Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Sharifah Shahirah Batal Niat Nak Kuruskan Anak Guna Bariatrik Surgery

25-2-2021 01:23 PM| Komen: 42

Bimbang dengan berat badan anak yang berlebihan, penyampai radio, Sharifah Shahirah, 47, terlintas hendak melakukan pembedahan pintasan perut atau Bariatrik Surgery.

Dia bagaimanapun menarik balik keputusan tersebut pada saat akhir.

Sharifah Shahira atau lebih dikenali dengan sapaan Shira menjelaskan, tanggungjawab sebagai ibu membuatkan dia mengambil langkah demi kesihatan anak sulungnya, Allisya Tahir hasil perkahwinan pertama dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt.


Foto: IG

“Beberapa tahun lalu saya pernah membawa Allisya berjumpa doktor untuk melakukan pembedahan pintasan perut bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan berat badan.

“Selesai mengambil gambar semua, saya terfikir pada masa akan datang Allisya akan beranak dan badannya akan naik semula. Jadi apa gunanya dia menjalani pembedahan itu sekarang kerana menelan belanja tinggi.

“Saya tidak ralat membuat perkongsian ini yang mana mengimbas kembali kenangan beberapa tahun lalu. Bangga juga kerana Allisya berjaya menurunkan lebih 20 kilogram dengan menjaga pemakanan dan bersenam,” kata Shira kepada Kosmo! Online.

Tambah Shira, Allisya yang mengenggam diploma dalam jurusan Pengajian Komunikasi dan Media itu mengambil masa lebih setahun untuk mencapai berat badan ideal tanpa jalan pintas.





“Saya tahu bukan mudah untuk Allisya mencapai berat sekarang kerana memakan masa yang lama. Semuanya bermula ketika dia menetap di sebuah pulau ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Mempunyai impian untuk berkecimpung dalam bidang seni, Allisya bakal melancarkan single kedua ciptaan Sharon Paul dalam tempoh terdekat. Cuma satu saja, dia tidak konsisten di media sosial yang mana bagi saya penting,” kata Shira.

Shira dan Allisya tampil membuat persembahan bersama membawakan lagu Standing In The Eyes Of The World untuk program Famili Duo. Gelagat spontan Shira di pentas membuatkan barisan juri tidak kering gusi.  -CARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
1
Komen: 38
Komen

Previous : Kejutan Hari Jadi, Afifah Nasir Tak Sangka Keluarga Jemput Boyfriend Sambut Sekali!

Next       : "Buli Siber Boleh Disaman, Jangan Sampai Terkena Ya" - Bunga Isme

Komen Terbaru

Quote Minami2013 28-2-2021 05:11 PM
fairy_fairy replied at 28-2-2021 08:20 AM
Those were the days sis. Zaman college meols, McD tu dah jadi daily lunch pun tetap slim anggun be ...

Kan.. sekarang siap kena monitor portion suku suku separuh. Kalau terlebih portion straight seminggu pas tu kerja ngadap komputer je tak aktif, siap lah bila timbang.

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 24-2-2021 07:16 PM
Anak dia nampak mcm berat biase je.. nak dia kurus mcm mana lagi?
Quote umbut 24-2-2021 07:24 PM
Tinot7 replied at 24-2-2021 07:16 PM
Anak dia nampak mcm berat biase je.. nak dia kurus mcm mana lagi?

Ni gambar baru dah turun 20 kg.. sebelum ni gemuk
Quote sofyayra 24-2-2021 07:29 PM
Kan moksu n bakal poksu ada. Join la depa bersenam n eat clean tu, nanti boleh fit lagi.
Quote sukacactus 24-2-2021 07:32 PM
Ooo patut dah npk kecik
Tahniah! Byk tu 20kg
Semoga diteruskan amalan yg sihat tu
Quote CARI-MRO 25-2-2021 01:23 PM
Bimbang dengan berat badan anak yang berlebihan, penyampai radio, Sharifah Shahirah, 47, terlintas hendak melakukan pembedahan pintasan perut atau Bariatrik Surgery.


Dia bagaimanapun menarik balik keputusan tersebut pada saat akhir.


Sharifah Shahira atau lebih dikenali dengan sapaan Shira menjelaskan, tanggungjawab sebagai ibu membuatkan dia mengambil langkah demi kesihatan anak sulungnya, Allisya Tahir hasil perkahwinan pertama dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt.




Foto: IG




“Beberapa tahun lalu saya pernah membawa Allisya berjumpa doktor untuk melakukan pembedahan pintasan perut bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan berat badan.


“Selesai mengambil gambar semua, saya terfikir pada masa akan datang Allisya akan beranak dan badannya akan naik semula. Jadi apa gunanya dia menjalani pembedahan itu sekarang kerana menelan belanja tinggi.


