Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Tak Minta Disamakan Pun, Pelajar Terasa Dikata Hanis Zalikha 'Versi Hangit'

25-2-2021 03:07 PM Komen: 48
Menyamakan wajah seseorang dengan individu lain itu tidak salah, asalkan tidak dibuat dengan niat menghina atau mempersenda.

Begitulah luahan hati seorang wanita berusia 23 tahun yang sering disamakan dengan pelakon Hanis Zalikha sejak lapan tahun lalu, tetapi dalam versi gelap.



Ketika dihubungi mStar, Nur Fatihah Kamal berkata, bagi dirinya sendiri dia tidak sekali pun pernah mendakwa wajahnya mempunyai persamaan dengan pelakon tersebut.

"Bukan saya tak suka orang samakan dengan Hanis Zalikha, tapi kenapa perlu tambah versi hitam... mestilah saya terasa, katanya dalam sebuah video di aplikasi TikTok.

Lebih mesra disapa Tiya, dia mendedahkan terpaksa 'hadap' dengan kritikan sebegitu sejak di bangku sekolah, ketika pelakon tersebut hangat dalam filem Gangster Celop dan masih belum berhijab.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu mengakui pelakon tersebut memang jelita tetapi tidak pernah minta disamakan dengannya kerana menggangap setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri.



"Saya sebenarnya tak ada masalah pun cuma kadang-kadang saya akan rasa down dan hilang keyakinan diri bila mereka buat perbandingan melampau.

"Bukan saja mereka kutuk kulit gelap saya, malah dulu masa berat saya 79kg ada yang cakap kalau saya putih dan kurus mesti cantik macam pelakon tu... maksudnya diri saya sebenar ni tak cantik ke?

"Dengar macam biasa, tapi bila ia ditujukan kepada saya mestilah saya terasa. Itu dah kira mempersendakan. Nak samakan atau nak puji silakan tapi tak perlu tambah ayat menyakitkan hati," katanya.



Bercerita lanjut, Tiya juga memberitahu dia pernah dipulaukan oleh rakan-rakan kerana dianggap sombong mempunyai wajah seiras dengan artis.

"Ini realiti. Saya banyak hilang kawan. Mereka cakap saya sombong dan bangga muka macam artis. Biasalah perangai budak-budak dulu.

"Saya sendiri tak pernah rasa saya macam tu, mungkin mereka menilai dari luaran. Bukan sombong tapi saya rasa rendah diri masa tu, lebih banyak dipersenda daripada dipuji, jelasnya.

Menurut Tiya, bagi mengurangkan rasa sakit hati dia akan segera memadam komen-komen negatif yang ditulis di ruangan komen di media sosialnya.

"Dulu banyak juga komen negatif dan saya akan cepat-cepat padam supaya saya dah tak baca.

"Alhamdulillah sekarang dah kurang sikit. Cuma kalau secara bersemuka saya masih terima kata-kata macam tu, ujarnya.

Bagaimanapun, kata pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini, dia sudah banyak belajar bersabar dan mengabaikan segala kritikan.

Selain sibuk sebagai pelajar dia juga gigih mencari pendapatan dengan bekerja sambilan dan membuat reviu produk secara live setiap malam di aplikasi TikTok.

"Ada masanya saya kuat atau ketika sibuk memang saya abaikan kata-kata negatif ni. Saya akan fokus lebih pada diri sendiri.

"Bagi saya semua orang cantik, tiada cacat cela. Cuma pandangan orang terhadap seseorang itu sahaja berbeza.

"Dulu memang kurang keyakinan diri tapi bila mak sentiasa beri kata-kata semangat saya bangkit dan buat apa sahaja tanpa malu.

"Sekarang ada pengikut yang suka dengan cara saya, mereka akan beri sokongan sepenuhnya walau apa jua yang saya buat," ujarnya lagi.



Dalam pada itu, Tiya yang telah kehilangan bapa pada 2014 mengakui kehidupan keluarganya agak mencabar dan dia bersama adik beradik yang lain berusaha membantu meringankan beban ibu.

