Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ashraf Muslim Tubuh NGO Bantu Masjid Dan Golongan Asnaf

1-3-2021 02:15 PM| Komen: 19

Usaha pelakon, Ashraf Muslim bukan sekadar menghantar sumbangan dan turun padang dalam kerja kemanusiaan, malah berhasrat menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjalankan misi bantuan kepada individu yang memerlukan.

Impian menubuhkan NGO mula tercetus apabila pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu dan Dia Menantu Rahsia itu giat menjalankan misi kemanusiaan seperti Misi Khas Bantuan Banjir di Masjid Kampung Lechar, Ulu Dong, Pahang yang musnah teruk, baru-baru ini.


Kredit foto: via Berita Harian


"Nama pertubuhan sudah ada, tetapi masih belum boleh dikongsi. Insya-Allah, saya akan umumkan tidak lama lagi. Ini kerana saya masih dalam usaha mendaftar dan sebagainya.

"Jika ikutkan, sudah lama saya berhasrat menubuhkan NGO ini. Jujurnya, jiwa saya lebih ke arah aktiviti kemanusiaan, tetapi mungkin baru sekarang dibukakan jalan.

"Sekarang pun sedang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi aktiviti penggambaran tidak boleh dijalankan di kawasan terbuka. Saya pula hanya duduk di rumah.

"Jadi, lebih baik saya melakukan perkara yang Allah suka. Mengapa tidak saya menggunakan peluang ini untuk membantu golongan memerlukan seperti golongan asnaf, masjid, mangsa banjir dan sebagainya," katanya kepada BH Online.

Ashraf berkata, dia memperoleh kekuatan apabila ramai rakan-rakan berhasrat menyertai NGO yang ditubuhkan untuk misi kemanusiaan.

"Sebenarnya, saya sudah banyak menjalankan misi kemanusiaan sebelum ini. Mungkin dengan adanya NGO, saya lebih aktif lagi," katanya.

Berkongsi mengenai misi bantuan di Pahang, baru-baru ini, Ashraf bersyukur mendapat sokongan sangat baik daripada pelbagai pihak.


Kredit foto: via Berita Harian


"Saya tak sangka boleh mengumpulkan RM18,000 dalam tempoh tiga hari untuk membantu Masjid Kampung Lechar, Ulu Dong yang perlu menggantikan permaidani baharu disebabkan musnah teruk akibat banjir, baru-baru ini.

"Alhamdulillah, saya dan pasukan berjaya memasang permaidani masjid supaya orang kampung boleh menunaikan solat jemaah seperti biasa.

"Saya hanya berkongsi dalam laman Instagram, tetapi tidak sangka, ramai pula bermurah hati mahu membantu. Saya boleh mencari syarikat besar untuk mendapatkan sumbangan, tetapi kali ini, hati saya tergerak mahu berkongsi dengan pengikut dalam laman sosial.

"Apa salahnya berkongsi pahala dan rezeki bersama mereka pula," katanya.

Ashraf berkata, ini juga kali pertama dapat membantu membaiki masjid yang musnah teruk. Sebelum ini, dia lebih banyak membantu mangsa banjir dengan menghulurkan bantuan makanan dan keperluan.

Sementara itu, Ashraf berkata, dia masih berlakon, cuma tiada sebarang penggambaran dijalankan pada fasa PKP.

"Saya tidak menafikan pendapatan agak merosot, tetapi saya percaya pada rezeki Allah.

"Saya memang tiada pendapatan ketika tempoh PKP. Sakit memang sakit, tetapi saya boleh membantu orang, semoga Allah juga membantu saya," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
2
Komen: 19
Komen

Previous : Baru Bersalin Lapan Bulan Lepas, Sariyanti Sahkan Hamil Lagi

Next       : “Siapa Pun Bakal Ibu Baru Maryam, Jangan Panggil Mummy Atau Mama”-Pesan Mawar Kepada Fizo Omar

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 8-3-2021 02:03 PM
Pas aku baca artikel currwnt isu pasal ngo nie so please la get a work ok.. Aku meme tak kan sumbang sesen pun

