 7-3-2021 02:58 PM
gigahertz replied at 7-3-2021 02:43 PM
kaum lain xde baitumal , Jais , zakat.
org melayu ada zakaf / baitumal. kes mcm ni
jabatan agam ...

Yg pasti pompuan yg claim xMAS tapi
Kesatuan pekerja MAS tak dapat pastikan sebab dia tak kenal xcolleagues ialah pengundi DAP

Tak habis2 berlakon
Quote bangcak 7-3-2021 03:08 PM
pedulik apa org nak tuduh rasis ka,
jarum2 halus ka,

janji sumbangan sampai.

kat tempat lain,
ada yg muslim sujud sukur dlm kuil.
ada yg mahkamah jatuhkan hukum kapir pada org melayu.
jenayah syariah pun dipindah ke mahkamah civil.

takde sapa bising pon.
Quote n3ar 7-3-2021 03:16 PM
sembang la ahso sesudu sawit ni....

baru skali jer nampak jenguk kawasan..sebelum ni tak nampak muka melainkan majlis masa perayaan...

useless punya ahli parlimen
Quote TOPwind 7-3-2021 04:06 PM
gigahertz replied at 7-3-2021 02:43 PM
kaum lain xde baitumal , Jais , zakat.
org melayu ada zakaf / baitumal. kes mcm ni
jabatan agam ...

Mawip (ZAKAT) dah beri RM300 sebulan serta tambahan RM500 dari 2016
Quote TOPwind 7-3-2021 04:08 PM
Friska replied at 7-3-2021 01:25 PM
Miris ya nasib pramugari ya, sudah tidak ada job

persatuan anak2 kapal  MAS gi jumpa wanita ini tapi wanita ini  tak ingat bila dia berhenti kerja dan dia tidak ingat kawan sekerja dia

jadi perkara ini agak pelik - mereka buat kesimpulan utk bntu sahaja wpun pun tiada pengesahan bahawa wanita ini bekas pramugari atau tidak.
Quote totokreturn. 7-3-2021 04:09 PM
bangcak replied at 7-3-2021 03:08 PM
pedulik apa org nak tuduh rasis ka,
jarum2 halus ka,

udah udah la bai dok cover PH, org melayu dah takkan pangkah DAP

jom kita sokong PAS pulak
Quote Decaffeinated 7-3-2021 04:13 PM
pakletop replied at 7-3-2021 02:58 PM
Yg pasti pompuan yg claim xMAS tapi
Kesatuan pekerja MAS tak dapat pastikan sebab dia tak kenal x ...

Kerja kontrak catering pun boleh claim pramugari

Kerja kontrak susun meja kat bank claim kerja bank

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top