Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Boleh Ke Sekolah Tanpa Pakaian Seragam

24-2-2021 05:13 PM Komen: 23
Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.



Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, kebenaran itu diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.

Jelasnya, sebelum ini, KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.


Kredit foto: KPM

Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

Namun begitu, mengambil kira keadaan semasa, KPM memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah, katanya dalam satu kenyataan di hari ini.

Mengulas lanjut, KPM berkata, dengan kebenaran ini ia membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik, ujar KPM. 


Sumber: K! ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

"I Respect Your Adab Brother," - Hannah Delisha Puji Lelaki Padam Semua Gambarnya
Instafamous Diburu Langgar SOP Majlis Kahwin
"Saya Dah Report Polis Awak Ganggu Saya Dengan Gambar 'Siput Sedut' Awak" - Fatin
Adik Dikecam Pertahan Janna Di TikTok - "Terima Kasih Join Eksperimen Sosial Saya"
Yana Samsudin Tak Pernah Paksa, Rotan Anak Belajar 3 Bahasa
Calon SPM Stres Satu Keluarga Kena Kuarantin Sehari Sebelum Periksa
"Nyanyi Macam Sampah? Nama Pun Program Hiburan" - Sharifah Shahirah
'Ex' Dedah Shia Labeouf Terlalu Posesif Sampai Dipaksa Cium 20 Kali Sehari
Penghantar Makanan Menangis Rayu Diberi Tip
Altimet Terharu Ramai Artis Jemputan Di Konsert Terakhirnya Tolak Bayaran
Biadab! Laki Bini Kelentong Nenek Jual Pinggan Dengan Sampul Tebal 'Kosong'
Ibu Zaki Yamani Menangis Terharu Ada Yang Nak Tengok Video Muzik Terbaru
Anjing Punya Pasal, Habis Pagar Dua Rumah Dirempuh
"Abah Pesan Jangan Burukkan Orang" - Nurul Zahid
Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - YDP Agong
SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu
Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Isteri Tolong Suami Rogol, Bunuh 32 Gadis
Terdesak Sampai Menyorok Dalam But Kereta Cuba Rentas Daerah
Nasib Baik Tak 'Berkari' Kepala Aku, -Mangsa Sampah Terbang Di Flat PPR
Kalau saya tahu jadi begini, saya akan lantik orang lain tentunya". Tun M menyesal lantik Tommy Thomas
'Haruan makan anak' antara punca kehamilan remaja di Sarawak
Dua Anak Tak Dapat Dihubungi, Ibu Tua Duduk Di Rumah Usang Tanpa Tandas

Komen Terbaru

Quote yussya 25-2-2021 03:08 PM
Takut anak takmo pi sekolah je..sekolah kan kena pakai baju sekolah kata dia..usahakan la..walau sepasang je dulu.sbb sekolah bukan hari2 pakai uniform pun..kan ada hari PJ..sekolah anakku 2 hari je uniform hari lain baju pj,baju koko

Lain-lain Komen

Quote clarizsa 24-2-2021 03:24 PM
Oh oklah tu
Asalkan pi sekolah kan
Pakai kemas dan sopan ok dah tu
Good decision
Quote clarizsa 24-2-2021 03:24 PM
Okla tu baguslah
Quote ibu_haritz 24-2-2021 03:37 PM
Pakai baju sukan jelah senang...
Quote cilok 24-2-2021 03:50 PM
Harus ada mak pak pakaikan baju anak mcm nk ke mall @ pasar malam
Quote Decaffeinated 24-2-2021 04:26 PM
Maszlee haters sila jilat ludah
Quote jalfa 24-2-2021 04:36 PM
X pelah..iols bg pakai baju sekolah je lah..senang
Quote Adrif 24-2-2021 05:50 PM
ibu_haritz replied at 24-2-2021 03:37 PM
Pakai baju sukan jelah senang...

kan. kita masa sekolah dulu, tingkatan 5, sepanjang hari pakai baju sukan.
walaupun hari tu takde PJK. kawan2 pun buat camtu.
lagi2 hari ada kelas tambahan, kena stay sampai pukul 5..
masa tingkatan 1 sampai 4 tak berani lagi  
Quote Zazama 24-2-2021 06:03 PM
Prihatin dgn permintaan rakyat.
Quote azimodin 24-2-2021 06:26 PM
Aku pon suka jika uniform sukan dijadikan uniform harian terutamanya yg sekolah rendah. Pastu tshirt tu pakai la yg berwarna, xde la nampak kotor. Lebih selsesa untuk anak2. Anak perempuan aku darjah satu, kesian pulak kena pakai leggings dalam kain tengah2 panas.
Quote dua_chzy 24-2-2021 07:10 PM
Tolong potong rambut. Jangan datang sekolah serupa baru keluar dari hutan saja.
Quote Supersirap 24-2-2021 08:41 PM
Bagus lah jika ada kelonggaran begini, boleh berlapang dada bagi keluarga yang kurang kemampuan
Quote farhani87 24-2-2021 10:40 PM
Alhamdulillah. At least parents ada masa utk. Kumpul duit beli uniform anak.
Quote CikYaYaYa 24-2-2021 11:39 PM
Alhamdulilah.. Lega sikit bagi family yg tjejas. Tapi bagi laa ank to pakaian elok sikit wlaupon xpakai uniform.. Yg penting kemas + bersih
Quote Punat_button 24-2-2021 11:53 PM
Semalam bila Maszlee bagi cadangan boleh tahan acik kepam merempan kecam. Hari ni tengah menangis di bucu katil leteww

maszlee 1 - acik kepam 000

Quote Skuau 25-2-2021 12:20 AM
1 mac-26 mac jer??? Keadaan belum 'pulih sepenuhnya'.....bg la sehingga keadaan spt sedia kala.......
Quote hareeeesah 25-2-2021 01:12 AM
Jangan jadi isu budak menunjuk-nunjuk baju aku mahal mak bapak aku mampu sudah la
Quote Perawankota 25-2-2021 01:26 AM
Best lah dpt pakai baju biasa p sekolah
Quote Perawankota 25-2-2021 01:28 AM
Best lah dpt pakai baju biasa p sekolah
Quote 3480 25-2-2021 02:09 AM
Oooo sek rendah ja la..
Anak aku yg skola men tu x test lg seluaq muat dak.. huhu membesor dgn jayanya tu..
Kna test la esok.. x muat kalu.. jumpak tailor la..
Yg dok ada tu pun seluaq tempah

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top