Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Cerita Jadi Tak Seram -Babak Cucuk Susuk Dalam Anu Dipotong LPF, Pengarah Geram!

25-2-2021 09:14 AM| Komen: 93

Penerbit dan pengarah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri iaitu Shuhaimi Lua meluahkan rasa kecewa apabila beberapa babak penting dalam drama tersebut dipotong kerana dianggap tidak sesuai untuk tayangan umum.

Shuhaimi berkata tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) menapis babak tersebut telah mencacatkan perjalanan drama genre seram itu.



"Saya sudah berkarya sehabis baik tapi tiba-tiba babak itu dipotong, mestilah sedih! Nama pun cerita seram, scene itu membuatkan cerita jadi lagi seram.

"Macam babak dalam episod lima yang ditayangkan semalam, saya dapat tahu scene Cik Embun lakonan Lana Nodin nak cucuk susuk di kemaluan Laila (Sharifah Sakinah) tidak disiarkan... babak ini penting untuk menimbulkan tanda tanya kenapa watak Ezlan (Adi Putra) tergila-gilakan dia.

"Banyak lagi babak dipotong seperti babak santau, muntah darah serta keluar rambut daripada mulut. Semuanya memang menyeramkan dan menakutkan tapi penting dalam drama tersebut," katanya kepada mStar.



Terdahulu menerusi Instagram, Shuhaimi menulis luahan rasa terkilan dengan situasi yang dihadapinya sehingga dia mula terfikir untuk berhenti mengarah drama lagi.

"Rasa sedih, geram pun ada... banyak babak dipotong dan dipendekkan dalam drama ini... rasa down pun ada! Rasa boleh berhenti mengarah kut," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, Shuhaimi berkata tindakan LPF memotong beberapa babak menyebabkan drama itu sudah tidak menjadi seram.


"Nama pun cerita seram... babak-babak itu yang menyebabkan cerita itu seram.

"Semasa meeting, mereka minta hanya 30 peratus sahaja babak seram, tapi kalau dah potong semua, dah jadi drama air mata biasa.

"Aku Yang Kau Gelar Isteri memang berbeza dengan Takdir Yang Tertulis, memang saya wujudkan beberapa babak sebagai elemen seram," ujarnya.


Foto: IG

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri bersiaran di slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam bermula 17 Februari lalu.

Ia dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Lana Nodin dan Atiq Azman. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 78
Komen

Previous : Sektor Pawagam Bakal Lumpuh?

Next       : Penonton Emosi- Penangan Drama Rahimah Tanpa Rahim

Komen Terbaru

Quote NataliaLuiz 29-4-2021 12:05 PM
typical malay drama..

Lain-lain Komen

Quote Belibis 25-2-2021 09:19 AM
Memang 'seram' kalau nak tengok part cucuk poen sakinah..seram campur loya.{:cryrun
Quote Rogue98 25-2-2021 09:19 AM
Saja nak kecoh lah tu. Takkan sebelum ni tak tanya dulu orang2 dalam industry yg lebih arif. Seram sangat lah tu.
Quote one_aiman 25-2-2021 09:24 AM
cerita ni okay part laila ngan mistiknya je..cucu brian tu tolong berlakon elok2 sikit boleh tak
Quote buragazz 25-2-2021 09:26 AM
Oo.. citer ni yang aku tgk kejap tu adik aku kata citer seram.. masa tu babak si kinah tgh mengorat Adi Bebird.. tapi apsal muka Adi Bebird cam sembab ekk.. pastu aku terus tukau citer lain...
Quote princess_kunang 25-2-2021 09:27 AM
Aku tgk online..ada je scene cucuk susuk kat tutt tu
Quote princess_kunang 25-2-2021 09:28 AM
Aku tgk online..ada je scene cucuk susuk kat tuttt..drama ni best..tp jd x brapa best sbb adiputra kot..awat mcm kayu je dia blakon eh..ke mmg selama ni dia kayu
Quote dewi_rina 25-2-2021 09:30 AM
Best lah cerita ni, hari2 mengadap tengok.. yg tak best nya si nadia brian tu
Dah la muka kejung
Haritu tgok iklan dia menjerit mcm buat2
Kahkahhhh!
Quote Tinot7 25-2-2021 09:32 AM
Ni nak up drama ke supaya org tgk?
Quote hotmak 25-2-2021 09:34 AM
mmglah tak lepas sebab waktu siaran 6.30 petang
Quote hotmak 25-2-2021 09:36 AM
princess_kunang replied at 25-2-2021 09:28 AM
Aku tgk online..ada je scene cucuk susuk kat tuttt..drama ni best..tp jd x brapa best sbb adiputra k ...

