Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Sanggup Ambil Pil Hormon Untuk Susukan, Difitnah Berzina Gara-Gara Ambil Anak Angkat

26-2-2021 11:44 AM Komen: 85
Difitnah dan dipandang serong masyarakat antara pengalaman perit dilalui wanita bujang, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor, 38, dalam membesarkan anak angkatnya sendirian.

Menurutnya, statusnya yang belum mendirikan rumah tangga menjadikan dirinya mangsa tohmahan dan fitnah orang sekeliling kerana memelihara anak angkatnya, Ariq Haiqal Eusoff Abdul Qadir, 8, sejak lahir.

"Memang bukan mudah membesarkan Eusoff kerana tohmahan orang luar yang amat menyakitkan hingga saya difitnah berzina dan dipandang serong gara-gara belum berkahwin.

"Namun, kehadiran Eusoff dalam hidup saya amat bermakna dan menguatkan semangat dalam membesarkannya seperti darah daging sendiri.

"Kini selepas lapan tahun, saya bangga melihat Eusoff membesar depan mata walaupun tak lahirkan dia, tetapi saya mampu memberikan kehidupan lebih baik kepadanya sekali gus menutup mulut orang yang tohmah saya dulu," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: Harian Metro

Katanya, dia memelihara kanak-kanak itu lima jam selepas dilahirkan ibunya di Johor dengan mengikut prosedur yang sah.

"Memang niat saya jika tidak berkahwin pada usia 25 tahun, saya ingin mengambil anak angkat, tetapi pada masa itu belum ada rezeki.

"Namun, apabila ada peluang kebetulan ibunya tidak mampu memeliharanya, saya pun setuju walaupun ketika itu Eusoff masih dalam kandungan ibunya lagi.

"Sejak itu, saya menjaga ibunya termasuk urusan rutin pemeriksaan bulanan, malah selepas Eusoff selamat dilahirkan pada 22 Februari 2013 pun saya masih tidak mengabaikan kebajikan ibunya," katanya.

Menurutnya, dia sanggup mengambil pil dan suntikan hormon bagi menyusukan kanak-kanak itu ketika usianya masih bayi.

"Saya mula mengambil pil dan suntikan hormon bagi merangsang pengeluaran susu badan tiga bulan sebelum Eusoff dilahirkan sebagai persediaan.

"Alhamdulillah, walaupun sukar saya bersyukur dapat menyusukan Eusoff sehingga enam bulan pertama sebelum disambung kakak saya selama setahun dan seorang ibu susuan sehingga usianya mencapai dua tahun," katanya.

Nur A'minahtul Mardiah berkata, hingga kini dia masih kekal berhubung dengan ibu Eusoff bagi memelihara hubungan dua beranak itu.

"Eusoff memang sedia memahami status dirinya kerana sejak kecil lagi saya beritahu bukan saya yang lahirkannya dan dia masih ada ibu kandung.

"Walaupun saya menganggap Eusoff seperti anak sendiri, namun saya tidak mahu hubungan mereka terputus, malah saya tidak menghalang kedua-duanya berhubung.

"Saya tidak tahu apa alasan sebenar ibunya tidak mampu menjaganya dulu tetapi saya yakin ini semua aturan Allah dan saya bersyukur diberi peluang memelihara anak ini. Insya-Allah saya akan menjaga amanah ini," katanya yang merancang mengambil seorang lagi anak angkat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 85
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote asmurai 27-2-2021 10:59 PM
Edited by asmurai at 27-2-2021 11:02 PM

Kat fb orphan care ada ustaz explain kat Singapore keluar fatwa bagi kelonggaran aurat utk anak angkat ni atas sebab tertentu tapi terhad la, bukan semua satu badan boleh tengok.  Antara sebabnya ialah mudarat lebih besar jika anak anak Islam yang melebihi 2 tahun family Islam tak nak ambil sebab takut masalah aurat sebab dah tak boleh susukan, nanti orang non muslim pulak ambil mereka jadi anak angkat.

Lain-lain Komen

Quote jazaa100 23-2-2021 09:50 PM
Edited by jazaa100 at 23-2-2021 09:52 PM

blm kawin amik ank angkat....

pd aku tak sesuai.....ank seelok eloknya dibesarkn dlm suasana kekeluargaan...ada aysh...ada mak....klu x de salah sorang, dia membesar tak seperti kanak kanak lain....

luaran nmpak ok...tapi emosi dia mencari sesuatu
Quote VespaSilbe 24-2-2021 01:08 AM
Kalau nak cerita pil untuk susu tu mmg lama dah ada
15 tahun lepas rasanya dah ada... Sebab kawan aku ambik
Quote Boomibulat 24-2-2021 09:05 AM
Jgn2 anak sendiri tp claim nak angkat..
Quote CARI-MRO 26-2-2021 11:44 AM
Difitnah dan dipandang serong masyarakat antara pengalaman perit dilalui wanita bujang, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor, 38, dalam membesarkan anak angkatnya sendirian.


Menurutnya, statusnya yang belum mendirikan rumah tangga menjadikan dirinya mangsa tohmahan dan fitnah orang sekeliling kerana memelihara anak angkatnya, Ariq Haiqal Eusoff Abdul Qadir, 8, sejak lahir.


"Memang bukan mudah membesarkan Eusoff kerana tohmahan orang luar yang amat menyakitkan hingga saya difitnah berzina dan dipandang serong gara-gara belum berkahwin.


"Namun, kehadiran Eusoff dalam hidup saya amat bermakna dan menguatkan semangat dalam membesarkannya seperti darah daging sendiri.


"Kini selepas lapan tahun, saya bangga melihat Eusoff membesar depan mata walaupun tak lahirkan dia, tetapi saya mampu memberikan kehidupan lebih baik kepadanya sekali gus menutup mulut orang yang tohmah saya dulu," katanya kepada Harian Metro.




