Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Untunglah! Share Je Gambar, Terus Pengetua Payung McD

4-3-2021 01:32 PM Komen: 42
"Dapat pengetua sporting ni another level of kena bersyukur!"

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian seorang pelayar yang memuat naik gambar pengetua sekolahnya membelikan set hidangan McDonald's untuk para pelajar.

Terdahulu, pelayar bernama Muhammad Danial Asyraf Azahari memuat naik tangkap layar (screenshot) perbualan aplikasi WhatsApp bersama pengetua sekolahnya, Jaliah Abu di Twitter.



Menerusi perbualan berkenaan, pelajar berkenaan mewakili rakan tingkatan lima Sekolah Menengah Teknik Melaka itu memberi 'hint' kepada pengetuanya mengenai keinginan mereka.

Tanpa disangka, guru tersebut membalas mesej yang dihantar pelajarnya itu dengan sangat 'sporting'.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih melebihi 4,000 retweet malah rata-rata netizen juga melahirkan rasa kagum dengan sikap pengetua wanita berkenaan kerana menunaikan keinginan para pelajarnya.

Berkongsi cerita dengan mStar, pelajar yang senang disapa sebagai Danial itu berkata dia sekadar 'mencuba nasib' menghantar mesej kepada pengetuanya, selain turut mengidam menikmati makanan dari restoran makanan segera itu.

"Kami sebenarnya tinggal di asrama dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kami tak boleh keluar untuk beli sendiri sebab keadaan pandemik sekarang.

"Makanan semua disediakan di asrama... jadi terasa macam mengidam selepas tengok ada pelayar Twitter muat naik gambar pengetua sekolah mereka 'payung' McDonald's. Saya pun hantar screenshot ciapan tu kepada Puan Jaliah.

"Tak sangka sebab dia balas... siap tanya lagi nak menu apa. Tapi alih-alih bila makanan sampai petang Ahad lalu, ada ayam goreng, burger dan kentang goreng lagi," ujar remaja berusia 18 tahun ini.



Menurut Danial, pada mulanya hanya rakan-rakan sebilik sahaja mengetahui mengenai mesej tersebut, namun ia diketahui pelajar-pelajar lain selepas ciapannya tular.

"Seronok sangat-sangat sebab dapat lepas mengidam. Rasa macam bersemangat nak belajar.

"Masa edar makanan tempoh hari, Puan Jaliah sempat pesan supaya buat yang terbaik untuk SPM ni. InsyaAllah kami semua akan cuba sedaya upaya untuk banggakan sekolah," katanya yang berasal dari Teluk Mas, Melaka.

Bercerita mengenai personaliti pengetuanya itu, Danial berkata guru wanita berkenaan sememangnya seorang yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan pelajar walaupun baru berkhidmat di sekolah tersebut tahun lalu.

"Beliau tak mengajar kelas saya pun... tapi memang sangat sporting dan disenangi para pelajar. Bila perkara ini tular, dia tahu dan dia okay saja," katanya lagi.

Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 42
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote gigahertz 8-3-2021 08:19 PM
awanysss replied at 4-3-2021 05:55 AM
dahsyat ye.. rasanya budak ni baik ngan pengetua kot..
tp bila fikir balik, aku rasa kalau dulu aku ...

mak i cikgu. i cukup x suka mak i masuk kelas ajar i.
kalau waktu makan selalu rempuh kantin ambil kuih sedia utk cikgu

Lain-lain Komen

Quote Redmyvi 4-3-2021 01:41 PM
budak skrg mmg lain.. Siap boleh wasap pengetua tnjuk screenshot nk mcd...
Quote awanysss 4-3-2021 01:55 PM
dahsyat ye.. rasanya budak ni baik ngan pengetua kot..
tp bila fikir balik, aku rasa kalau dulu aku try kat pengetua aku pun, maybe dapat kot..
beliau nampak mcm baik..
Quote Belibis 4-3-2021 01:58 PM
Pengetua kottt.apa nak heran,gaji riban2.celah gigi sajork mekdi tu.
Quote dua_chzy 4-3-2021 02:31 PM
Redmyvi: budak skrg mmg lain.. Siap boleh wasap pengetua tnjuk screenshot nk mcd...


