Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Lelaki Nak Saman Netizen, Kesal Isteri Difitnah Berzina Gara-Gara Anak Muka Korea

Oleh: Natrahn|4-3-2021 09:54 AM Komen: 15
Seorang pemuda kesal dengan tindakan komen beberapa warga maya yang memfitnah isterinya berlaku curang ekoran wajah anaknya persis warga Korea.

Terdahulu, pengguna Tik Tok,  Azirul telah tular di media sosial kerana memuat naik video isterinya yang terlalu minat dengan program hiburan popular Korea, Running Man, ketika hamil hingga terkenan dan melahirkan anak yang wajahnya mirip dari negara itu.


Walaubagaimanapun, video itu mengundang komen jelik oleh warga maya sehingga Azirul mengambil keputusan mahu mengambil tindakan undang-undang pada mereka sekiranya tidak memohon maaf padanya.

Kredit foto: Tik Tok Azirul - Antara komen jelik wargamaya

"Saya nak kongsi paparan skrin yang saya dapat dan saya ambil di Facebook dan mereka komen seperti tiada agama.

Apa yang mereka komen seperti isteri saya berzina dengan orang lain sebab itu dapat anak begitu.

Perkara ini sangat menyentuh hati dan buat saya sedih sebab anak saya, zuriat saya, darah daging saya, mereka keluarkan kenyataan yang tidak masuk akal,"kata Azirul dalam video yang dimuat naik kelmarin.

"Saya beri tempoh hingga 5 Mac, kalau tak saya buat laporan polis kerana bukti dah ada dan saya tidak akan teragak-agak untuk menyaman kerana ini dah membuatkan maruah keluarga saya dipandang hina," katanya memetik laporan Projekmm.

Itulah wargamaya kadangkala komen sampai lupa batasan. Langsung tidak mencerminkan budaya luhur budi dan bahasa rakyat Malaysia yang terkenal dengan sopan santunnya. -CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote icemochalatte 17-3-2021 04:50 PM
Anak mata sepet ke ape ke.xde kna mengena dgn tgk drama korea.tu semua sbb gene

Lain-lain Komen

Quote Belibis 4-3-2021 10:10 AM
Kalau menang lumayan pakk.musim2 kobid nihhh,bukan senang nak dapat sekepuk duit.
Quote matchstick 4-3-2021 10:50 AM
Aku pun rasa mcm bangang je org yg kaitkan rupa anak mcm Korea sbb selalu tgk citer Korea masa pregnant. Dulu2 ramai yg gila tgk Hindustan takdek pun keluar anak rupa hindustan
Quote cikpah27 4-3-2021 11:04 AM
Nampak gak video laki ni kat fyp.. Muka budak tu macam makpak dia ja.. Mak dia putih2 sepet macam tu jugak la.. Pak dia pun sepet.. Mula2 ingatkan mak ayah muka melayu, anak muka mat saleh ka apa..
Quote cmf_premierleag 4-3-2021 11:06 AM
bang,patutnya ko takyah bg amaran nk saman
ko terus je proceed dgn saman
biar gelabah sesekor
Quote dodolgemok 4-3-2021 11:36 AM
Netizen sekarang ni mulut takde lesen, otak dgan jari menaip tu tak selari, fikir nk like nak femes jah. Ujong2 meroyan merempat mintak sedekah nk byar saman. Cash la netizen hanjeng!
Quote Artemesiaa 4-3-2021 11:37 AM
Thread dah ada semalam
Quote makneng 4-3-2021 11:57 AM
Jaman now, sepet sikit korea, sepet sikit korea,.. Apoo.. Kwn mak bermata sepet pun tak pernah ngaku korea, jepun, cina bagai. Sheolls ckp sheolls keturunan bangkaulu jah.
Quote orkid_amani 4-3-2021 12:25 PM
awat ank aku mata sepet mata hitam besaq depa panggil ank myammar{:laugh{:laugh
kalau kata ank korea ka jepun ka sedap gak la dengaq{:childlike{:childlike
Quote lavendernovella 4-3-2021 12:50 PM
Melayu kebanyakan dah mixed ethnicity. Melayu original tu orang asli.
Dalam family iol ada yang muka melayu asli, cina, jepun, mamak, arab. Sebb ancestor dah mixed so genetic tu nasib lah anak cucu mana dapat yg dominan.

Mcm kes atas tu , mesti ada mixed tu mak pak dia. Pak dia pun mata sepet.
Quote Megikari 4-3-2021 04:46 PM
Kak long aku masa kecik2 dulu orang kata anak jepun. Sebab dia putih melepak, mata sepet. Ikut betul2 genetik arwah nenek mak aku (cina + belanda). Mak aku kata dulu ada jugak orang fitnah kak long aku tu anak mak aku dengan jantan lain. Mujur la abah aku x meroyan gi saman orang sana sini, kalau x agaknya dah billionaire dah abah aku nyenyehnyeh
Quote Adrif 4-3-2021 08:43 PM
aku tak ikut muka mak ayah aku pun

tapi ikut muka atok almost 90% la.
kalau tengok album lama, atok masa muda, gambar hitam putih,
sebijik macam aku sekarang

boleh jadi anak tu ikut atok neneknya
Quote cupu 4-3-2021 08:49 PM
Saman je...mostly yg komen jahat tu jantan. Tu la jantan melayu. Spesis ni klu bcerai liat bg nafkah konon dah nak cerai sgt kan..
Quote sub5zero 4-3-2021 08:50 PM
Yg ko pun 1, pi share kt socmed pehal, hal keluarga simpan leklok x blh ke? Kena bahan terus meroyan
Quote Ain_h 17-3-2021 12:03 PM
Saman aje kesian dia
Quote icemochalatte 17-3-2021 04:50 PM
Anak mata sepet ke ape ke.xde kna mengena dgn tgk drama korea.tu semua sbb gene

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top