Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Hidup Dengan Mayat Adik Sebab Takut Sunyi

7-3-2021 12:21 PM Komen: 4
Gara-gara tidak mahu kesunyian, seorang lelaki di Ukraine sanggup hidup dengan mayat adik lelakinya selama empat bulan.

Valeriy, 52, membiarkan mayat adiknya, Andrey, 42, mereput di atas sofa di dalam rumah mereka.



Malah, dia berpura-pura seolah-olah adiknya itu masih hidup dengan sering berborak dan makan di depannya.

Katanya, dia tidak tergamak mengebumikan adiknya yang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung pada musim luruh lalu.

Jirannya, Albina berkata, dia hanya mengetahui rahsia Valeriy selepas menghidu bau busuk dari kediaman berkenaan.

"Kami tercium bau busuk dan melihat seorang lelaki terbaring di sofa dengan ditutup selimut.

"Alangkah terkejutnya apabila kami membuka selimut itu dan melihat mayat manusia yang mereput dan tinggal rangka.

"Dia kerap berborak dengan mayat adiknya kerana takut kesunyian," katanya seperti dilaporkan portal Daily Star.

Media tempatan melaporkan polis mengambil rangka itu dan menghantarnya ke bilik mayat sebelum dikebumikan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Polis wilayah Dnipropetrovsk, Hanna Starchevska mengesahkan bedah siasat ke atas mayat lelaki tidak menemui sebarang kecederaan akibat jenayah.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 7-3-2021 03:28 PM
Kesian sungguh. Harap dia dapat teruskan hidup.

Lain-lain Komen

Quote matchstick 7-3-2021 01:03 PM
Lepas 4 bulan dh jadi rangka baru jiran boleh bau mayat tu ke
Quote Suchi 7-3-2021 01:36 PM
Cemana dia boleh makan depan mayat adik dia? Hidung dia tak bau apa2 ke? Or dah hilang deria baru akibat covid?
Quote batmana 7-3-2021 02:05 PM
sakit mental ni, bkn takt makan dpn bnda busuk je bole, mkn benda busuk pun bole sgt.
Quote LadyCarefree 7-3-2021 03:28 PM
Kesian sungguh. Harap dia dapat teruskan hidup.

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top