Lain-lain Komen

Quote rajamoney 1-3-2021 10:17 PM
baitulmal dan badan zakat da mansuh ke?
Quote SayaSayangMama 2-3-2021 12:21 AM
Elok la boleh tambah pendapatan . Lhdn kn benarkan  pngasas ngo amik 30% dr pendapatan utk hal ehwal urusan. Klu dpt 1juta setahun, 300ribu masuk syarikat. Pastu amik la gaji pengerusi 20k sebulan. Perghhhh.
Quote Redmyvi 2-3-2021 09:40 AM
Bile makin ramai retis tubuh NGO untuk kebajikan dah makin ketara yg bdan kebajikan dan zakat kt malaysia ni tak function..
Quote LadyCarefree 6-3-2021 09:50 AM
30% admin fee jgn lupa. Esp if ngo tu sorang je yg pegang mcm setardxlehsentuh tu maka 30% masuk ler poket sndiri. Pastu beli barang pon boleh sauk komisyen. Masuk sekali kos minyak mkan hotel dpt la jenjalan skali. Untung sabut tunggang ugama tambah ler benefit imej alim korban nyawa bantu fakir lg meletop top top ler.
Quote LadyCarefree 6-3-2021 09:51 AM
Redmyvi: Bile makin ramai retis tubuh NGO untuk kebajikan dah makin ketara yg bdan kebajikan dan zakat kt malaysia ni tak function..


Salah tu. Ramai tubuh sbb ngo ni business mudah dapat duit. Kalau kena gaya jd jutawan senang senang.
Quote zuri154 6-3-2021 09:54 AM
sape yg audit NGO persendirian ni? camne nk tahu duit yg diderma tu btul2 disalurkan ke tempat yg betul?
Quote bakingsoda 6-3-2021 09:55 AM
berani tak bagtau 100% derma pergi kepada yg memerlukan?
Quote makadek 6-3-2021 12:44 PM
rajamoney replied at 1-3-2021 10:17 PM
baitulmal dan badan zakat da mansuh ke?

Eh tk bole ke retis buat ngo kihkih
Quote makadek 6-3-2021 12:46 PM
Redmyvi replied at 2-3-2021 09:40 AM
Bile makin ramai retis tubuh NGO untuk kebajikan dah makin ketara yg bdan kebajikan dan zakat kt mal ...

Ayoo komen mcm makcik2 kt pesbuk..pentaksub pa ostod
Quote rajamoney 6-3-2021 12:47 PM
makadek replied at 6-3-2021 12:44 PM
Eh tk bole ke retis buat ngo kihkih

sapa lak kata tk boleh?

forumer2 cam ko nk wat ngo pun boleh
Quote makadek 6-3-2021 12:47 PM
LadyCarefree replied at 6-3-2021 09:50 AM
30% admin fee jgn lupa. Esp if ngo tu sorang je yg pegang mcm setardxlehsentuh tu maka 30% masuk ler ...

Laki aku ckp rezeki dia..sbb dia bijakkk pandai
Quote LadyCarefree 6-3-2021 05:47 PM
zuri154 replied at 6-3-2021 08:54 AM
sape yg audit NGO persendirian ni? camne nk tahu duit yg diderma tu btul2 disalurkan ke tempat yg be ...

Tadok. So far yg paling telus ialah mercy malaysia
Quote BuBuComey 6-3-2021 05:48 PM
Tolong pesan kat ashraf, suhaimi saad bukan asnaf walaupun dia claim dia asnaf
Quote emera 6-3-2021 09:06 PM
Lepas ni si sohai pemalas pun nak ada NGO.
Quote Redmyvi 8-3-2021 07:24 AM
makadek replied at 6-3-2021 12:46 PM
Ayoo komen mcm makcik2 kt pesbuk..pentaksub pa ostod

tiber....
Quote masnona 8-3-2021 07:34 AM
Tris teringat apa yg iols baca dlm benang bella ee tu....
Quote makadek 8-3-2021 07:59 AM
emera replied at 6-3-2021 09:06 PM
Lepas ni si sohai pemalas pun nak ada NGO.

Pernah buat tp tk dpt smbutan
Quote sayawifenikmie 8-3-2021 11:28 AM
AHAKSSS ... 50% KAN BOLEH DAPAT ?

saya lebih suka bagi  terus tanpa melalui NGos bagai bagai ni .. depa jer yg lebih kenyang ..
Quote meteorspeed 8-3-2021 02:03 PM
Pas aku baca artikel currwnt isu pasal ngo nie so please la get a work ok.. Aku meme tak kan sumbang sesen pun

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top