Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Bukan Sajat Je, Kawan-Kawan Rapat Pun Hilang Sekali

4-3-2021 09:37 AM| Komen: 59

Bukan saja Nur Sajat 'menghilang', malah rakan-rakan yang rapat dengan usahawan kosmetik kontroversi itu juga mengambil pendekatan serupa.

Usaha Harian Metro mendapatkan mereka untuk memberi pandangan terhadap kontroversi terbaru Sajat gagal apabila mereka turut menghilangkan diri.

Mereka dipercayai mengambil jalan selamat tidak mahu masuk campur dalam perkara ini.

Menerusi hantaran di media sosialnya sebelum ini, Sajat pernah memaparkan beberapa rakannya termasuk yang pernah bersama-samanya dalam kontroversi berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah.


Foto: IG

Cubaan menghubungi Sajat juga tidak berjaya apabila mesej dan panggilan tidak dijawab.

Tinjauan di akaun media sosial pula mendapati Sajat sudah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.

Begitu juga teman lelakinya, seorang warga Lubnan dikenali sebagai Jad Issa atau Jadooss yang didakwa sudah pulang ke negaranya.

Jad menerusi akaun Instagram Jadooss dilihat memuat naik gambar-gambar dia bersama Sajat di IGTV tiga hari lalu dengan menulis, 'Untuk setiap langkah yang awak lakukan dalam kehidupan awak, ingatlah saya berada di belakang awak'.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad kini diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas dikenakan waran tangkap tanpa jaminan kerana gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya, minggu lalu.

Sejak itu, dia gagal dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung pelbagai kontroversi yang terpalit atas dirinya.

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan pengakuan usahawan berusia 36 tahun itu seolah-oleh berniat menukar agama.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik sama ada ia video baharu atau lama. Video berdurasi 1 minit 48 saat tular di media sosial memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.

Ia terus mencetuskan kontroversi sehingga beberapa mufti dan pendakwah memberikan pandangan mereka terhadap perkara ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 59
Komen

Previous : Buang Ego - Zarina Anjoulie, Yas Rujuk Semula

Next       : Shuk Disindir Berniaga Air Tepi Jalan, Gerai Pun Kena Serang

Komen Terbaru

Quote Ain_h 17-3-2021 11:51 AM
The effect

Lain-lain Komen

Quote aemon 4-3-2021 10:21 AM
tahan jela mak bpk dia sebab subahat anak jadi mcm tu.
Quote hatikudus 4-3-2021 10:25 AM
cer tanya alip sukri
Quote Boomibulat 4-3-2021 10:25 AM
Ni ke kwn2 Sajat..
as.png

Quote Nenasketum 4-3-2021 10:29 AM
Boomibulat replied at 4-3-2021 10:25 AM
Ni ke kwn2 Sajat..

I is pengsan oredi
Quote kaseh80 4-3-2021 10:39 AM
Nak cari pondan sorang ni susah sgt???
Quote anggeriklatifah 4-3-2021 11:29 AM
ada sumber kata rumah yg dia duduk tuhhh ada bassement bwh tanah
dan dia sembunyik situ

mse dia buat video nak keluar dari islam tu pun iols tgok keadaan bilik dia cam sme je dgn video2 yg lain

iols dapat rse lak jat ade je dlm rumah tu..dan memg betul ada bilik tersembuyi
memg rumah org kaya ada kan secret room cam rumah omputih
Quote sharlenetexas 4-3-2021 11:58 AM
Boomibulat replied at 4-3-2021 10:25 AM
Ni ke kwn2 Sajat..

Tulennn banggg
Quote dua_chzy 4-3-2021 12:08 PM
Boomibulat: Ni ke kwn2 Sajat.. 556287


Waaah suma meletops!
Quote ezacbee 4-3-2021 12:11 PM

Tiruan ni
Quote orkid_amani 4-3-2021 12:35 PM
mokki tu moktar la kn..ada tengok live dy kat nursajat gold..nak beli emas dy tapi pikiaq dy bapok cari kedai lain la.
Quote Belibis 4-3-2021 12:43 PM
kaseh80: Nak cari pondan sorang ni susah sgt???

Susahh.mungkin semua dah bermisai,berjanggut.mana nak cam.
Quote dudaberhias 4-3-2021 12:44 PM
Apabila terlampu gigih nak tunjuk memondan, ada bf, ada anak kat sosial media, dapat pergi umrah bertelekung semua kalau sajat ni memondan senyap2 dan ada 10 jantan sekalipun iols rasa takkan ada sape kacau pun... Say goodbye kepada sejat
Quote spunk3d 4-3-2021 12:44 PM
dah sepatutnya dah ni, semua orang yg berduyun2 beli korset and emas kedai sajat ni tolong boikot.

Quote Dodod 4-3-2021 01:25 PM
hatikudus replied at 4-3-2021 10:25 AM
cer tanya alip sukri

alip pon dh lama xjumpa sajat ni. lepas kes apa haritu mmg xnmpk dh dia pegi rumah sajat. kalo pegi mesti ada video punya. kan dia keluar statement suruh sajat serah diri.
Quote dudaberhias 4-3-2021 01:30 PM
spunk3d replied at 4-3-2021 12:44 PM
dah sepatutnya dah ni, semua orang yg berduyun2 beli korset and emas kedai sajat ni tolong boikot.
...

takde orang beli pun barang2 sajat ni...
iols tengok yang beli tu pun agen2 je...
dengan kedai2 jamu jual kat shopee....
sekali beli 10-20k gitterw stok... harus la sajat kaya raya dan masih boleh hidup....

bayangkan kalau dapat 10 agen sebulan dan 100k untuk dia customer kena cari 1000 orang baru dapat sales banyak tu...
Quote adeqbun 4-3-2021 02:22 PM

maigot nama semua jantan2 perkasa...kesiannye kat mak pak yg bg name time baby dlu
Quote sukacactus 4-3-2021 02:25 PM
Boomibulat replied at 4-3-2021 10:25 AM
Ni ke kwn2 Sajat..

Aaawwww!!!
Quote awenda507 4-3-2021 02:26 PM
Boomibulat replied at 4-3-2021 10:25 AM
Ni ke kwn2 Sajat..

Berdekah aku bca nama masing2
Quote aderaderker 4-3-2021 02:29 PM
Boomibulat replied at 4-3-2021 10:25 AM
Ni ke kwn2 Sajat..

Pandai dia pilih kawan.
Nama semua gagah2 belaka...

Lihat semua komen(59)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top