CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

PAS Harap Tiada Berita Gembira Buat Pejuang LGBT

2-3-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2750| Komen: 23

Description: Dewan Pemuda Pas Selangor mengingatkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bahawa komuniti itu tidak bebas melakukan aktiviti mereka di negara ini.
Dewan Pemuda Pas Selangor mengingatkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bahawa komuniti itu tidak bebas melakukan aktiviti mereka di negara ini.

Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, meskipun Mahkamah Persekutuan membenarkan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dicabar, namun ia tidak bermakna mereka bebas mengamalkan gaya hidup songsang.



Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli bercakap kepada media selepas Dewan Pemuda PAS Selangor menggesa pihak polis membuka semula kertas siasatan seorang lelaki yang ditangkap melakukan persetubuhan luar tabii di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam. Foto SHAFIY ZUL, 01 MAC 2021.

“Saya harap tiada sebarang berita gembira buat pejuang-pejuang LGBT.

“Kalian memilih untuk tidak dihukum dan dikenakan tindakan Mahkamah Syariah, tetapi kalian memilih dikenakan hukuman dan disabitkan kesalahan di bawah Sekysen 377.


“Seksyen 377 memberi gambaran jelas bahawa LGBT tidak diberikan ruang untuk bebas dengan aktiviti-aktiviti mereka di dalam negara kita,” katanya pada sidang media di luar Balai Polis Seksyen 6, di sini, hari ini (semalam).

Terdahulu Hanafi bersama pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa membuat pertuduhan baharu terhadap Iki Putra Mubarak di Mahkamah Sivil, Selangor.

Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pads 25 Februari lalu mengenepikan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang memperuntukkan seks luar tabii boleh dihukum, adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Iki Putra telah didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi.

Dalam pada itu, Hanafi juga melahirkan rasa hairan terhadap tindakan Iki Putra yang mencabar pertuduhan di Mahkamah Syariah dan memilih pendakwaan di Mahkamah Sivil yang jauh lebih berat hukumannya jika sabit kesalahan.

“Kenapa Iki Putra memilih untuk mendapatkan satu hukuman yang lebih berat, itu menjadi kepelikan.

“Seksyen 377 Kanun Keseksaan memperuntukkan 20 tahun penjara, berbanding Seksyen 28, Enakmen Syariah yang memperuntukkan tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau enam kali sebatan,” jelasnya.


Gambar hiasan

Beliau juga tidak menolak kemungkinan keputusan Mahkamah Persekutuan itu boleh membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah pada masa akan datang.

“Satu ketika nanti ia akan membuka pintu-pintu untuk mahkamah sivil membatalkan beberapa keputusan kes mahkamah syariah.

“Ini kerana kita sedia maklum Enakmen Jenayah Syariah di 14 negeri ini berbeza-beza peruntukan yang diluluskan,” katanya.

Katanya lagi, keputusan itu juga membuktikan umat Islam gagal untuk menambahbaikkan Akta 355 yang sedia ada di dalam negara ini.

“Sebab itu kita mohon semua institusi mainkan peranan berganding bahu secara kolektif daripada NGO, badan peguam Syarie dan penggubal undang-undang dalam negara kita untuk mencari satu titik pertemuan.

“Ia bagi menjadikan kes ini sebagai kes yang perlu perhatian tampuk kepimpinan negara kita dan pemimpin Melayu Islam,” katanya lagi. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 2-3-2021 08:40 AM
tu lah i pelik knp gayah tu pilih nak kne hukuman sivil yg lg berat dr hukuman syariah
Quote Itzy 2-3-2021 09:27 AM
kelapaparut: tu lah i pelik knp gayah tu pilih nak kne hukuman sivil yg lg berat dr hukuman syariah


Pada fikiran aku mungkin hukuman sivil dia boleh lawan mohon rayuan tapi kalau syariah ni payah sikit la, sebab selalu kalau dh jatuh hukum syariah yg tu la dia dapat.
Quote rajamoney 2-3-2021 01:06 PM
wayang je ni

pru da dekat

nk solid undi melayu konservatif
Quote Punat_button 2-3-2021 04:16 PM
sebab dia tau mahkamah sivil tak rajin nak kacau cara orang ngesek kecuali ko nak jadi PM

sekian

Quote tripleid 4-3-2021 02:57 PM
ni kalo jadi zaman mujahid,lunyai lah dia kna kecam dgn walaun2 sekalian..skrg menteri agama baru aman2 jah tgk bamjat buat drama sambil makan pop kom.. xde sape nak meroyan berguling depan sogo mcm zaman pH

[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1856204497891392/?type=3&source=54&ref=page_internal[/fbp]
Quote rajamoney 4-3-2021 03:02 PM
lihat!

ada penyebar fake news vaksin pfizer made in israel berjuang mempertahankan dr mujahid lah!
Quote dodolgemok 4-3-2021 03:05 PM
Dah jadi kerajaan pon masih berharap je mampu? Menteri undang2 pon dri geng sendiri, semua ruu pon dah hilang kan? Kahkahkah!
Quote axl_bach 4-3-2021 03:05 PM
tripleid replied at 4-3-2021 02:57 PM
ni kalo jadi zaman mujahid,lunyai lah dia kna kecam dgn walaun2 sekalian..skrg menteri agama baru am ...

Mujahid ni mcm Dajjal lah bagi bani melayu asobiyyah ni....apa2 blame Mujahid...

