Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Israel bekalkan vaksin 'tidak digunakan' kepada rakyat Palestin

24-2-2021 12:27 PM Komen: 6


BAITULMAQDIS: Israel semalam menghantar vaksin COVID-19 dalam 'kuantiti terhad' yang tidak digunakan ke Palestin dan beberapa negara lain selepas mengumumkan rancangan bagi meningkatkan hubungan diplomatik dengan Baitulmaqdis.

Difahamkan, Israel sudah menghantar beberapa ribu dos vaksin ke wilayah Tebing Barat bagi memastikan petugas kesihatan divaksinasi.

Bagaimanapun, Israel tidak mendedahkan jumlah tambahan dos yang akan dihantar.

Kumpulan hak asasi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan bahawa Israel di bawah undang-undang antarabangsa wajib melaksanakan vaksinasi ke atas semua penduduk Palestin berikutan penaklukan di wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Selain Palestin, mengikut laporan media Israel, Honduras yang mengumumkan pada tahun lalu akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis turut tersenarai di antara negara penerima vaksin.

Dalam perkembangan berkaitan, Republik Czech yang turut merancang membuka pejabat diplomatiknya di Baitulmaqdis bulan depan, berkata pihaknya menerima 5,000 dos vaksin Moderna dari Israel.

"Ini adalah hadiah dari Israel kepada Republik Czech," kata ketua pegawai kepada Perdana Menteri Republik Czech, Tunde Bartha.

Dalam perkembangan berkaitan, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, turut memaklumkan pihaknya menerima banyak permintaan daripada pelbagai negara bagi pembekalan vaksin.

Israel berkata, pihaknya tidak menjangkakan mampu untuk memberikan bantuan secara signifikan sehingga selesai prosedur inokulasi dalam negara.

"Bagaimanapun, dalam tempoh sebulan yang lalu, sejumlah vaksin yang tidak digunakan dikumpul dan kami memutuskan bagi membantu pasukan perubatan Palestin dan beberapa negara yang mempunyai hubungan baik dengan Israel dalam jumlah tertentu," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan yang juga pencabar Netanyahu, Benny Gantz mengecam tindakan mengeksport vaksin yang dibayar oleh penduduk negara itu tanpa melakukan sebarang rundingan. 


Sumber - AFP/BeritaHarian


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 25-2-2021 08:28 PM
darkness replied at 25-2-2021 07:56 PM
Patut israel ni xpayah vaccinekan orang dia. Sb katanya antivac, vaccine ni nak matikan org..alih2 i ...

Ade dengor..  5G pon depe takmo.  Padehal depe yang cipte..  

Lain-lain Komen

Quote tumpanglalu74 24-2-2021 12:31 PM
Ini macam Snow White makan epal mak tiri kasi..  In fact Snow White tu pon tak tau yang hulur epal tu mak tiri dia sebab menjelme jadi nenek kebayan.  Need I say more?
Quote Dwdrum 24-2-2021 01:06 PM
tumpanglalu74 replied at 23-2-2021 08:31 PM
Ini macam Snow White makan epal mak tiri kasi..  In fact Snow White tu pon tak tau yang hulur epal t ...

In case palestine ada yang bengap lah... Tapi depa ada usaha untuk beli vaccine... Jika depa minta derma aku sanggup derma kepada depa...
Quote AbukRokok 24-2-2021 01:06 PM
tumpanglalu74 replied at 24-2-2021 12:31 PM
Ini macam Snow White makan epal mak tiri kasi..  In fact Snow White tu pon tak tau yang hulur epal t ...


Quote Itzy 25-2-2021 07:40 PM
Israel zionist laknat ni memang nak semua rakyat palestin mati. Ada baca tahun lepas di suratkhabar yg israel buang alat2 bedah dan kain2 yang dipakai untuk pesakit covid di depan pintu rumah rakyat palestin. Semoga Allah balas perbuatan biadap mereka dengan kehancuran negara israel zionist. Aamiin.
Quote darkness 25-2-2021 07:56 PM
Patut israel ni xpayah vaccinekan orang dia. Sb katanya antivac, vaccine ni nak matikan org..alih2 israel nak cucok rakyatnya pulak
Quote tumpanglalu74 25-2-2021 08:28 PM
darkness replied at 25-2-2021 07:56 PM
Patut israel ni xpayah vaccinekan orang dia. Sb katanya antivac, vaccine ni nak matikan org..alih2 i ...

Ade dengor..  5G pon depe takmo.  Padehal depe yang cipte..  

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top