Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Takut Dibunuh, Lelaki Jual Buah Pinggang Langsai Hutang Kahwin

2-3-2021 08:43 AM Komen: 4
Seorang lelaki di kawasan penduduk miskin di pinggir Herat, bandar di barat Afghanistan sanggup menjual buah pinggang demi melangsaikan hutang perkahwinan.

Najbullah, 32, dilaporkan menjual organ badannya itu pada harga AS$3,875 (kira-kira RM15,700).

Dalam adat tempatan, lelaki perlu menyediakan sejumlah wang untuk mengahwini pasangan dan kegagalan melunaskan bayaran itu boleh menyebabkan si suami dibunuh.


Gambar hiasan

Justeru, dia berbuat demikian kerana khuatir terhadap keselamatan keluarganya, lapor The Telegraph.

"Jika tidak dibayar ia boleh menyebabkan pergaduhan dan lapan orang mungkin terbunuh, jadi lebih baik saya menjual buah pinggang," kata lelaki itu.

Buah pinggang itu dijual kepada hospital tempatan yang sering menjalankan pembedahan pemindahan organ berkenaan.

Seorang lelaki di Kabul menjadi penerima buah pinggang berkenaan dengan beberapa syarat dipersetujui bersama.

Namun, apa yang menyedihkan, selepas selesai pembedahan pemindahan organ itu, Najbullah masih tidak mampu untuk bekerja selain masih menanggung hutang.

"Satu lagi buah pinggang saya masih sakit selepas pembedahan," keluhnya.

Kebanyakan rakyat Afghanistan yang menjual buah pinggang adalah mangsa perang yang bekerja sebagai buruh.

Di Herat, tidak kurang daripada 32 individu daripada 150 keluarga mempunyai kesan luka pembedahan kerana menjual buah pinggang, kata seorang lelaki Ebrahim Hakimi.

Ada sekumpulan lelaki juga memiliki kesan luka pembedahan dengan kesan parut sepanjang 30 sentimeter di perut mereka.

Hakimi berkata, tindakan lelaki itu disebabkan desakan hidup sehingga individu terbabit terpaksa menjual organ itu di pasaran gelap. Namun, tindakan itu boleh mengundang bahaya kepada mereka yang memutuskan untuk berbuat demikian.

Ia memandangkan ia memberi risiko terhadap kesihatan seseorang dan mereka masih tidak bebas daripada belenggu hutang.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Dapat Gambar Pisau, Didi Astillah Dimaki 'Perangai Dajal'
Lelaki Maut Ayam Sabung 'Makan' Tuan
Dihumban Keluarga Tunang Sebab Tak Turut Senarai Barangan
Hampir 7 Tahun Menyanyi, Wani Syaz Tak Ada Aura Dan Masih Belum Glamour
PAS Harap Tiada Berita Gembira Buat Pejuang LGBT
Fadlan Bengang- "Aku Sakit Pun Datang Set Macam Biasa, Tak Pernah Minta Cuti"
Biar Saya Jadi ' Budak Jahat' Demi Rakyat - Ismail Sabri
Dewi Perssik Tawar Habuan RM23,400 Buktikan Dirinya Perampas Kelas Atasan
"Saya Keluar Daripada Agama Islam, Itu Lebih Afdal," -Sajat Cari Pasal Lagi?
Lalok Ganja Sampai Potong Anu Sendiri
Kerana Wanita Lagi, Lelaki 'Lunyai' Dibelasah 2 Individu Di Kemaman
Amber Heard Disingkir Dari Aquaman 2 Sebab Gemuk?
Wow Nya Suara Hannah Dan Raysha Cover Lagu AJL35! Ramai Tak Puas Dengar
Lufya Sedih Surau Masih Ditutup, "Solat Depan Lif Je Lah"
Adik Hati Kental Mula Sekolah, Abang Yang Hati Tisu Menangis Sebab 'Sunyi'
"Encik Sajat Nak Murtad Kenapa Salahkan Orang Lain, Bukan Diri Sendiri?" - PU Syed
Pfizer Mungkin Kurang Berkesan Pada Individu Obes, Kena Tambah Dos
Buka sempadan, rentas negeri selepas imunisasi capai tahap tertentu. Raya?
Video tular geledah rumah ikut peruntukan undang-undang - Polis
Dua Lagi MV Iklan Judi Raya Tunggu Masa
Tempah Nahas Bawa Anak Bini Berkhemah Di Kawasan Tanah Runtuh
Lintah Jadi Binatang Peliharaan, Sanggup Beli 4 Ekor Harga Hampir RM5,000
Lelaki Murung Ditemui Tergantung Di Kampung Juru
Suami tebuk lubang intai isteri sendiri mandi
Tiada kelibat Cristiano Ronaldo, Messi di Piala Dunia?

Komen Terbaru

Quote Suchi 2-3-2021 10:00 AM
Murahnya buah pinggang sedangkan lepas ni kalau satu lagi rosak belum tentu dia dapat buah pinggang baru.

Organ badan yg takleh tumbuh baru ni kalau nak jual better berjuta2 baru berbaloi.

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 2-3-2021 08:45 AM
Tak mampu tapi nak kawen...
Quote chinta89 2-3-2021 09:01 AM
jd x payah la kawin.. ko ingat isteri nk jaga ke kalau dh sakit? bkn semua pasangan sanggup susah senang bsama
Quote Imkhai 2-3-2021 09:38 AM
dh x mampu nk kawen duk je diam2 sana ni sibuk jgk nk kawen
Quote Suchi 2-3-2021 10:00 AM
Murahnya buah pinggang sedangkan lepas ni kalau satu lagi rosak belum tentu dia dapat buah pinggang baru.

Organ badan yg takleh tumbuh baru ni kalau nak jual better berjuta2 baru berbaloi.

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top