Quote FOTHER-MUCKER 4-3-2021 03:10 PM
tripleid replied at 3-3-2021 10:57 PM
ni kalo jadi zaman mujahid,lunyai lah dia kna kecam dgn walaun2 sekalian..skrg menteri agama baru am ...

Sekor chimp tu sibuk betul nak cari salah orang lain kekononya kan? Tetapi tak sedar sendiri terlalu bodoh.

Sedangkan dia sendiri benda yang paling simple pun tak boleh nak bezakan iatu mana satu boot dan mana satu bonnet dan katanya nazi telah menggunakan lambang swastika.

Lambang nazi dengan lambang yang digunakan oleh Hindu Buddha pun dia tak boleh nak bezakan.
Quote Punat_button 4-3-2021 03:22 PM
FOTHER-MUCKER replied at 4-3-2021 03:10 PM
Sekor chimp tu sibuk betul nak cari salah orang lain kekononya kan? Tetapi tak sedar sendiri terla ...

siapa chimp?

aku tertinggal ketapi ka...


Quote tripleid 4-3-2021 03:31 PM
Edited by tripleid at 4-3-2021 03:45 PM
FOTHER-MUCKER replied at 4-3-2021 03:10 PM
Sekor chimp tu sibuk betul nak cari salah orang lain kekononya kan? Tetapi tak sedar sendiri terla ...


Bodoh la katekan..masuk porem buat multinick pastu jadi langau dlm porem dgn komen2 sampah..mmg jijik sape yg sanggup  reply komen2 bangang dia tuh
Quote tripleid 4-3-2021 04:04 PM
axl_bach replied at 4-3-2021 03:05 PM
Mujahid ni mcm Dajjal lah bagi bani melayu asobiyyah ni....apa2 blame Mujahid...


Mmg bebal kan walaun2 parti assobiyah ni..mcmlah mujahid tu bleh kontrol sajad nak pkai baju apa masa dia pergi mekah dulu..skrg siap nak murtad walaun semua krik2 diam x berkutik..menteri agama pn buat2 bodo jah no komen psl sajad nk murtad ni..time jd pembangkang dulu mesti dah botak rumput padang merbok tu walaun buat demo tuduh pH promote lgbt!
Quote Redskin 4-3-2021 06:58 PM
rajamoney replied at 4-3-2021 03:02 PM
lihat!

ada penyebar fake news vaksin pfizer made in israel berjuang mempertahankan dr mujahid lah ...

Bahalol mana yg kata Pfizer tu Yehudi Yisroel
yg punya ? Bwahahaha lawak..

Badigol tu tak tau kaa yg create vaccine Covid bagi Pfizer BioNTech tu couple Turkish Muslim.

Terbaikla PAS...lgbt ni merosakkan masyarakat, elokla disekat kegiatan songsang mereka.
Quote rajamoney 4-3-2021 07:12 PM
Redskin replied at 4-3-2021 06:58 PM
Bahalol mana yg kata Pfizer tu Yehudi Yisroel
yg punya ?  Bwahahaha lawak..

cybermacai ph la red
sapa lg


dengan bangga lak tu tk pdn ngn jongang dia kata vaksin pfizer tu made in israel


nnti aku pm ko link dia

tk leh tepek link sini

melanggar peraturan berforum yg mula berkuatkuasa sjak2 ramai etis dan pastor kena troll ngn kita dlm forum ni

aku siap screenshot ingt nk up kat bod lawak

tp tak sampai hati nk sebarkn aib bangang cybermacai2 ph ni
Quote MissYouSayang 4-3-2021 07:24 PM
Patutnye zmn pn la mahkamah shariah diperkuatkan lagi dan ditakuti oleh para pejuang lgbt..xperlu mahk. Civil nk hijack pun. Nk takut apa ? Menteri undang2 dari pas kot.tapi sayang peluang itu dipersiakan .mhkmh shariah pd hari ini dilihat sbgai bebanan adja! i guess menteri agama belum bersedia nk take over tugas2 berat dr mujahid.keupayaan beliau belum teruji.layak jadi mufti jah sampai bebiler..
Quote Rogue98 4-3-2021 07:40 PM
Pas cerita2 mcm ni dia suka lah.
Tapi ada dia usahakan apa2 tak..yilekkkkkk...setakat bersuara suruh orang buat tu buat ni jer. Ada diaorang pi turun padang bantu?.....yilekkkkkk...Ada bagi pendidikan .....yilekkkkkk....Satgi umno take over dia memekak kat umno pulak.....sampai guling2 atas jalan......tu jer lah mampu lebai2 ni.....dah jadi kerajaan pun mentaliti pemalas
tu masih ada....pastu perasan diaorang lah ahli syurga.....puiiiiiiiii.
Quote zjen 4-3-2021 07:49 PM
Edited by zjen at 4-3-2021 07:56 PM

LGBT jgn pangkah PAS atau calon yg beragama masa PRU la,  senang je citer   ...  semua agama pon x mesra LGBT


Quote depresio 4-3-2021 07:50 PM
Akrg baru dorg tahu ek kuasa agama ikut negeri kalau tak dulu semua salah mujahid..
Quote MarryPottet 5-3-2021 02:54 AM
Memang akan tiada berita gembira buat pejuang lgbt sebab bila lobai dah jadi part of gomen tebuk atap, berita gembira nya ialah pejuang lgbt sudah pupus spt dinosaur

Lihat semua komen(23)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-5-2022 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.080615 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top