Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Paksa Anak 2 Tahun Mandi Air Mendidih Sebab Buang Air Besar

25-2-2021 01:51 PM Komen: 48
Sepasang ibu bapa bertindak kejam dengan memaksa anak perempuan mereka berusia dua tahun mandi air panas mendidih hanya kerana telah membuang air besar pada lampinnya.   

Lapor Daily Star, mangsa, Maddilyn-Rose Stokes bagaimanapun meninggal dunia lima hari kemudian akibat menderita luka melecur pada badannya.


MADDILYN-ROSE STOKES meninggal dunia akibat menderita luka melecur pada badannya. - CHANNEL 7

Pada sesi pendengaran, Mahkamah Agung Queensland di Australia dimaklumkan bahawa Maddilyn mungkin terselamat daripada kecederaan teruk yang dialaminya sekiranya dia mendapat rawatan perubatan.

Ibu bapa kejam itu sebaliknya membiarkan anak mereka menderita selama lima hari kerana takut Jabatan Perkhidmatan Keselamatan Kanak-Kanak akan campur tangan jika Maddilyn dibawa ke hospital.

Pada 20 Mei 2017, Shane David Stokes, 33, memaksa Maddilyn mandi dalam tab yang berisi air panas mendidih sebagai hukuman kerana telah membuang air besar pada lampinnya.

Tindakan itu menyebabkan Maddilyn mengalami kesakitan teruk dengan kesan lecur yang serius.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Maddilyn sudah tentu menjerit dalam kesakitan ketika bahagian punggung, pangkal paha dan kakinya melecur akibat terkena air panas.

Stokes dan Betty Moore, 26, mengaku bersalah atas kesalahan mendera, membunuh dan gagal mendapatkan rawatan perubatan bagi anak mereka. 

Stokes mengaku menyebabkan kecederaan lecur tahap ketiga terhadap anaknya setelah mereka cuba merawat luka tersebut dengan menggunakan gel aloe vera dan pembalut selepas mencari ubat yang sesuai secara dalam talian. 

Petugas perubatan menemui Maddilyn dalam keadaan tidak sedar diri di rumah keluarganya yang terletak di Northgate, Brisbane sebelum meninggal dunia di hospital pada 25 Mei 2017.

Stokes dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun manakala Moore pula dihukum penjara sembilan tahun dan enam bulan.


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 48
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote swateng1 1-3-2021 03:52 PM
yeayyyy boleh makan n tempat tinggal free. tu yang sebenarnya depa nak sbb tak kena hukuman mati bunuh anak sendiri. fakkkyaaaaaa

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 25-2-2021 01:54 PM
yish! kalau tanak anak tu, bg la kat org lain. kecian baby tu terseksa
Quote KBW2 25-2-2021 01:57 PM
Huwargggggg air mendidih lima hari terseksa tanpa rawatan. Kenapa makpak syaitan begini wujud?
Quote rookiecake 25-2-2021 02:17 PM
Cuba la mandi dengan air mendidih selama 5 hari. Sick!
Quote mamajawie 25-2-2021 02:30 PM
ape kebabian la kokosen ni??tak nak baby tu ko bagi je la kat orang lain soh bela..aduh kemurungan aku baca citer pasal budak2 mati ni..hmmmm
Quote orion_pax 25-2-2021 02:53 PM
Syurga buat mu anak..
Quote raihaneem 25-2-2021 02:58 PM
11 tahun ja...9 tahun ja..penjara...
Ringannya hukuman. 2 tahun berak dlm diapers...so what?..
.
Diapers diapkaikan utk berak kencing.
Lgpun kecik lg kot...kot la 6-7 tahun pakai diapers apstu berak dlm tu...tu pun takkan nak bg mndi ayaq mndidih

Patut hukuman bg depa rendam dlm ayaq mendidih..bodo piang bangang..
Quote seri_mawr 25-2-2021 02:58 PM
try suh di amasuk dlm air panas mendidih tgk...
dah tua pun bodo...
Quote any42 25-2-2021 03:10 PM
Tu je hkuman? Ank kecil 5 hri menderita smpai mati Mak pak hbis hkuman pun mmpu beranak lg.
Quote epuepy 25-2-2021 03:13 PM
Ala. Dh la comel anak nye.

Rasa nk lastik mak bapak bodo ni. 2 thn mmg la berak dlm pampers. Dh tu ko expect budak tu gi toilet mcm org dewasa? Yihh sgt
Quote Artemesiaa 25-2-2021 03:14 PM
Kejamnya perbuatan tak setimpal dengan hukuman yang dijatuhkan
Quote dua_chzy 25-2-2021 03:26 PM
Ni baru kes penderaan zaman moden. Jika kita baca kes penderaan zaman purba ka zaman empayar Rom ka zaman nabi ka zaman TV hitam putih ka, ntah bagaimana la agaknya.
Quote hasniey 25-2-2021 03:40 PM
Ala bodohnye!!byk makan dadah ke apa laki bini ni?
Kokosen dgn dadah kan brpisah tiada
Mmg la budak 2 tahun berak dlm pampers!yg ko g siram dgn air mendidih tu kenapa stupid!!
Ko tu yg patut mndi air mendidih,buang segala bodoh dlm diri tu
Quote allshares 25-2-2021 03:42 PM
Apa fungsi lampin kalau bukan utk anak membuang? Heran mcm mana mak pak ni fikir.
Quote ally9970 25-2-2021 03:53 PM
Hukuman penjara 11 thn jer?
Quote namieamuro 25-2-2021 03:56 PM
bodohnye mak bapak ni. kau nak toilet train kan anak bkn mcm tu la banggang. lg bodoh marah sbb berak dlm pampers. bdk baru 2 tahun kot

ptt hukumannye mak bapak setan ni kene mandi dlm air mendidih gak. lepas tu jgn bg rawatan. biar dorg tau seksa nye bdk sebesa tu tahan azab melecur
Quote Buritan 25-2-2021 03:56 PM
Tinot7 replied at 25-2-2021 01:54 PM
yish! kalau tanak anak tu, bg la kat org lain. kecian baby tu terseksa

Bg aku la.. terus kalah anak che ta.. koh koh
Quote sue_liah 25-2-2021 04:47 PM
ni yg tk suka baca citer2 parents kejam mcm ni

sampai hati betul ek syaitan2 ni..sedih la bila ingat kita pn ada ank2

klau boleh sekor nyamuk pn tk bg gigit ank2 kita

tenang la nak kau disana dr hadap syaitan tu tp kematian kau yg menyakitkn tu buat pilu hati ku
Quote santubung 25-2-2021 05:16 PM
epuepy replied at 25-2-2021 03:13 PM
Ala. Dh la comel anak nye.

Rasa nk lastik mak bapak bodo ni. 2 thn mmg la berak dlm pampers.  ...

kan tu sebab pakai pampers. habis pakai pampers untuk perhiasan ker? bangang punya mak bapak
Quote Suchi 25-2-2021 05:29 PM
Kenapa kejam sgt ni lagi kejam sbb tak dapatkan rawatan dengan segera.

Sama kejam dgn budak2 pendera arwah zulfarhan tu jadah ko simpan org yg cedera parah dlm umah

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top