Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kes Saman Balu Abam Bocey Bermula- Ali Puteh Bukan Penakut, Sedia Pertahan Maruah Keluarga

4-3-2021 04:33 PM|Oleh: Saiful| Komen: 247

Kemelut antara Ali Puteh dan balu Abam, Nor Hidayah memasuki fasa baharu apabila kes saman antara mereka berdua mula didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kes berkenaan sudah didengar di depan hakim melalui prosedur dalam talian pada 16 dan 17 Februari.


Foto: IG

"Sepatutnya kes tersebut didengari pada September tahun lalu namun terpaksa ditunda untuk beberapa kali disebabkan PKP. Alhamdulillah kes saman melibatkan tiga pihak sudah mula didengari pada 16 dan 17 Februari lalu secara online.

"Saya pun tak boleh nak kongsi lebih sebab kes ini masih berjalan dan Insya-Allah pada 17,18,19 dan 29 Mac depan akan ada perbicaraan selanjutnya," katanya kepada mStar.

Ali Puteh telah mengeluarkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada 27 Ogos lepas.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).



Ia merupakan tindakan balas terhadap Nor Hidayah terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Di Instagram, Ali meluahkan rasa lega apabila prose undang-undang itu akhirnya bermula.

"Alhamdulillah, kes pun dah bermula di mahkamah. Saman menyaman pun dah mula dibahas. Mantap! Pepatah ada mengatakan sarang tebuan jangan dijolok. Hint sikit sajalah pada netizen semua yang banyak memaki hamun saya.

"Insya-Allah lepas ini anda akan terdiam dan tersipu-sipu malu memikirkan makian anda pada saya. Allah tu Maha Mendengar, Maha Adil. Buat baik dibalas baik. Best pertama kali naik mahkamah.

"Gelak dan senyum melihat gelagat masing-masing. Jangan dibiar maruah keluarga dipijak-pijak. Demi mu wahai abang Abam Bocey, semoga dipermudahkan urusan fitnah ini. Berani kerana benar," tulisnya di kapsyen.

Malah Ali juga menjelaskan kepada netizen yang meuduhnya sengaja tak hadir ke  Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam ketika sebutan kes tuntutan faraid pada 10 September tahun lepas.

"Status yang saya muat naik itu ditujukan kepada netizen yang pernah maki dan tuduh saya penakut nak hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan faraid.

"Jadi di sini nak jelaskan saya tidak hadir pada waktu itu sebab ia bukan kes atas nama saya. Bahagian faraid itu tak ada kena mengena dengan saya, jadi kenapa saya perlu hadir.

"Yang buat saya marah... netizen yang tak tahu perkara sebenar, mereka maki dan tuduh saya macam-macam. Untuk kes saman melibatkan saya, sudah tentulah saya akan hadir." -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 247
Komen

Previous : Buang Ego - Zarina Anjoulie, Yas Rujuk Semula

Next       : “Sangat Biadab," -Diana Danielle Bengang Pembeli 'Hilang' Lepas COD Barang

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 29-3-2021 08:00 PM
Kt ig nampak mcm Ali dan pasukan dah menguasai perbicaraan sahaja.Ada sesapa dapat bagi clue2 sejauh mana kes ni berlangsung???

Lain-lain Komen

Quote Nenasketum 4-3-2021 04:41 PM
Mana datang suma orang gemuk2 ni?  Pastu kawen dok telan pil biru, jantung kenot take it, mninggal.
Quote rajamoney 4-3-2021 04:46 PM
Nenasketum replied at 4-3-2021 04:41 PM
Mana datang suma orang gemuk2 ni?  Pastu kawen dok telan pil biru, jantung kenot take it, mninggal.

dari planet jupiter
Quote lavendernovella 4-3-2021 04:57 PM
HA HA HA

* cer bayangkan seolah abam tu tgh perati tindak tanduk semua. Agak2 sedih tak dia tgk apa yg jadi?
Quote makadek 4-3-2021 04:57 PM
Ini semua poyos ye tuan2 puan2
Quote prettyuglybabe 4-3-2021 04:59 PM
kalau kalah, apa pulak nak digorengnya siali ni..
Quote makneng 4-3-2021 05:05 PM
Kemain ek berkata2 dlm socmed mcm dia terpaling benar dari semua yg benar..
Quote rainbowrainz 4-3-2021 05:06 PM
Ali gebang jgn x gebang
Quote edoraixora 4-3-2021 05:07 PM
Ucapan macam dah confirm menang saman...
Bawak bersabar dulu ali, awal lagi ni nak buat uvapan cenggitu.
Kalau kalah, mana nk sorok muka.
Quote Boomibulat 4-3-2021 05:09 PM
Nenasketum replied at 4-3-2021 04:41 PM
Mana datang suma orang gemuk2 ni?  Pastu kawen dok telan pil biru, jantung kenot take it, mninggal.

Adik beradik dia kut..muncul dikala berebut harta..
Quote manehnya 4-3-2021 05:11 PM
Sembang...

Mau kencang!!!
Quote Tasikchini 4-3-2021 05:12 PM
Baru mula kan
Quote akuMNdia 4-3-2021 05:13 PM
prettyuglybabe replied at 4-3-2021 04:59 PM
kalau kalah, apa pulak nak digorengnya siali ni..

kompem keluar ayat "kalah kat dunia jer"

Quote epal21 4-3-2021 05:24 PM
prettyuglybabe replied at 4-3-2021 08:59 AM
kalau kalah, apa pulak nak digorengnya siali ni..

Kalau kalah, mestilah kedengaran ni mahkamah dunia saje, akhirat belum tentu lagi.
Quote missHaidiD 4-3-2021 05:25 PM
Tak abis si ali ni
Quote epal21 4-3-2021 05:25 PM
Ni saman tentang apa? Si alihitam ni ada up ke tuntutan dia tu?
Quote epal21 4-3-2021 05:27 PM
Kes faraid tu memang le takde kaitan dgn dia tapi kenapa tak bawa mak tu? Apa lagi yg dia tak puas hati dgn dayah?
Quote beni_nikaido 4-3-2021 05:31 PM
Wau.....netizen yg akan tersipu2 malu memikirkan makian2 terhadap kau ye?
dia yakin sgt dia akan menang ni
tak sabar nak tengok dia menang ke kalah
Quote depresio 4-3-2021 05:33 PM
Tu semua tu kicuk dgn si gemuk sapa nama tu yg tido bilik dayah tu kan?
Quote namieamuro 4-3-2021 05:35 PM
laaa enjin baru nk bermule tp statement mcm dh confirm menang. kau saman dayah tu pun atas dasar ape? name pun takde terlibat dlm faraid. sebaliknye kau malukan die lagi ade la. lain yg dayah sampaikan, lain yg kau putar belit kt netizen. mase netizen caci maki dayah mse dayah difitnah saman mertua tu kau tanak pulak terangkan yg sebenarnye kau dh salah paham ayat dlm surat guaman tu

Lihat semua komen(247)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top