Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Malaysia Dah Sedia Ke Terima PM Wanita?

1-3-2021 01:56 PM Komen: 38
Impian rakyat di negara ini mahu melihat pemimpin wanita menjadi Perdana Menteri dilihat masih seperti ‘jauh panggang dari api’.

Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fadwah Anuwar berkata, ia  masih lagi jauh ke belakang memandangkan penyertaan golongan Hawa pada pilihan raya umum masih rendah.


Program ‘Jom Sembang Santai’ anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pandan dengan moderatornya, Shahrizal Md Sidek dan turut disertai jurucakap parti Gerakan, Mourhrna A Reddy dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fadwah Anuwar.

Sambil memberikan data serta statistik calon wanita pada PRU-14, sememangnya angka-angka itu tidak sama dan mengecewakan walaupun populasi wanita di negara ini adalah 15 juta daripada jumlah keseluruhan 32 juta kesemuanya.

“Saya ambil angka ketika PRU yang lepas sahaja memandangkan topik kita ini adalah PM wanita, pastinya politik itu kita tidak dapat lari bukan begitu?

“Jumlah calon wanita yang bertanding untuk kerusi Parlimen ialah 72 orang berbanding calon lelaki sebanyak 615 yang menang pula seramai 33 orang daripada 222 kerusi.

“Dari situ, kita ada lima wakil Kabinet. 167 pula berbanding 1,479 calon lelaki untuk kerusi Dewan Undangan Negeri. Saya jangka inilah juga angka atau lebih kurang sahaja pada PRU-15 nanti.

“Sungguh aneh sekali saya katakan namun realitinya wanita masih tidak mempunyai tempat yang cukup signifikan dalam arena politik.

“Ingat juga kebenaran itu kurangnya representasi wanita dalam pembuat dasar negara adalah sesuatu keadaan yang tidak sihat dan akan menimbulkan masalah sosiobudaya untuk jangka masa panjang.

“Hakikatnya, ini bukanlah sesuatu yang sihat dan perlu dibendung sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Jom Sembang Santai’ anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pandan dengan moderatornya, Shahrizal Md Sidek dan turut disertai jurucakap parti Gerakan, Mourhrna A Reddy.

Jelas Fadwah lagi, bilangan wanita dalam Dewan Rakyat hanya seramai 33 orang berbanding 222 keseluruhannya iaitu kurang 15 peratus.



“Jumlah ini tidak mencerminkan kesaksamaan gender dalam proses pembuat dasar. Terus terang saya cakap, ini bukan persepsi mahupun emosi sahaja sebaliknya sejarah politik serta data sudah terbukti, perubahan drastik perlu dilakukan.

“Jika kita lihat, kita sebenarnya sudah jauh ke belakang dari Cuba dan Ghana, jika negara jiran pula, lihatlah Indonesia yang ada Megawati Sukarnorputri atau Pakistan, Benazir Bhutto, tidak lupa di Britain, Margaret Thatcher dan Jacinda Ardern di New Zealand,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mourhrna pula berkata, walaupun kurang penyertaan wanita daripada segi statistik namun hakikatnya ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil.

Lagi pun, katanya, budaya serta pemikiran rakyat di negara ini juga sudah mampu menerima perubahan.

“Jangan kita lupa, kita pernah ada seorang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang pernah menerajui negara dengan jawatan nombor dua itu untuk tempoh 22 bulan lepas.

“Malah pada hari ini, kita juga ada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman yang kehebatannya dalam mengendalikan sesi Dewan Rakyat tidak ada tolok bandingnya.

“Di Malaysia juga kita pernah ada pemimpin berkaliber seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan ramai lagi. 

“Malaysia mempunyai ramai wanita-wanita terutamanya wanita muda yang bijak dan berbakat dalam bidang politik serta mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi.

“Golongan wanita ketika ini juga mempunyai pengalaman luas  sekali gus mampu menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.

