Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ketua Polis Dipecat Lepas Dua Tahanan Lolos Lokap Guna Senduk

23-2-2021 11:23 AM Komen: 7
Ketua Polis Pontianak Utara, Hery Purnomo dipecat selepas dua tahanan meloloskan diri dari lokap dengan menggunakan senduk.

Lapor Kompas.com, jurucakap polis, Leo Joko memaklumkan, dua tahanan tersebut yang dikenali sebagai Faisal dan Meki ditahan dalam lokap di Balai Polis Pontianak Utara.

Katanya, kedua-dua tahanan tersebut meloloskan diri dengan mengorek dinding lokap menggunakan senduk yang sudah ditajamkan.


ANGGOTA polis menunjukkan lubang yang dibuat oleh dua tahanan menggunakan senduk bagi melarikan diri di Pontianak Utara, Kalimantan Tengah, Indonesia. - AGENSI

Namun, polis tidak menyatakan jenis senduk yang digunakan oleh kedua-dua tahanan tersebut bagi melarikan diri.

Seorang daripada tahanan berpura-pura mengaji untuk mengaburi mata anggota polis yang berkawal, manakala seorang lagi mula mengorek dinding lokap.

Selepas dinding berlubang, kedua-dua tahanan meloloskan diri. Lubangnya tidak cukup besar, namun mereka masih dapat melarikan diri, katanya.

Leo turut mengakui bahawa bangunan balai polis tersebut sudah usang, namun masih selamat digunakan.

Namun, selepas 12 jam melarikan diri, kedua-dua tahanan tersebut berjaya dikesan dan ditangkap semula.

Jelas Leo, mereka di tangkap di dua lokasi berbeza iaitu Faisal ditahan ketika dalam perjalanan ke Sambas, manakala Meki ditahan di rumah keluarganya.


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kluangman 24-2-2021 10:43 AM
Yang patut kena cari kontraktor bangunan tu sebab buat dinding tak berkualiti bukannya ketua balai. Tapi nak cari macam mana sebab bangunan dah lama.

Lain-lain Komen

Quote orion_pax 23-2-2021 11:33 AM
Shawshank redemption punya style..
Quote MissVixen 23-2-2021 11:34 AM
Dah macam filem.
Quote user.name 23-2-2021 03:08 PM
Quote tagas 23-2-2021 08:09 PM
Escape from alcatraz
Quote Punat_button 23-2-2021 08:51 PM
jangan lupa indon panggil sudu tu senduk ya

Quote notM 23-2-2021 09:02 PM
Lari pergi jumpa keluarga...dah kenapa.
Quote kluangman 24-2-2021 10:43 AM
Yang patut kena cari kontraktor bangunan tu sebab buat dinding tak berkualiti bukannya ketua balai. Tapi nak cari macam mana sebab bangunan dah lama.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top