Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Diejek Tak Kacak Semasa Minta Kerja, Lelaki Nekad Ubah Muka

3-3-2021 01:08 PM Komen: 117
Hanoi: Seorang lelaki mendakwa terpaksa menjalani pembedahan plastik pada wajahnya selepas dia dijadikan bahan jenaka ketika meminta kerja.

Do Quyen yang berusia 26 tahun membuat pengakuan itu menerusi TikTok kini menjadi popular dengan penampilan terbaharunya.

Bagi mendapatkan wajah yang diidamkan, dia perlu menjalani sembilan prosedur pembedahan, lapor portal Odditycentral.com.

Penampilan terbaharunya itu ternyata mengejutkan kenalan dan ahli keluarga kerana perubahan wajah yang ketara.

Foto: Oddity Central

Pembedahan itu dibuat khususnya pada muka, mata dan hidung.

Lelaki itu membuat keputusan menukar wajahnya selepas dia ditertawakan penemu duga kerana wajah yang tidak kacak.

Dia kini bekerja sebagai jurusolek di Saigon memberitahu pengikut TikTok bahawa dia membelanjakan sebanyak AS$17,400 (kira-kira RM70,500).

Ia untuk mentransformasikan wajahnya supaya menjadi kacak.

Quyen sebelum ini sudah lama berdepan dengan sikap sinikal masyarakat yang sering menjadikan wajahnya sebagai bahan lawak.

Namun, kini segala-galanya berubah apabila dia memiliki wajah yang jauh berbeza dengan penampilan sebelumnya.

"Saya sukar mendapatkan pekerjaan dan sering diejek setiap kali memohon kerja.

"Kos pembedahan ini ditanggung sepenuhnya daripada wang simpanan kerana saya bukan daripada keluarga berkemampuan," katanya.

Dalam pada itu, perubahan wajah lelaki ini menjadi bahan berita media tempatan di negaranya.

Ia selepas ramai yang seakan-akan tidak percaya terhadap perubahan mendadak penampilannya pada masa kini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
1
1
Komen: 117
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote angelofish 6-3-2021 06:13 PM
patut la dia operate muka..tengok komen kat sini pon cukup menyakitkan hati

Lain-lain Komen

Quote notM 3-3-2021 11:15 AM
Macam Pan Asian kan muka heols..heols buat kat mana boleh hensem camtu.
Quote mh17 3-3-2021 11:22 AM
Muahaha,jap lg kwin ank mewarisi gen suami juga
Quote putericahaya999 3-3-2021 11:27 AM
Dah boleh jadi model ni
Quote copy_paste 3-3-2021 11:32 AM
kalau mcm ni,bomoh susuk xleh cari makan hahahahaha....
Quote yusryimran 3-3-2021 11:36 AM
Iols ada kenalan gigih ke korea buat segala... owing rambut pun beli kat korea.... malas nak tegur gasak kau.. duit kau kan. jgn mintak duit dari aku dah
Quote Artemesiaa 3-3-2021 11:38 AM
Bukan benda baru ramai je yang dah lama lakukan perkara yang sama sepertinya.  
Quote ~boolean 3-3-2021 11:38 AM
sukar dapatkan kerja tapi ada wang simpanan cecah 70K...hebat dik....
Quote EJALTI 3-3-2021 11:39 AM
Fuhhh.....100% beza....
Quote cicicumel 3-3-2021 11:42 AM
persis Zoey kematian kucing
Quote BoongaKertas 3-3-2021 11:45 AM
dem boi, u are too pretty now.  jd lah model komersial.
Quote annehuda 3-3-2021 11:48 AM
part hidung tu mmg aku kagum la
Quote lurve82 3-3-2021 11:59 AM
mcm tipu je...
Quote Manjahati 3-3-2021 11:59 AM
Tukar terus muka adik ni
Quote namieamuro 3-3-2021 12:04 PM
takdela huduh sgt pun rupe asal die. teros berubah muke heols ye. teros jd sepupu zen saidin  

bole la sajat pindah sane tekel Do Quyen ni

Quote rajamoney 3-3-2021 12:04 PM
esok lusa buat pembedahan potong zakar pulak

maklumla

jurusolek lelaki kn perempuan terperangkap dalam dubur lelaki

ish ish iiiiiiiiiiiiiish
Quote violetungu 3-3-2021 12:05 PM
wow menjadi
Quote riyadhK 3-3-2021 12:06 PM
Share no doctor tu sekali dik oiiii.
Quote Purplehag 3-3-2021 12:07 PM
Lebih cun dari mat salleh. Hebak.. Hebak
Quote tripleid 3-3-2021 12:07 PM
Jgn smpai jadi mcm kat cina tu dah la.. mak/pak lawa..skali kluar anak huduh yaamponn sbb ikut dna original parents

Lihat semua komen(117)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top