“Sudah tiba masa untuk kita berfikir di luar kotak dan penerimaan umum dengan perkembangan sudah nampak dengan perkembangan ketika ini, kita mampu lahirkan pemimpin lebih hebat dari Margerat Thatcher dan Jacinda sebenarnya,” ujarnya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 38
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-5-2021 03:42 PM
bangcak replied at 4-5-2021 01:08 PM
antara rina harun dgn kakmah
mana satu pilihan uol sbg pm pompan malaysia??

Kak Mah vley? Sebab garang dan jahat. Boleh la kita hasilkan Duterte versi tino.

Lain-lain Komen

Quote Skuau 1-3-2021 02:10 PM
PM lelaki dgn 'keta terbang'.....PM wanita dgn 'produk timbang kilo'.......
Quote songhara1226 1-3-2021 02:14 PM
Malaysia x nak ke jadi negara pertama terima wanita Jadian jadi pm?
#sajatkatmana
Quote Friska 1-3-2021 02:57 PM
Indonesia punya presiden wanita periode 2001 - 2004, Mbak Megawati Sukarnoputri
Quote Artemesiaa 1-3-2021 03:01 PM
Lambat atau tak mungkin terlaksana selagi dunia politik masih didominasi oleh kaum lelaki.
Quote mialunar 1-3-2021 03:12 PM
Sape... Yang pegi sokong sangkut tanglung ke
Quote notM 1-3-2021 03:30 PM
Saya sokong Sajat
Quote batmana 1-3-2021 03:54 PM
masalahnya siapa ?
Quote ultra78 1-3-2021 04:05 PM
Rina Harun?
Quote Itzy 1-3-2021 04:41 PM
Walau aku sokong wanita tapi tetap kena ikut ajaran islam. Selagi masih wujud lelakia maka tetap kena ambil lelaki sebagai ketua pemimpin atau kelak kita dalam kemurkaan Allah. Kalau lelaki islam dah tak wujud maka boleh la ambil wanita jadi ketua. Sama macam solat jemaah kalau takde lelaki baru wanita boleh jadi ketua imam(hanya di kalangan wanita shj)
Quote becir 1-3-2021 04:44 PM
Lol..tercabut serban geng lebai..
Quote TuntungReturn 1-3-2021 04:56 PM
x yah la pm pompuan. pompuan ni kalau jerawat tumbuh pun dia sanggop x turun makan. malu kt org jerawat tumbuh.
Quote zjen 1-3-2021 05:41 PM
wanita sesiapa yg ada niat,   kene bangkitkan trend sapot calon bebas dulu la

tengok dulu susunan percaturan baru pikir mender yg lain ...  kalu ikutan susanan UMNO kang,  tangga pertama Zahid,   so next PRU dia dulu la ...  tangga ke dua tokmat,  tangga ke tiga tok mudin ...  wanita tangga ke berapa dlm UMNO   ???

after 50 tahun semua member dlm CI dah masuk alam barzakh pon belum tiba nye giliran wanita dlm UMNO

kecuali kene keluar tubuh parti baru atau bangkit sapot calon bebas ...  hanya tulah satu satu jalan nye  ... Zahid konpem pegang mati bila dah berjaya jadi PM  ....  tokmat,   tok mudin  dedua pon belum pasti dpt rezeki PM

Quote Zirara99 1-3-2021 05:45 PM
Kenapa nk PM wanita? Pelik2
Quote zjen 1-3-2021 05:46 PM
ekceli zaman bijan ... kak mah dah kira la tu


Quote nowhite 1-3-2021 06:07 PM
Tak yah la..nanti emosi
Quote Tinot7 1-3-2021 06:22 PM
dolu2 bkn ke kira kak mah jadi shadow pm?
Quote Fettybombom 1-3-2021 08:40 PM
100 percent blh.. Karakter mcm rafidah
Quote helicornia 1-3-2021 08:55 PM
bukan masalah rakyat sedia ke tak
masalahnya tkde wanita berkaliber nk jadi PM
Quote rajamoney 1-3-2021 08:58 PM
tak sampai 22 bln la ko jd pm

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top