Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Netizen Fitnah Vivy Yusof Dibicara 11 Ogos

25-2-2021 02:41 PM| Komen: 32

Kes saman Datin Vivy Yusof terhadap seorang netizen atas dakwaan memfitnah pengasas FashionValet and dUCK Group itu menerusi laman sosial berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas oleh penularan Covid-19, ditetapkan untuk perbicaraan bermula 11 Ogos ini.



Peguam Mohd Syakirin Syazwan yang mewakili Alia Najwa Hassannudin, selaku defendan dalam kes saman itu berkata mahkamah menetapkan 11 dan 12 Ogos untuk perbicaraan.

“Seramai lima saksi defendan termasuk anak guam saya akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu manakala plaintif (Vivy) akan mengemukakan tiga orang saksi,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datin Rohani Ismail hari ini yang turut dihadiri peguam Pauling Hee mewakili Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof.

Pada 15 Jun tahun lepas, Vivy, 34, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co dengan menamakan Alia, 29, selaku defendan tunggal.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Vivy berkata pada 28 Mac tahun lepas, beliau telah menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan empat usahawan berkaitan status ekonomi akibat Covid-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Vivy mendakwa pada 30 Mac tahun sama, defendan telah menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif dalam akaun Facebook dan Instagram milik defendan dan secara salah menyatakan bahawa plaintif mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40 sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.

Usahawan wanita itu mendakwa penyataan-penyataan fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa plaintif tidak bersimpati terhadap golongan B40 dan M40, bersikap angkuh, mementingkan diri sendiri dan tidak profesional serta hanya mementingkan keuntungan.


Kredit foto: IG Vivy

Kata Vivy, penerbitan penyataan-penyataan fitnah itu turut menyebabkan pelancaran satu petisyen di laman web sekitar 1 April tahun lepas bagi mendesak plaintif dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan berkenaan dan petisyen tersebut telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna internet sejak dilancarkan.

Ikon fesyen itu mendakwa surat tuntutan telah dikeluarkan kepada defendan dan menuntut supaya beliau berhenti menerbitkan sebarang penyataan fitnah terhadap plaintif di laman sosial dan plaintif juga mendakwa defendan membalas surat tuntutan melalui aplikasi Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, suatu perintah supaya defendan memadamkan penerbitan penyataan-penyataan fitnah tersebut selain memohon defendan menerbitkan suatu permohonan maaf terhadap plaintif.

Dalam penyataan pembelaan difailkan pada 20 Oktober tahun lepas, defendan mendakwa bahawa penyataan yang dimuat naik olehnya adalah berlandaskan fakta sebenar daripada posting plaintif sendiri dan ia berunsurkan kepentingan awam selain defendan juga menafikan sebarang elemen fitnah di dalam penyataan yang diterbitkannya. 


Sumber: Bernama

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 32
Komen

Previous : "Buli Siber Boleh Disaman, Jangan Sampai Terkena Ya" - Bunga Isme

Next       : Percepatkan SOP Penggambaran Di Luar, Tolonglah Buka Pawagam

Komen Terbaru

Quote flipolivio 26-3-2021 12:54 PM
kuchibambam replied at 20-3-2021 12:17 AM
Dia dari kecik tak tahu erti suah.. let it go je laa..Sajat mcm mcm org kata..tak gigih nak menyaman

sajat tu byk org ngata dia pondan.. tp dia nak saman cane.. kang dia juga yg kalah..dia kena buktikan dia bukan pondan la dkt mahkamah kalau dia saman..sbb tu dia xsaman

Lain-lain Komen

Quote Kurex 25-2-2021 03:13 PM
Salah sorang mula basic nak sembam macam baru bangun tido
Quote nanies 25-2-2021 03:41 PM
korg pun nk kome tak hagak hagak. da kena saman, baru diam. haih
Quote orkidorkido 25-2-2021 04:15 PM
Siapa defendan tu? I like her courage
Quote flipolivio 25-2-2021 04:18 PM
defendan tu buat statament apa kat vivy sampai kena saman?
Quote makcun14 25-2-2021 04:42 PM
Apa dia komen sampai naik court,
chuols?
Tu la laki iols pun selalu tegur masuk instagram atau forum jangan komen melampau.
Ye la kita kalau naik turun court nangis klua duit lain lah jenis have have dari lahir  macam tin vee.
Quote SayaSayangMama 25-2-2021 05:12 PM
Off topic neelofa kena kaw kaw dituduh narcicist oleh putera raihan knp xnk saman eh
Quote flipolivio 25-2-2021 07:02 PM
SayaSayangMama replied at 25-2-2021 05:12 PM
Off topic neelofa kena kaw kaw dituduh narcicist oleh putera raihan knp xnk saman eh

mungkin neelofa rasa kalau putera raihan tu kaya berbaloi gak la saman
Quote SayaSayangMama 25-2-2021 07:51 PM
flipolivio replied at 25-2-2021 07:02 PM
mungkin neelofa rasa kalau putera raihan tu kaya berbaloi gak la saman

