Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Budak Dua Tahun Maut, Lemas Dalam Besen Di Rumah Penagsuh

3-3-2021 01:01 PM Komen: 53
Georgetown: Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung di sini, hari ini.

Kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Sophia Fatehah Wan Farhan Danial berusia dua tahun.

Nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia bergegas dari Taiping ke Pulau Pinang selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya berhubung kejadian.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi dibedah siasat.


Foto: Harian Metro

"Cucu saya memang sudah lama dijaga pengasuh berkenaan dan sudah tentu kami masih terkejut dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HPP hari ini.

Difahamkan, Sophia Fatehah adalah anak bongsu daripada dua beradik dan ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 53
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Submitted 19-3-2021 01:45 AM
Risau kan kita dh alert dgn keselamatan anak kita tp org lain lak yg cuai

Lain-lain Komen

Quote crazypink 3-3-2021 11:29 AM
Al - fatihah syurga buat mu syg
Quote putericahaya999 3-3-2021 11:43 AM
Al fatihah semoga famili tabah
Quote Artemesiaa 3-3-2021 11:46 AM
Kes yang sama terus berulang2 tampa kesudahan
Quote sofyayra 3-3-2021 12:26 PM
Benda ni la yg boleh trigger anxiety aku. Anything berkait dgn bdk kecik.  

Sbb tu kt rmh mmg takde besen tadah air, kt rmh pngasuh pun kadang aku hint la srh lock on tu bilik air elok2.

Al Fatihah anak syurga
Quote Boomibulat 3-3-2021 12:27 PM
Innalillah..Bnyk kes lemas mcm ni..
Quote eyansss 3-3-2021 12:48 PM
sofyayra replied at 3-3-2021 12:26 PM
Benda ni la yg boleh trigger anxiety aku. Anything berkait dgn bdk kecik.  

Sbb tu kt rmh mmg tak ...

aku pun selalu hint pengasuh aku, melalui anak2 aku, sampaikan pengasuh aku terikut dah...  masa hantar aku pesan kat anak aku, jangan main besen, kunci grill nanti adik keluar, etc...  memula pengasuh aku buat muka sebab dia ingat aku tak percaya dia kot...  pastu aku rajin2 borak pasal kes2 cenggini...  then nampak dia mula buat n jaga (harapnya belakang aku jugak la)...  tapi aku amek la hati dia balik dengan bagi memacam supaya dia tau yang aku percaya kat dia, cuma nak dia berjaga2...
Quote CARI-MRO 3-3-2021 01:01 PM
Georgetown: Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung di sini, hari ini.


Kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Sophia Fatehah Wan Farhan Danial berusia dua tahun.


Nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia bergegas dari Taiping ke Pulau Pinang selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya berhubung kejadian.


Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi dibedah siasat.




Foto: Harian Metro




"Cucu saya memang sudah lama dijaga pengasuh berkenaan dan sudah tentu kami masih terkejut dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HPP hari ini.


Difahamkan, Sophia Fatehah adalah anak bongsu daripada dua beradik dan ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote sofyayra 3-3-2021 01:01 PM
eyansss replied at 3-3-2021 12:48 PM
aku pun selalu hint pengasuh aku, melalui anak2 aku, sampaikan pengasuh aku terikut dah...  masa h ...

Aku pun hint2 kata mek kecik ni dh pandai merayau merata. Tempat paling suka bilik air. So ckp la kt rmh tu bilik air mmg tutup n tak tadah air.

Pastu lg satu dulu dia letak washing machine dlm bilik air. Possibilities nak kena renjatan tu tinggi pasal.karen kan. So aku ckp la bahaya kak kalu bebudak pegang, so next day aku nampak dah berubah tmpt. Psl dia bkn jaga anak aku ja, ada budak lain sama.

Kita bkn cerewet tak bertempat tp mmg untuk safety. Aku percaya je kt dia tp saling remind la. Yg penting remind in a good way
Quote Buritan 3-3-2021 01:17 PM
Siannya.. cmn laa leh cuai.. kalo dah nak jd dpn mata je jadii..
Quote raihaneem 3-3-2021 01:18 PM
Noooooo...bencinya berita mcmni.. laahai 2 tahun best ngusik, main2...
Takziah pd famili adik comel ahli syurga ni..
Quote MissyMolly 3-3-2021 01:19 PM
Tidakkkkk
Quote Redmyvi 3-3-2021 01:31 PM
salam takziah pada keluarga mangsa.. dilema sungguhkn jadi ibubapa skrg.. nk kerja pun tak senang memikirkan anak2..
Quote doubleA 3-3-2021 01:31 PM
Sedihnya. Sebab tu ada org prefer taska day care dari rumah pengasuh persendirian. Memang la lagi best jaga sendiri tapi tuntutan kerja kan. Bertabahlah family
Quote darkness 3-3-2021 01:36 PM
Ala siannyaa...
Quote chenta_dewi 3-3-2021 01:36 PM
doubleA replied at 3-3-2021 01:31 PM
Sedihnya. Sebab tu ada org prefer taska day care dari rumah pengasuh persendirian. Memang la lagi be ...

Taska pon penah ada kes kan
Quote doubleA 3-3-2021 01:44 PM
chenta_dewi replied at 3-3-2021 01:36 PM
Taska pon penah ada kes kan


Entah la, mungkin juga pernah. Tapi at least taska yg berdaftar JKM ada lebih sorang pengasuh. Entah la, terpulang masing2, tapi personally utk i, i prefer taska dari rumah pengasuh persendirian. Unless pengasuh tu family atau sedara yg boleh dipercayai
Quote farhani87 3-3-2021 01:45 PM
Kesian kat mak pak dia.  Tp tuh lah ajal ni tak awal, tak lambat. Semoga tabah dan sabar
Quote naina 3-3-2021 01:58 PM
Mcm mana tu kepala jatuh dulu kaki kat atas ke? Anak aku 2 tahun lasak yakmat. Ligat dan banyak cakap. Baru pagi tadi minta2 nak pergi sekolah sbb tgk abang2 dia masuk sekolah. Kitorang pon plan nak hantar taska.. Namun cerita begini menakutkan pula
Quote supermum 3-3-2021 02:15 PM
Umur camni memang ligat. Teringat ngn anak bujang aku masa umur gini. Aku kerja, dia di rumah dengan parents aku aritu. Dia bangun senyap-senyap masuk bilik air. Coincidence pulak pagi tu ayah aku lupa kunci pintu bilik air, so dia boleh tolak senang je. Biasa memang berkunci dari luar kalau takde orang guna. Imagine dia main dalam tu dalam gelap orang tak sedar. Mak aku bila sedar dia takde, panic carik dia. Nasib takde apa jadi. Fuh

Lihat semua komen(53)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top