“Saya tidak ralat membuat perkongsian ini yang mana mengimbas kembali kenangan beberapa tahun lalu. Bangga juga kerana Allisya berjaya menurunkan lebih 20 kilogram dengan menjaga pemakanan dan bersenam,” kata Shira kepada Kosmo! Online.


Tambah Shira, Allisya yang mengenggam diploma dalam jurusan Pengajian Komunikasi dan Media itu mengambil masa lebih setahun untuk mencapai berat badan ideal tanpa jalan pintas.




[ig]https://www.instagram.com/p/CLNwacjgKz6/[/ig]





[ig]https://www.instagram.com/p/CDkqKfVHW_W/[/ig]



“Saya tahu bukan mudah untuk Allisya mencapai berat sekarang kerana memakan masa yang lama. Semuanya bermula ketika dia menetap di sebuah pulau ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.


“Mempunyai impian untuk berkecimpung dalam bidang seni, Allisya bakal melancarkan single kedua ciptaan Sharon Paul dalam tempoh terdekat. Cuma satu saja, dia tidak konsisten di media sosial yang mana bagi saya penting,” kata Shira.


Shira dan Allisya tampil membuat persembahan bersama membawakan lagu Standing In The Eyes Of The World untuk program Famili Duo. Gelagat spontan Shira di pentas membuatkan barisan juri tidak kering gusi.  -CARI


Sumber: Kosmo
Quote rookiecake 25-2-2021 02:19 PM
Bariatrik Surgery ini mostly untuk last resort. Budak ini masih muda. Bersenam 3-5x/seminggu dan jaga pemakana lebih baik. Asalkan it’s sustainable
Quote lonely_classic 25-2-2021 02:23 PM
She looks totally different bila dah kurus
Quote fadz84 25-2-2021 02:55 PM
rookiecake replied at 25-2-2021 02:19 PM
Bariatrik Surgery ini mostly untuk last resort. Budak ini masih muda. Bersenam 3-5x/seminggu dan jag ...

Mcm arwah anak artis yg baru dpt title Dato tu nk effect cepat la kn..
Quote lifeline 25-2-2021 02:58 PM
lawa talisya ni
plus suara dia sedap
boleh jadi penyanyi yg bkn stok2 bbnu ni
Quote mummydarling 25-2-2021 02:59 PM
anak die ade iras kaka azraf bile make up
Quote lifeline 25-2-2021 03:01 PM
dah kurus ni nmpak muka mcm makcik kinah dia la pulak
Quote follesegal 25-2-2021 03:20 PM
rookiecake replied at 25-2-2021 02:19 PM
Bariatrik Surgery ini mostly untuk last resort. Budak ini masih muda. Bersenam 3-5x/seminggu dan jag ...

ye weh.. kalau umur masih remaja gitu or below 30 snang je nk turun bdn.. serius, sbb aku prnh try dlu.. mkn nasi skit je cpt kurus.. kalau umur dh dwasa mmg agak pyh.. umur dh tua br recommended la buang usus ni
Quote helicornia 25-2-2021 04:32 PM
fadz84 replied at 25-2-2021 02:55 PM
Mcm arwah anak artis yg baru dpt title Dato tu nk effect cepat la kn..

kan..arwah tu muda lagi patutnye bole kurus dgn diet n senaman
iols masa 20an pagi2 breakfast roti 2 keping pun bole turun berat
skrg ni dh kertu puasa lom tentu turun huhu
Quote rookiecake 25-2-2021 05:49 PM
follesegal replied at 25-2-2021 03:20 PM
ye weh.. kalau umur masih remaja gitu or below 30 snang je nk turun bdn.. serius, sbb aku prnh try ...

Dah tua pun nak buat BS pun not recommended rasanya unless da try mcm2 still tak boleh turunkan berat badan. Boleh try low carb, keto, intermittent fasting dan lain lain. Sebenarnya low carb badan senang turun. Lauk mcm biasa tapi jgn boh gula then makan dengan low carb noodles atau rice.
Quote supermum 25-2-2021 06:17 PM
Muka dia bila dah kurus macam combination Kinah dengan Kaka
Quote azimodin 25-2-2021 06:37 PM
Selagi belum level morbid obese, rasanya masih boleh usaha dengan jaga makan & exercise. Ada duit, pergi jumpa dietician & hire personal trainer. Xde duit boleh guna app kira kalori & bersenam kat rumah. Orang yg buat BS ni kena pemantauan doktor seumur hidup kan (melainkan yg malas or takde duit nak jumpa). Iouls pon target nak turun 12 kg setahun, 1kg sebulan. Slow2 je la.
Quote sayangselasih 25-2-2021 07:36 PM
sebijik muke makcik dia, sakinah kan..
Quote sleepandream 25-2-2021 07:37 PM
anak dia dlu gemuk sgt ke? tapi tgk famili duo tu kerimping yach
Quote hotmak 25-2-2021 08:32 PM
cmana boleh duduk pulau time pkp dulu, tersangkut ke? boleh je klu nak balik kl kan

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top