Oh mungkin gak. Byk benda lg nk pikir kot dr nak naik turun mahkamah. Yg screenshoot ckp dia dah kawen dia nafikan kan tp pasal narcicist dia xde layan ke hapa
Quote lilydandelion77 25-2-2021 07:56 PM
Biby sbb dah tak JD BOD uitm ke sampai Saman menyaman ni? Biby mmg tak layak sbb biby kelulusan obersi. Walaupun biby byk dpt attention dpd uitm students bila dtg bg talk...but as an influenzer sudah.
Quote kosukeconan 25-2-2021 09:00 PM
i rasa kes tinvy kuat nih
boleh sheols mng
sbb mmg defendan intepret apa yg tinvy cuba smpaikn dgn kurang tepat
but we'll see sapa mengalah nnti
Quote flipolivio 25-2-2021 09:06 PM
kosukeconan replied at 25-2-2021 09:00 PM
i rasa kes tinvy kuat nih
boleh sheols mng
sbb mmg defendan intepret apa yg tinvy cuba smpaikn dgn ...

mmg rasa mcm tinvy boleh menang.. sbb statement tu dia xkeluar pon kan? org yg twist her word
Quote SayaSayangMama 25-2-2021 09:41 PM
flipolivio replied at 25-2-2021 09:06 PM
mmg rasa mcm tinvy boleh menang.. sbb statement tu dia xkeluar pon kan? org yg twist her word

Iya mungkin tp mmg ramai turn off dgn dia ni lpas tu. Affect x bisnes tudung dia..
Quote Tinot7 26-2-2021 12:24 AM
Ada ke yg suka dia dok kat bod uitm?

Apa posting yg budak tu buat?
Quote bondeh 26-2-2021 09:07 AM
Sebagai pengajaran tak suka individu janganlah dikutuk2 fitnah bagai. Fitnah itu pun salah satu dosa2 besar. Di dunia ini kena saman. Jadikan pengajaran buat semua. Tibehh
Quote annehuda 26-2-2021 09:13 AM
Kata Vivy, penerbitan penyataan-penyataan fitnah itu turut menyebabkan pelancaran satu petisyen di laman web sekitar 1 April tahun lepas bagi mendesak plaintif dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan berkenaan dan petisyen tersebut telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna internet sejak dilancarkan.


aku ras vivy ni ada kemungkinan bleh kalah sebab petisyen ni lama dah dari sblm pkp lg.  tp bile isu b40 tu naik tu yg petisyen tu pun naik sekali tu.  

tp butthurt gak vivy nih kene lucut jadi ahli lembaga pengarah uitm  
Quote flipolivio 26-2-2021 09:41 AM
SayaSayangMama replied at 25-2-2021 09:41 PM
Iya mungkin tp mmg ramai turn off dgn dia ni lpas tu. Affect x bisnes tudung dia..

kalau affect lagi lah dia boleh menang kot... sbb fitnah tu boleh jatuhkan bisnes dia..
Quote kosukeconan 26-2-2021 10:10 AM
annehuda replied at 26-2-2021 09:13 AM
aku ras vivy ni ada kemungkinan bleh kalah sebab petisyen ni lama dah dari sblm pkp lg.  tp bile ...

wait, so mmg btl la sheols kena lucut jawatan ahli lembaga pengarah uitm tu?
i tot dah habis kontrak.. haha

but yes, petition tu dah start waaaaaaaayy before isu b40 tinvy
Quote annehuda 26-2-2021 10:41 AM
kosukeconan replied at 26-2-2021 10:10 AM
wait, so mmg btl la sheols kena lucut jawatan ahli lembaga pengarah uitm tu?
i tot dah habis kon ...

https://gempak.com/berita-terkin ... ah-uitm-tamat-42011

dh uols. kontrak tamat je pun. tapi tu la kirenye mcm sheols salahkan petisyen tu jugakla kot walaupun sheols bkn alumni uitm
Quote kakakpositifker 27-2-2021 03:28 PM
Tak tahu nak bekap yang mana.

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top