Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Cuba Sogok Polis Dalam Balai Polis

23-2-2021 04:22 PM Komen: 5
Dungun: Seorang lelaki yang terbabit dalam kes dadah ditahan atas cubaan menyogok seorang pegawai polis dengan menawarkan RM5,000 ketika disoal siasat di Balai Polis Paka di sini, kelmarin.

Terdahulu, pada kejadian jam 12 tengah hari, suspek berusia 40 tahun yang berada di hadapan sebuah bank di Pusat Niaga Paka di sini, terserempak dengan sepasukan anggota serta pegawai polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap suspek dan mendapati dia dikehendaki bagi membantu kes berkaitan dadah.

Gambar Hiasan

"Suspek dibawa ke Balai Polis Paka untuk tindakan lanjut berkaitan dadah dan ketika berada di bilik soal siasat, suspek menawarkan RM5,000 kepada seorang pegawai supaya membebaskannya.

"Suspek mengeluarkan RM2,300 sebagai wang pendahuluan dan berjanji akan menyerahkan bakinya selepas dia dibebaskan," katanya dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pegawai berkenaan memberi amaran yang suspek boleh ditangkap atas kesalahan rasuah namun suspek tetap menghulurkan wang berkenaan walaupun sudah diingatkan empat kali.

"Seorang anggota berpangkat sarjan yang turut berada di bilik berkenaan kemudiannya menahan suspek kerana cuba merasuah polis," katanya.

Menurut Baharudin, pihaknya merampas wang itu bersama dompet untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebelum kes dirujuk ke SPRM Cawangan Kemaman untuk tindakan lanjut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote noor2 24-2-2021 05:00 PM
Decaffeinated replied at 24-2-2021 04:34 PM
Sempat 4 kali tolak tu... tak faham gak

Cctv pun ada ....berani ko...hehe

Teringat dulu 3 polis minta rasuah dari noor sb kes pekerja x de permit...kata depa kita setel luar balai la...berapi aku..
Terus jawab sorry saya x faham...ko nk pi je berurusan dgn pekerja indon tu jgn libatkan aku...siap ugut lagi tu kalau x bg duit...

Lain-lain Komen

Quote noor2 23-2-2021 04:27 PM
Gila ko nk suap polis dlm balai...cuba kat luar balai

Ampon
Quote Carcosa 23-2-2021 09:35 PM
Kahkah. Dahlah duit kena rampas, kena jugak masuk jail. Dua kali murung
Quote Belibis 24-2-2021 04:29 PM
Nak suap tu kena ada cara,kena ada seni,bukan main taram hulur.tak pasal2 dah jadi dua kes.
Quote Decaffeinated 24-2-2021 04:34 PM
noor2 replied at 23-2-2021 04:27 PM
Gila ko nk suap polis dlm balai...cuba kat luar balai

Ampon

Sempat 4 kali tolak tu... tak faham gak

Quote noor2 24-2-2021 05:00 PM
Decaffeinated replied at 24-2-2021 04:34 PM
Sempat 4 kali tolak tu... tak faham gak

Cctv pun ada ....berani ko...hehe

Teringat dulu 3 polis minta rasuah dari noor sb kes pekerja x de permit...kata depa kita setel luar balai la...berapi aku..
Terus jawab sorry saya x faham...ko nk pi je berurusan dgn pekerja indon tu jgn libatkan aku...siap ugut lagi tu kalau x bg duit...

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top