CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Adik Hati Kental Mula Sekolah, Abang Yang Hati Tisu Menangis Sebab 'Sunyi'

2-3-2021 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1739| Komen: 3

Description: Semalam, merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka diadakan pada tahun 2021. Jika dilihat, saban tahun sudah pastinya terdapat kes di mana murid-murid darjah satu akan membuat ‘hal’ ...
Semalam, merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka diadakan pada tahun 2021. Jika dilihat, saban tahun sudah pastinya terdapat kes di mana murid-murid darjah satu akan membuat ‘hal’ semasa hari pertama mereka di sekolah.


Menerusi status yang dimuat oleh seorang ibu, Rifana di Kumpulan Sepahkan Apa Hari Ini? tampil menceritakan situasi berbeza yang berlaku apabila anaknya mula bersekolah.



Kredit foto: FB

Menerusi dua keping foto yang dikongsi, dapat dilihat reaksi si abang yang ‘sebak’ apabila adiknya sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. 

Jelas si ibu, anak perempuannya begitu bersemangat ke sekolah dan sama sekali tidak menangis seperti murid yang lain.


Apa yang melucukan, apabila si abang bertanyakan bila adiknya akan tamat waktu persekolah. Bahkan, si abang sempat juga meluahkan rasa sunyi kerana ketiadaan si adik di sisi.


Kredit foto: FB

Namun, kerinduan si abang terhadap si adik tidak berkekalan lama apabila mereka kembali bergaduh sebaik adiknya pulang.

Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen daripada netizen yang rata-rata geli hati melihat telatah adik beradik ini. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan anak lelakinya yang disifatkan sebagai penyayang dan mampu menjaga adiknya dengan baik.


Sumber: OhBulan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 2-3-2021 12:41 PM
Alamak sayu nya, sangat comel
Quote nowhite 2-3-2021 01:49 PM
Sayang abang kat adik dia
Quote Artemesiaa 2-3-2021 02:00 PM
Sunyi sebab dah hilang kawan bergaduh.  Bila start turn dia kena gi sekolah nanti hilanglah rasa sunyinya tu.

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.069924 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top