Kredit foto: Harian Metro




Katanya, dia memelihara kanak-kanak itu lima jam selepas dilahirkan ibunya di Johor dengan mengikut prosedur yang sah.


"Memang niat saya jika tidak berkahwin pada usia 25 tahun, saya ingin mengambil anak angkat, tetapi pada masa itu belum ada rezeki.


"Namun, apabila ada peluang kebetulan ibunya tidak mampu memeliharanya, saya pun setuju walaupun ketika itu Eusoff masih dalam kandungan ibunya lagi.


"Sejak itu, saya menjaga ibunya termasuk urusan rutin pemeriksaan bulanan, malah selepas Eusoff selamat dilahirkan pada 22 Februari 2013 pun saya masih tidak mengabaikan kebajikan ibunya," katanya.


Menurutnya, dia sanggup mengambil pil dan suntikan hormon bagi menyusukan kanak-kanak itu ketika usianya masih bayi.


"Saya mula mengambil pil dan suntikan hormon bagi merangsang pengeluaran susu badan tiga bulan sebelum Eusoff dilahirkan sebagai persediaan.


"Alhamdulillah, walaupun sukar saya bersyukur dapat menyusukan Eusoff sehingga enam bulan pertama sebelum disambung kakak saya selama setahun dan seorang ibu susuan sehingga usianya mencapai dua tahun," katanya.


Nur A'minahtul Mardiah berkata, hingga kini dia masih kekal berhubung dengan ibu Eusoff bagi memelihara hubungan dua beranak itu.


"Eusoff memang sedia memahami status dirinya kerana sejak kecil lagi saya beritahu bukan saya yang lahirkannya dan dia masih ada ibu kandung.


"Walaupun saya menganggap Eusoff seperti anak sendiri, namun saya tidak mahu hubungan mereka terputus, malah saya tidak menghalang kedua-duanya berhubung.


"Saya tidak tahu apa alasan sebenar ibunya tidak mampu menjaganya dulu tetapi saya yakin ini semua aturan Allah dan saya bersyukur diberi peluang memelihara anak ini. Insya-Allah saya akan menjaga amanah ini," katanya yang merancang mengambil seorang lagi anak angkat. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote CikYaYaYa 26-2-2021 11:50 AM
Oo baru ke tau ada eaa pil hormon yang blh buat kuar susu badan..? Noob benorr aqq.. Btw biasa laa mulut org keliling bila org bujang amik anak angkat terus diaa kataa to anak luar nikah. Sal to ada sstengah org bujang takot nak amik ank sbb takot xleh terimaa kejian org.. mmg parah betol otak mnusia sekarang
Quote MadameOnion 26-2-2021 11:56 AM
whoareyussss?
Quote mzsnam 26-2-2021 12:02 PM
boleh tahu pil n injection apa dia amik tu
Quote Kurex 26-2-2021 12:09 PM
Ni patut masuk bod fokus la ngok
Quote Artemesiaa 26-2-2021 12:15 PM
Eloklah dia buat macam tu jadi tak ada masaalah dalam perhubungan mak dan anak hingga dewasa kelak nak2 anak angkatnya tu lelaki.
Quote talapia 26-2-2021 12:30 PM
Bagusla.. mujur dia dah prepare and tau apa patut buat. Kasihan kalau ambil anak angkat lelaki.. tapi tak dapat jadikan anak susuan. Dah besar nanti ada batas aurat antara mereka. Ni dah kira bukan takat anak angkat.. ni anak susuan.. memang mcm anak kandung dahla.. esok2 dah tua pon takde masalah anak ni nak jaga walau lelaki.
Quote cutieslilies 26-2-2021 12:32 PM
mmg ada kan..bukan penyanyi misha omar pun buat ke?..ke salah org..
Quote batmana 26-2-2021 12:37 PM
muke elok, cmne leh susah dpt jodoh ni?
Quote asmurai 26-2-2021 12:37 PM
Edited by asmurai at 26-2-2021 12:40 PM

Org yg duk tuduh org perempuan berzina etc ni tak takut dosa besar ke ? Biasa yg menuduh ni dapat kifarah nanti kat dunia + dosa besar kat akhirat, anak beranak dan keturunan hidup tak senang tak aman damai selalu bermasalah disumpah oleh org yg kena tuduh tu
Quote Redmyvi 26-2-2021 01:05 PM
orang yg fitnah ni selalu org yg bodoh cetek ilmu..
Quote iman_kasih 26-2-2021 01:28 PM
asmurai replied at 26-2-2021 12:37 PM
Org yg duk tuduh org perempuan berzina etc ni tak takut dosa besar ke ? Biasa yg menuduh ni dapat ki ...

Sebab x fikir dosa la duk main tuduh2 ni. Kalau x betul dh jatuh fitnah. Time bawak mulut tu x fikir kesan fitnah pada org lain.
Quote tumpanglalu74 26-2-2021 01:32 PM
Asek2 ambek anak angkat lelaki andartu2 ney..  Jangan cougar sudah la.
Quote little_sis 26-2-2021 01:34 PM
comel anak dia..
Quote dua_chzy 26-2-2021 01:39 PM
Akak hairan tau bila ummah bujang nak buat gini, sampai sanggup susukan. Like, they have some kind of fetish?
Quote adeqbun 26-2-2021 01:47 PM
dua_chzy replied at 26-2-2021 01:39 PM
Akak hairan tau bila ummah bujang nak buat gini, sampai sanggup susukan. Like, they have some kind o ...

diorg nak jdkan anak susuan la..spy dh besar nnt xde mslh dr segi aurat..

Lihat semua komen(85)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top