Terbaharu, sejak mempunyai pengikut di aplikasi TikTok, Tiya bersama ibunya menjual makanan secara online.

Anak bongsu daripada lima beradik ini berpandangan tindakan mengkritik fizikal orang lain tidak sepatutnya berlaku pada zaman moden.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 48
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote rajamoney 3-3-2021 02:26 PM
masalhnya tak sama pun

Lain-lain Komen

Quote Kurex 25-2-2021 03:24 PM
Tak sama pun
Quote nanies 25-2-2021 03:29 PM
masalahnya tak sama pun. jauh panggang dr api. syok sendiri ke?
Quote hasniey 25-2-2021 03:47 PM
Erm....sori
Tp xsama langsung.yakin ke kawan hilang sbb xkwn ko rupa mcm keknis?tudung jela kot yg sama
Quote iminidin 25-2-2021 04:01 PM
nanies replied at 25-2-2021 03:29 PM
masalahnya tak sama pun. jauh panggang dr api. syok sendiri ke?

syok sendiri apa lak kakak....

kan dia respond kat komen org tu.. org yang samakan dia..
Quote Megikari 25-2-2021 04:02 PM
Walaupun xde la sama sgt mcm keknis, tp ko lawo dik, sbb tu kawan2 ko jeles
Quote unta2 25-2-2021 04:18 PM
hidung ko lagi mancung dr fakenis kemek tu dik oiii... tang mana yg sama...nya... kalau sama pon.. adehhh... sikit pon tak ada nilai tambah stakat muka si fakenis.. kot fakenis tu lawa gila  ke bebaloi la kena kecam ponn... adehh... cerita camni pon masuk berita ke apa...
Quote Artemesiaa 25-2-2021 04:26 PM
Tak sama pun sepatutnya tak perlu sentap
Quote TabletSusu 25-2-2021 04:49 PM
lain sgt aku tgk.
Quote husie91 25-2-2021 04:58 PM
Boleh la skali pandang features muka lebih kurang.. tp to be honest dik.. dulu sama wing kolej kediaman dgn habis zalikha ni.. zmn u dia tk cerohh pon hanis ni.. tktau la skrg filter or duit byk blh upgrade skin semua kan.. kulit dia tipikal melayu je.. anak2 dia cerah maybe sbb ikut hairul rasanya..
Quote doubleA 25-2-2021 07:20 PM
Tak sama pun. Apapun lantak la dorang dik, puji ke keji ke bukan dorang bagi ko makan. Nak sentap pun takda faedah. Move on. Semoga murah rezeki.
Quote giyomi 25-2-2021 07:25 PM
tak sama, klu tak suka dipanggil hangit which is true, privatekan jer jgn syok dgn puji2an
Quote reddots 25-2-2021 07:46 PM
X sama .. semoga dpt laki pun jauh dari wajah kekrul.
Quote user.name 25-2-2021 08:40 PM
ko ni satu geng dengan babi is me ke dekk? gegeh claim muka seropa angelina jolie lah bini kekrol lah tapi bila tengok gambar seropa muka babi jah? bila kena kecam terus sentap menggelabah tetek kata orang cyberbully lah hapo?
Quote mohdcrow 25-2-2021 08:58 PM
Yang ko nak samakan tu pun harap muka jer...function ke laut
Quote addved 25-2-2021 10:01 PM
Jauh lagi manis dari si hamis zalika itu...
Quote missyL 25-2-2021 10:03 PM
X sama pn.
Huu
Klo muka sama gelap pn nmpk same..
Tp ni x same pn.
Bkn makin nye xlawa. Cume x same ngn keknis pn.

Lawa je. Gmbr tutup mata tu lawa je
Quote Gomea 25-2-2021 10:05 PM
Tak sama langsung
Quote Orix 25-2-2021 10:51 PM
Air muka jah sama... rupa tak sama
Quote Normabaru 25-2-2021 11:46 PM
Muka dia ni muka keknis versi sedih.. Not hangit.. Huhu

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top