Yeap. Aiol pun berbulu tengok pelajar tak reti letak gap dengan pengetua tapi dah pengetua sundri 100 kali tak reti bina gap tu, selayaknyalah jika dipijak2 kepala oleh generasi sematfon.
Quote user.name 4-3-2021 02:33 PM
iols terasa ada sedikit hoverr di situ yachh heshe boleh main bubuh jah twitter entah budak payung mana lepas tu hehe2 jah dengan pengetua? dah la tak introduce diri langsung nama apa dari kelas mana tetiba jah expect nak di sponsor mekdi bagai?
Quote esbok 4-3-2021 02:36 PM
mak aku ajar dulu, jangan nak meminta2 orang belanja. kalau orang nak belanja lain cerita.
ni text teruss. ke budak ni anak pengetua ni.
Quote prettyuglybabe 4-3-2021 02:39 PM
zaman ni dari mak bapak sampai anak-anak memang suka meminta ek..
Quote tikusmontok 4-3-2021 02:45 PM
awanysss replied at 4-3-2021 01:55 PM
dahsyat ye.. rasanya budak ni baik ngan pengetua kot..
tp bila fikir balik, aku rasa kalau dulu aku ...

iols pun kalau try kat pengetua iols dulu dapat gak...dapat maki.
Quote dua_chzy 4-3-2021 02:46 PM
user.name: iols terasa ada sedikit hoverr di situ yachh heshe boleh main bubuh jah twitter entah budak payung mana lepas tu hehe2 jah dengan pengetua? dah la tak ...


Spekuan ai:

1. Budak ni baik dengan pengetua. Selalu dah mesej2.

2. Pengetua save nombor budak tu.

Tapi memang budak2 sekarang, perangai gini.
Quote merrissa 4-3-2021 02:53 PM
woooo..kaya2....kire duit sndri la pengetua tu guna belanja bebudak ni?

kalau aku belanja mee rm1.50 tu jah
Quote rajamoney 4-3-2021 03:09 PM
pengetua pun hadap nk viral

cam la aku tak tau
Quote tagas 4-3-2021 03:10 PM
kopak la pengetua pasni mesti ramai wasap minta blanje

elaun keraian tak abis mkn ape ade hal kann
Quote caca_eric 4-3-2021 03:38 PM
Slalu kalau sukan sekolah, Mcd slalu bg rm5 satu set burger+fries+airmilo
Bagus mcD ni.. jual murah

Dpt boss tak kedekut. Untung..
Quote Normabaru 4-3-2021 03:44 PM
dua_chzy: Yeap. Aiol pun berbulu tengok pelajar tak reti letak gap dengan pengetua tapi dah pengetua sundri 100 kali tak reti bina gap tu, selayaknyalah jika di ...


Setuju.. Dah kenapa minta kat pengetua? If mengidam parent online order xboleh ke.. Bdk skrg ni.. Haihzzz

Adab berguru,murid yang patut memuliakan guru.. Now guru plak kena please murid utk suruh bljr rjin2..

Nnt dpt E mcm ade kembar tu slhkn guru blk.. Diri yg bijak pandai tu xmo plak salahkan..

Seriously this viral is giving wrong message altogether ticer
Quote Normabaru 4-3-2021 03:50 PM
dua_chzy: Spekuan ai:1. Budak ni baik dengan pengetua. Selalu dah mesej2.2. Pengetua save nombor budak tu.Tapi memang budak2 sekarang, perangai gini.



Tadi kaka ada dpt mesej bdk minta keje..nk job runner. Tp dia panggil kaka "kak"
Minta keje dh la xproper pastu panggil kak?

Ingat kita ni sefamily ke?
Quote Normabaru 4-3-2021 03:51 PM
merrissa replied at 4-3-2021 02:53 PM
woooo..kaya2....kire duit sndri la pengetua tu guna belanja bebudak ni?

kalau aku belanja mee rm1 ...

Tutup awl mekdi tu sbb sales over the top utk hari kejadian

1customer jah.. Hehehe
Quote LadyCarefree 4-3-2021 04:03 PM
Makin menjadi budaya meminta dan mengemis dan meriak di medsos
Quote notM 4-3-2021 04:10 PM
Mengade ngade
Quote zehra2 4-3-2021 04:16 PM
puan jaliah abu ke...
kenal senior ni... mmg sporting  dia n sgt aktif..
muda lagi dah jadi pengetua.. tu sebab senang nak ikut rentak student..
ni yg dah masuk zon pencen, payah laaa

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top