Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Hanya tinggalkan RM100' - 30 peratus ahli KWSP keluarkan hampir semua simpanan Akaun 1

1-3-2021 07:59 AM Komen: 24



KUALA LUMPUR: Hampir 30 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik COVID-19 melanda negara sejak Mac tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias memaklumkan ini di sebalik kejayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan dividen yang agak tinggi kepada ahli-ahlinya meskipun berdepan pelbagai cabaran pada tahun 2020.

"Kita dapati banyak simpanan ahli telah menurun, kita percaya lebih kurang 30 peratus daripada mereka telah keluarkan hampir kesemua wang persaraan mereka di dalam Akaun 1. 

Mereka cuma terpaksa tinggalkan RM100 di dalam akaun sebagai syarat.

"Kita jangka 60 peratus ahli pula akan menggunakan wang daripada Akaun 2. Akaun ini adalah untuk memudahkan ahli untuk membeli rumah, bil perubatan dan pendidikan serta meningkatkan skil mereka.

"KWSP agak bimbang berkenaan perkara ini, kita akan terus melakukan lebih banyak aktiviti serta kempen kesedaran betapa pentingnya simpanan untuk hari tua," katanya dalam Laporan Kewangan KWSP bagi tahun 2020 pada Sabtu.

Sumber : Astro Awani

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote darkness 1-3-2021 02:56 PM
xy_daen replied at 1-3-2021 09:35 AM
Dah tua esok lepas pencen miskin hina boleh ratib nama Najib...

Hahahha...kalo bukan sebab kwesp tahan berapa persen dr duit gaji tu, xakan adanya duit ribu riban dalam simpanan sistur

Lain-lain Komen

Quote Imkhai 27-2-2021 03:59 PM
org dh trdesak nk bt mcm mn,klau duit kwsp pon sikit agak2 income bln2 bnyk ke?, ntah2 keja time ni pon dh x ada
Quote notM 27-2-2021 05:09 PM
Imkhai replied at 27-2-2021 03:59 PM
org dh trdesak nk bt mcm mn,klau duit kwsp pon sikit agak2 income bln2 bnyk ke?, ntah2 keja time ni  ...

Kannn..KWSP ni nak sedarkan orang apa.

Sedarkan lah Kerajaan  utk buka border negeri tu..benarkan orang dari kawasan Kuning Dan hijau rentas sempadan..

Kerajaan dan MKN tu patut disedarkan
Quote _blackbird 27-2-2021 05:11 PM
Imkhai replied at 27-2-2021 03:59 PM
org dh trdesak nk bt mcm mn,klau duit kwsp pon sikit agak2 income bln2 bnyk ke?, ntah2 keja time ni  ...

tak semestinya. manusia ada pelbagai jenis. ya mungkin ada yg mmg betul2 terdesak dan gaji mmg kecil. ala pula jenis yg yaa nampak dlm payslip gaji kecil tapi sebenarnya owner company. my friend ramai mcm ni. ada company sendiri tapi gaji dlm payslip around 2k - 3k sahaja, tapi sebenarnya level T20 and above pon semua pakat2 keluarkan kwsp
Quote sfrnna 27-2-2021 05:18 PM
agak2 kalau ada tinggal 20k saving tu, 20 tahun lagi adakah akan cukup untuk kita dihari tua dengan kos sara hudup yang semakin tinggi.  kalau x terdesak tak perlu keluarkan kot, atleast tiap tahun dpt la dividen.  Yang terdesak tu meols paham la.. tp mesti ada yang dok saja2 keluar gak kan.

Meols ada kenal sorang uncle cina ni buat bisness sendiri tiap tahun masuk 60k dlm kwsp sebab nak kejar dividen. umur dah nak dekat 60 tahun. Meanwhile kawan meols nak ambil peluang keluarkan duit kwsp sbb nak beli ipad.  
Quote tripleid 27-2-2021 05:30 PM
Edited by tripleid at 27-2-2021 06:02 PM


tambah satu lagi..KWSP duit sendiri pon mohon sendiri

Quote notM 28-2-2021 09:47 AM
Kerajaan abahcow dan MKN patut disedarkan dahulu...Cari penyelesaian dari sudut ekonomi.
Quote Artemesiaa 28-2-2021 10:07 AM
Masaalah ni hanya mereka akan sedari bila usia masih panjang hingga membawa ke usia emas dan tak boleh berkerja lagi.  Buat yang tahu akan pendek umur tak ada masaalah, eloklah habiskan sebelum orang lain tolong habiskanya.  Tapi buat yang panjang umur pasti akan timbul masaalah baru sebab tak ada duit untuk sara hidup diusia emas.  Ketika itu baru tersedar simpanan dah tak ada pencen pun tak ada.  Dapat anak2 pulak jenis sesak kewangan susah juga.  Nak harap kaum keluarga bantu bila susah pasti ramai mula menjauhkan diri.  Mula2 mungkin ada yang kesihan tapi lama2 mula ada yang akan rasa terbeban. Tapi macam biasa siapalah orang lain nak nasihatkan mereka ni pasal wang simpanan mereka sendiri dah mereka sangat sesak kini.
Quote sarahmirza 28-2-2021 07:16 PM
I join CSR jumpa pakcik ni umur dkt 65 tahun, dari muda kerja joli je sampai tak kumpul harta, dah pencen keluar duit epf sambung lagi joli, tak sampai setahun dah kering...now hidup susah nak makan hari2 pun harap simpati adik beradik & anak2 saudara...  Berkali2 kata menyesal sia2kan masa muda tak puas2 berjoli...

