Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Staf KKM Ditegah Buat Pernyataan Di Media Sosial

4-3-2021 05:21 PM Komen: 52
Setiap penjawat awam ditegah untuk membuat pernyataan yang secara langsung atau tidak langsung menyentuh pelaksanaan apa-apa dasar awam, program dan keputusan kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran.

Pernyataan yang tidak wajar dan dibuat tanpa usul periksa bukan sahaja menjejaskan imej pegawai sebagai penjawat awam, malah boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan dalam masyarakat serta menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam dan kerajaan.


Kredit foto: NSTP

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq bin Abdullah berkata, peraturan berkaitan dengan etika dan tata kelakuan dalam perkhidmatan awam khususnya berkaitan dengan penggunaan media sosial dan tegahan membuat pernyataan awam secara tanpa kebenaran, bukanlah bertujuan menghalang mana-mana pegawai untuk bersuara.

Tetapi ia lebih kepada memastikan pegawai menggunakan saluran maklumbalas dan aduan yang betul serta menjaga imej dan kredibiliti pegawai, perkhidmatan awam dan kerajaan.

Setiap pegawai di KKM dari semasa ke semasa diingatkan supaya memelihara kesopanan dan kesusilaan semasa menggunakan media sosial serta menjaga batas-batas penggunaannya agar tidak terjebak sebagai salahlaku yang boleh dikenakan hukuman tatatertib.

KKM memandang serius berhubung dengan salah laku dalam penggunaan media sosial dan kecenderungan pegawai membuat pernyataan awam secara tidak wajar, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau merujuk kepada edaran pernyataan awam yang tersebar dalam media sosial mengenai pelaksanaan pemberian vaksin yang kononnya ditulis oleh petugas kesihatan KKM.

Menurut beliau, setiap kes yang diadukan atau dikenal pasti sekiranya sabit kesalahan, hukuman tatatertib akan dikenakan berdasarkan kepada peraturan yang berkuatkuasa. 


Sumber: MalaysiaGazette


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 52
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote notM 5-3-2021 09:28 PM
LadyCarefree replied at 4-3-2021 09:28 PM
Kalau buat buku pasal cerita seram kat sepital gomen boleh?

kejam kalau kisah cerita seram hospital ditegah sampai kena buang keje

Lain-lain Komen

Quote renko 4-3-2021 05:36 PM
masing2 nk jd reporter xbertauliah
Quote caprut 4-3-2021 05:37 PM
Kerajaan abahcow
Quote zacks 4-3-2021 05:42 PM

Kerajaan CCP (china communist party) in the making
Quote ChemicalRomance 4-3-2021 05:52 PM
Dan dan keluarkan kenyataan macam ni sebab ramai frontliner tengah tak puas hati vaksin diorang diambil golongan kayangan...
Quote Normabaru 4-3-2021 05:55 PM
KKM terang2 dh suruh staff depa diam..siannnn.. Hahahahaha
Quote MadameOnion 4-3-2021 06:46 PM
porem camna pulak? habish lah saiyaaaa
Quote TuntungReturn 4-3-2021 06:50 PM
dr twitter ke?
Quote esbok 4-3-2021 07:21 PM
Kisah dr bersuara potong giliran ke? Ikutlah aturan, takde lah pegawai nak berkata kata. VIP yang dapat lepas potong giliran tu kena ingat, kalau dah ramai dok kata, mau makbul juga doa orang ramai ni. Malas nak sebut jadi apa. Cucuk vaksin awal pun taraguna nanti
Quote salmon-suki 4-3-2021 07:32 PM
Psl potong Q vaksin laa tu .semoga geng2 potong Q tu akan midah dijangkiti kobid and mbawa maut kt dorg..sorry,aiolzs paling pantang org potong Q..kalau hadap sgt,beratur laa wehhh..xpun pegi beli terus drpd supplier tu haa..semoga mampsss cpt2 y potong Q!
Quote syaz_lina 4-3-2021 07:32 PM
Mana kebebasan bersuara orggo*men?? mereka bukan patung cendana atau burung terkukur, duduk membantu dan angguk saja ikut arahan, walaupun tahu benda tu salah. K bai
Quote ~boolean 4-3-2021 07:47 PM
Macam sial. Moga mati cepat bangsat2 yang menganiaya rakyat..
Quote msdummy.2018 4-3-2021 07:47 PM
Harap yg potong q tuh dpt alahan yg teruk
Quote tumpanglalu74 4-3-2021 08:45 PM
Nak cover bontot pencaras vaksin lettew..  Macam tak tau.
Quote Rahah 4-3-2021 09:02 PM
Pulak... meaning staff KKM tak boleh complaint la isu potong Q tu...
Quote rajamoney 4-3-2021 09:11 PM

sila elaborate lagi tuan rentungreturn

elaboration anda diperlukan dlm forum ini mengenai

"dr twitter"
Quote LadyCarefree 4-3-2021 09:28 PM
Kalau buat buku pasal cerita seram kat sepital gomen boleh?
Quote Lagubestbest 4-3-2021 09:33 PM
kes dalaman berebut vaksin kan? hihi
Quote akusukaq 4-3-2021 09:35 PM
Sah kome yg takut didedahkan tu haram jadah tujuh keturunan.semoga cepat mereput.
Quote dua_chzy 4-3-2021 09:37 PM
Takut benda busuk terburai ke bang.

Lihat semua komen(52)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top