Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Mudah Sahaja - Daftar Program Vaksinasi COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

27-2-2021 10:55 AM|Oleh: Natrahn| Komen: 11

Mudah Sahaja - Daftar Program Vaksinasi COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

Pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh dibuat di aplikasi MySejahtera telefon pintar masing-masing bermula 23 Februari 2021. 

Aplikasi MySejahtera merupakan langkah yang paling cepat untuk mendaftar  tetapi pengguna perlu mengemas kini aplikasi tersebut kepada versi 1.0.28 terlebih dahulu bagi meneruskan pendaftaran.

Selepas pengemaskinian dibuat, terdapat satu ruangan vaksin Covid-19 dan apabila ditekan pemohon diminta untuk mengesahkan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. 

CARA DAFTAR PROSES VAKSIN MELALUI MYSEJAHTERA



Sila rujuk video ringkas di bawah.



Selepas mendaftar, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan memaklumkan anda dari masa ke semasa mengenai proses vaksinasi. Jika anda masih tidak sesuai atau tidak layak bagi mendapatkan vaksin, pihak mereka akan memaklumkan juga kepada anda dalam masa terdekat.

Kredit foto - Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin -Foto Bernama

Pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam tiga fasa berikut:

FASA 1

Februari sehingga April: Kepentingan untuk frontliners/ frontline personnel

FASA 2

April hingga Ogos: Untuk lebihan kakitangan perubatan dan hospital & golongan berisiko

FASA 3

Mei 2021 hingga Feb 2022: Untuk rakyat dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.

Pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera adalah satu daripada lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dalam negara.

Kredit foto - Hmetro

Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my manakala bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman. -CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
3
0
0
Komen: 11
Komen

Previous : Tak Perlu Guna Banyak Bahan, Resipi Murtabak Telur Paling Senang Dalam Dunia

Next       : Remaja Jadi Kaya Dengan 'Bergurukan' YouTube Je!

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 12-3-2021 03:40 AM
Akak pun anti vaksin jugak skrg, tp anti vaksin cine mari je lmaoo.

Lain-lain Komen

Quote missyL 27-2-2021 01:49 PM
Nape rakyat dpt sinovac eh..
I igtkn dpt same cm pm n geng lol
Quote Itzy 27-2-2021 04:07 PM
Walaupun aku ragu2 tapi aku dah daftar program vaksin yeyyyyyy
Quote white_musk 27-2-2021 05:32 PM
Staff kerajaan semua mendapat pfizer.... rakyat marhain sila ambil sinovac sahaja
Quote uda 27-2-2021 10:46 PM
missyL replied at 27-2-2021 01:49 PM
Nape rakyat dpt sinovac eh..
I igtkn dpt same cm pm n geng lol

Baca drp web kkmm: sinovac berkesan >50%. Drp bharian, sinovac berkesan 65% di Indonesia
Pfizer berkesan 95%
Quote Carcosa 27-2-2021 11:38 PM
Meols dah register via My Sejahtera Apps
Ada siapa2 tau tak, kalau anak under 18 (yg takde My Sejahtera apps), nak daftar cemana ya?
Quote Meiizu 28-2-2021 12:02 AM
Itzy replied at 27-2-2021 04:07 PM
Walaupun aku ragu2 tapi aku dah daftar program vaksin yeyyyyyy

Sama laa...tak amik kangg aku plak takut kena covid. Pengalaman serik kena influenza demam 6hari.1st day demam doktor kata dia bagi paracetemol je takperlu antibiotik.
Hari ke3 malam tapi dah rasa pelik,ehhh suhu 38consistent byk hari dah.
Hari ke4 pagi2 pi klinik smula..amik darah smua.

Iinfluenza tu pun 1family dgn covid.
Serik



Quote missyL 28-2-2021 10:02 AM
uda replied at 27-2-2021 10:46 PM
Baca drp web kkmm: sinovac berkesan >50%. Drp bharian, sinovac berkesan 65% di Indonesia
Pfizer b ...

Mmg sinovac kurang.
Yg lawak dieorg sume ckp vaksin xde side effect tp dieorg cucuk pfizer.
Bg rakyat sinovac.
Kne jgk la menteri amek sinovac n bgthu lak..  

I bkn antivax ye.
Just curious dok canang pfizer rupenye for kayangan je
Quote tumpanglalu74 28-2-2021 11:25 AM
Edited by tumpanglalu74 at 28-2-2021 11:27 AM
missyL replied at 27-2-2021 01:49 PM
Nape rakyat dpt sinovac eh..
I igtkn dpt same cm pm n geng lol

KJ dah announce dia tak ambik Pfizer tapi brand lain nanti.  Jangan kuatey..
Quote KIM.K 28-2-2021 11:50 AM
Baru je nak daftar as sukarelawan 3000org klinikal yg bukak 21 Feb ni..rupanya dah penuh chuol..19hb Feb udoh penoh
Quote missyL 28-2-2021 03:05 PM
tumpanglalu74 replied at 28-2-2021 11:25 AM
KJ dah announce dia tak ambik Pfizer tapi brand lain nanti.  Jangan kuatey..

X risau pn u. Just wonder why dieorg x bgthu awal2..
Pastu wat rakyat speculate.
Jadi menyampah lak..
Quote rogayahtop 12-3-2021 03:40 AM
Akak pun anti vaksin jugak skrg, tp anti vaksin cine mari je lmaoo.

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top