Ni zaman tak boleh keluarkan duit epf akaun 1 ye... Entah la, kdg i pun seram tengok sesetengah org yang langsung tak beringat hari2 tua...
Quote CARI-HBZ 1-3-2021 07:59 AM







KUALA LUMPUR: Hampir 30 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik COVID-19 melanda negara sejak Mac tahun lalu.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias memaklumkan ini di sebalik kejayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan dividen yang agak tinggi kepada ahli-ahlinya meskipun berdepan pelbagai cabaran pada tahun 2020.


"Kita dapati banyak simpanan ahli telah menurun, kita percaya lebih kurang 30 peratus daripada mereka telah keluarkan hampir kesemua wang persaraan mereka di dalam Akaun 1.


Mereka cuma terpaksa tinggalkan RM100 di dalam akaun sebagai syarat.


"Kita jangka 60 peratus ahli pula akan menggunakan wang daripada Akaun 2. Akaun ini adalah untuk memudahkan ahli untuk membeli rumah, bil perubatan dan pendidikan serta meningkatkan skil mereka.


"KWSP agak bimbang berkenaan perkara ini, kita akan terus melakukan lebih banyak aktiviti serta kempen kesedaran betapa pentingnya simpanan untuk hari tua," katanya dalam Laporan Kewangan KWSP bagi tahun 2020 pada Sabtu.


Sumber : Astro Awani
Quote noor2 1-3-2021 08:10 AM
X nampak ke yg rakyat mmg susah terpaksa keluarkan kwsp walau ciput.... rasanya golongan ni yg baru bekerja...
Quote anakjiran 1-3-2021 08:15 AM
eh berbunyi lagi pulak dia.hari tu kata keputusan pengeluaran tanpa syarat selepas 8mac...ni dok berbunyi macam ni lain macam je.nak buat uturn ke camne?? jangan main2 kan rakyat... rakyat ramai tengah susah dan berharap
Quote Normabaru 1-3-2021 08:28 AM
Smlm beriya semua main stream news tunjuk kejayaan PN memerintah dalam masa setahun.. Konon byk bg bantuan bagai.. Nk amik duit sendiri pon bperang berbulan2.. Sgt la proppa... Tp kaka xdeny if PH yg pegang lg teruk keadaan. And if najib plak yang rule, lg hancur msia ni. Hahaha
Quote xy_daen 1-3-2021 09:35 AM
Dah tua esok lepas pencen miskin hina boleh ratib nama Najib...
Quote mawar_mustika 1-3-2021 10:16 AM
masalahnye kadang2 yg xterkesan akibat pandemic pun ade yg p suke2 kluarkn duit...alasannye xtau nnt tua sempat merasa ke tdk duit kwsp tu
Quote epuepy 1-3-2021 10:22 AM
hm.. mmg la syok sbb sebab dpt keluar akaun 1, tp berpada la. esok2 dh tua, jagn pulak ratib nama pok jib,

entah hidup lagy ke x org tu time tu
Quote cutieslilies 1-3-2021 10:58 AM

mmg boleh kuar..tp berpada2 laa...

rata-rata yg nampak kuarkan ni..mcm x beringat jer..ada siap renovate umah...beli emas..tukar kereta..upgrade hobi...

bukan x boleh...tapi beringat.....

bagi yang betul2 terjejas...gunakan sebaik-baiknya..jana pendapatan dr duit tu.... bukan habiskan utk benda yg sia2.
Quote Bholatchomel 1-3-2021 11:04 AM
dah kenapa bising 2 ni.. yelah dah takder duit org nak buat modal free kan.  jgn nak buat uturn  sudah...
Quote kucingitam 1-3-2021 11:58 AM
dah duit drg..biarlah....sementara boleh keluar..tak keluar satgi sampai mati tak merasa
Quote pu3_rania 1-3-2021 12:36 PM
Edited by pu3_rania at 1-3-2021 12:38 PM

Larrr boleh lagi si H*****U ni bersuara
Suara bak kodok hang tu dah tak perlu di keluarkan lagi so sila BERAMBUS secara H**A coz tak gheti2 nak BERAMBUS secara terhormat
Di bawah kepimpinan KO & team KO dah berapa kali PRANK, UTURN & PEDAJALKAN pemohon2!!!!
Ko memang sedap menjuih mulut berkata itu & ini coz hidup dalam kesenangan sedangkan rakyat2 marhaen yang mohon  ramai yang terkesan dan tengah struggle nak harungi hidup!!!
Atau KO memang tak baca & ambil peduli kat SOCMED especially FB KWSP yang rakyat yang memohon sedang dalam kesusahan!!!!

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top