Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bapa Sanggup Redah Banjir Beli PS5 Untuk Anak

25-2-2021 02:00 PM Komen: 11
Seorang YouTuber di Ciledug, Tangerang, Jawa Indonesia sanggup meredah banjir demi memiliki permainan video Playstation 5 (PS5) untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya.

YouTuber dikenali sebagai Wasa mendapat perhatian warga maya apabila tular gambar beliau membawa PS5 sambil meredah banjir yang dibelinya untuk anak perempuannya bernama Zee.



Walau bagaimanapun, Wasa menyatakan bahawa dia tidak menyangka perkongsian gambar dan videnya meredah banjir sambil membawa PS5 boleh tular di laman sosial sehingga kini.

Menurut laporan Tribunnews, kejadian ini berlaku pada sabtu lalu selepas kawasan perumahan di Ciledug dilanda banjir teruk.

"Saya mahu mengembirakan anak perempuan saya. Dia sudah lama menanti PS5 ini. Lagipun harganya tidak mahal iaitu Rp8.8 juta (RM2,523) sahaja. Saya pasti dengan harga sedemikian, pasti ramai yang sanggup redah banjir untuk mendapatkan PS5 idaman mereka," katanya.

Selain itu, Wasa turut menyatakan bahawa beliau sudah menempah PS5 tersebut sejak Jumaat, namun PS5 tersebut boleh diambil pada hari sabtu. Disebabkan itu, Wasa terpaksa meredah banjir walaupun jalan untuk ke tempat pengambilan PS5 tersebut telah ditenggelami air.


Kredit foto: TibunNews

Walau bagaimanapun, PS5 tersebut berjaya dibawa pulang kepada anak perempuannya dengan selamat.


Sumber: OhBulan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cikpah27 26-2-2021 04:10 PM
hahahahahah anak nampak macam kecik lagi.. ni mesti bapak yang nak main ni

Lain-lain Komen

Quote rookiecake 25-2-2021 02:15 PM
Sanggup buat apa sahaja untuk anak. I pulak tak akan belikan anak2 I PS5. Kalau nak, simpan duit dan beli sendiri {:full
Quote husna_amal 25-2-2021 02:16 PM
Iya lah tu untuk anak. Orang tak cerdik je yang percaya.
Quote Skuau 25-2-2021 02:33 PM
8.8 juta??? Kayanya dia.....
Quote prettyuglybabe 25-2-2021 02:47 PM
untuk anak konon
Quote Boomibulat 25-2-2021 03:24 PM
Terharu tgk pengorbanan seorang bapak..
Quote Artemesiaa 25-2-2021 03:26 PM
Ia untuk anak tapi untuk dirinya sama sharing is caring sebab tu banjir pun sanggup diredah.
Quote nanies 25-2-2021 03:33 PM
ckp tuk anak, tp bila anak ko br nk main, ko jerkah
Quote makcun14 25-2-2021 05:54 PM
budak kecik kejap je seronok ngan benda baru,nanti konfem dia bosan nak toys lain pulak.
bukannya budak tu tau nilai ps5 melainkan dia yang gigih cari duit ye dak?
nampak sangat bapak dia yang nak pakai ps5 iteww.
Quote Gomea 25-2-2021 10:00 PM
Kau sendiri yang nak beli, ko petik pulak nama anak
Quote eyansss 26-2-2021 11:23 AM
nak beli tanpa kena marah ngan bini - guna nama anak...  hahaha...
Quote cikpah27 26-2-2021 04:10 PM
hahahahahah anak nampak macam kecik lagi.. ni mesti bapak yang nak main ni

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top