tgk dekat mana online, ada link tak
Quote rosa_canina 25-2-2021 09:38 AM
tgk semlm sekjp.. tp tu lah.. ada scene2 yg agak kekayuan..

sorry.. mcm hero kureng feel.. so mmg tak tgk abis ..
Quote beni_nikaido 25-2-2021 09:47 AM
watak Adi tu kena kayu dan lemau sebab dia dah 'terkena' kan....
kan org kena buatan ni mcm akan khayal mengelamun
ok je cite ni. cume muka nadia brian sedih kurang feel la

Quote Rockafella 25-2-2021 09:50 AM
Masalahnya, dah takde genre lain ke? Memanjang je seram, seram, seram. Tapi bila ditonton kelak, takde la seram mana pun. Ini antara marketing strategi jadikan LPF sebagai kambing hitam je. Dia fikir geram dia je, dia tak fikir geram penonton yang laparkan filem berkualiti tinggi. Takkan asyik nak tunggu filem dari Hollywood rating 6/10 iMDB je. Penat la.
Quote user.name 25-2-2021 10:15 AM
princess_kunang replied at 25-2-2021 09:27 AM
Aku tgk online..ada je scene cucuk susuk kat tutt tu

tengok online dekat mana chuols? scene tu tayang tapi censored bahagian tut ke cemana?

Quote anggeriklatifah 25-2-2021 10:26 AM
citer ni best
tapi pelakon ntah ape2
ade ke adi putra jadi budak lepas spm
dah la berlakon sekrng tak best dan dah tak hensem
cuba tukar dgn aeril zafrel ke shanaz ke okey la sket..lg pun diorng muda la jugak
ni adi putra??????

kalau nak cakp ramai peminat..tu dulu..10 tahun dulu ramai ler gila byg kat adiputra ni

pastu nadia brian..?ye memg dia cantik...dlm citer ni watak Rai tu kena cantik lemah lembut
tapi msalahnya dia berlakon tak 'memberi'
cuba la amek pelakon lain...byk je yg boleh berlakon...mungkin bayaran murah kot

Lana nordin ,aznah hamid ,kuza &raja atiq awesome berlakon sgt kena dgn watak memasing

sharifah sakinah pegang watak laila bagi aku so so je la...dia memg pandai berlakon...tapi entah la...cam ok la..tapi so so la camtu

Quote orglama 25-2-2021 11:10 AM
hotmak replied at 25-2-2021 09:34 AM
mmglah tak lepas sebab waktu siaran 6.30 petang

crita ni slot 10 - 11 mlm
Quote tagas 25-2-2021 11:19 AM
Edited by tagas at 25-2-2021 11:20 AM

Nampak si cucu brian si kerak neraka

pencurang suami trus tukaw channel lain
Quote gadis_mateen 25-2-2021 11:29 AM
bukan cerita seram jadi  cerita kelakar pun, janganlah marah2.

Quote fadz84 25-2-2021 11:31 AM
hotmak replied at 25-2-2021 09:34 AM
mmglah tak lepas sebab waktu siaran 6.30 petang

Slot Samarinda pukul 10-11 mlm. Yg 7-8 mlm tu slot Akasia.

Lihat semua komen(93)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top