Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mesin Penapis Air Punca Bil Tinggi Setiap Bulan

3-3-2021 01:03 PM Komen: 63
Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata, peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk serta alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

"Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.

"Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Foto: Harian Metro

Beliau berkata, contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.

Ismail Lathifi berkata, jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.

Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

"Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah," katanya.

Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

"Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 63
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote julia5094 8-3-2021 03:45 PM
Meiizu replied at 4-3-2021 07:12 PM
Nanti sure tnb ckp depa pakai method pro rate..siap nak ajar kita cara kira pulakk.

Macam2 idea depa dok bagi kan...adeh..

Lain-lain Komen

Quote tikusmontok 3-3-2021 12:23 PM
OOOoooooo.....ok.
Quote rajamoney 3-3-2021 12:23 PM
air di selangor kotor

sbb tu penapis air laku keras sanggup bayar bulan2

mcm kelantan jugak la malu nk hentam kerajaan negeri

pengundi2 ph diam membisu

Quote CARI-MRO 3-3-2021 01:03 PM
Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.


Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata, peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk serta alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.


"ada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.


"Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk," katanya kepada Bernama di sini hari ini.




Foto: Harian Metro




Beliau berkata, contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.


Ismail Lathifi berkata, jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.


Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.


"engguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah," katanya.


Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.


"Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote rain2169 3-3-2021 01:11 PM
ooooo cenggituuuu......
Quote espri6006 3-3-2021 01:16 PM
pada aku dulu aku pakai pemanas air yang 5 liter tu sebelum aku pakai penapis air coway lagi tinggi bil letriknya. Sekarang pakai penapis air coway buka nak kata rendah tapi boleh tengoklah perbezaannya.
Quote MissyMolly 3-3-2021 01:19 PM
Memang ad beza sblm dgn slps pasang.. korang jgn tertipooo ler beza saplo ringgek.. lebeh kot tp sbb ak pemalas nk masak air,byr sajalah kohkoh..
Quote Redmyvi 3-3-2021 01:23 PM
nasib aku rajin masak air.. dalam peti ais penuh btol air sejuk
Quote farhani87 3-3-2021 01:37 PM
Patutlah bil elektrik iols naik melambung. Tp rasanya bukan sebab cuckoo jer, sebab aircond sama kot. Pasang 24degree mmg x rasa apalah. Hehe. Panaih lit lit sekarang ni.
Quote rayriff 3-3-2021 01:39 PM
rajamoney replied at 3-3-2021 12:23 PM
air di selangor kotor

sbb tu penapis air laku keras sanggup bayar bulan2

Hahahhaah hampesnya. Tergelak aku. Jangan la kutuk mb kitorang.hahah
Quote rajamoney 3-3-2021 01:40 PM
rayriff replied at 3-3-2021 01:39 PM
Hahahhaah hampesnya. Tergelak aku. Jangan la kutuk mb kitorang.hahah

mb negeri aku jgk riff

kempen aku nk jatuhkn dia tatap diteruskan!!!!!!!!!
Quote matchstick 3-3-2021 01:50 PM
aku pakai coway model lama yg takde air panas/ sejuk..penapis air semata..kadang tergoda juga tgk promo mesin model baru. tapi yg model baru ni tangki tak sebesar mcm yg aku ada skrg, sbb jenis yg jimat space. cantik. tapi sbb selangor selalu takde air berguna juga la air dlm tangki coway tu bila terdesak. jimat letrik lagi. mmg tak tukar la..
Quote julia5094 3-3-2021 01:52 PM
Mesin penapis off dah 2 bulan sebab leaking...tapi bill bulan lagi banyak berbanding masa penggunaan. Tu pelik jugak ni...
Quote krustykrab 3-3-2021 02:05 PM
Aku mmg x teringin lg nk pakai coway dan yg  sewaktu dgnnya.. Masih kuat belum oku dan  blum lg nk jd pemalas
Anak aku ada suruh pasang coway, aku ckp mama tunggu ko keje lps tu ko pasang dan byr semua bil
Quote rikuren 3-3-2021 02:10 PM
aik sebelum ni bil sama ja ..dulu tnb bagi alasan sebab musim panas... ke memang tnb tetiba amik kesempatan naik kan tarif letrik ni??
Quote sukacactus 3-3-2021 02:12 PM
Ac aku 27 je sebab aku xselesa sejuk sgt
Water filter aku pun xde function sejuk panas tu
So bil aku mcm biasa je pun xde naik sgt
Quote akies 3-3-2021 02:14 PM
Cuaca mmg panas skrg.
Bahang sampai ke petang.
Entah berapa bil letrik bulan ni.
Quote tungkai 3-3-2021 02:37 PM
Edited by tungkai at 3-3-2021 02:41 PM

Bullshit... rumah aku kat kampung tak pakai Coway, Cuckoo jadah semua tu. And yet bil still naik.

Paling pelik

Nov 2020 (30 hari @ 280 kWh) = RM53.75
Feb 2021 (28 hari @ 261kWh) = RM58.76


November usage banyak tapi charging rendah berbanding Feb, usage rendah tapi charging lagi mahal...???


Quote R2D2 3-3-2021 02:40 PM
alat penjimat elektrik pun satu hal jugak
bukan jimat elektrik pun
terutama kalau dibiar sepanjang masa ON
Quote brownstone 3-3-2021 02:46 PM
Kalau kita pakat dok minum air sejuk, and malas nak simpan air masak siap2 dlm peti sejuk, patut beli peti ais yg bole kuarkan air sejuk la kan??? Jimat letrik sbb ada satu je compressor and jimat ruang rumah.....

Unless, u mmg perlukan penapis air sbb slalu minum air panas (malas nak jerang) and mmg a bit particular dgn quality air.

Lihat semua komen(63)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top