Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jijik, Lelaki Ludah Adunan Roti Sebelum Dibakar Dan Diberi Pada Tetamu

23-2-2021 10:56 AM Komen: 2
New Delhi: Tindakan seorang lelaki meludah di dalam adunan roti mengundang padah apabila dia ditahan polis di Meerut, Uttar Pradesh, Ahad lalu.

Gulf News melaporkan, lelaki itu ditahan selepas video perbuatannya itu tersebar di internet yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Rakaman berkenaan menunjukkan Sohail meludah ke dalam adunan roti yang siap diuli sebelum dibakar dan dihidangkan di sebuah majlis perkahwinan.

Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial.



Menurut Ketua Hindu Jagran Manch, Sachin Sirohi, Sohail ditahan pihak berkuasa dan dituduh menyebarkan koronavirus.

Jurucakap polis berkata, dia akan menjalani ujian Covid-19 dan tindakan lanjut akan diambil selepas laporan penuh diperoleh.

Di dalam video yang tular, Sohail dilihat akan meludah setiap roti yang siap diuli sebelum diletakkan di dalam pembakar.

Selepas itu dia akan menghantarnya sebagai hidangan kepada tetamu.

Video itu mengundang reaksi marah netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar dan pelakunya perlu dikenakan tindakan tegas.-CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Belibis 23-2-2021 11:35 AM
Sohai ..sohai..apa nak jadii..{:cryrun

Lain-lain Komen

Quote Zazama 23-2-2021 11:17 AM
Harapnya.. Aritu bangsa tuuut dok ludah ke dorian... Ni diikuti bangsa tuuuuuuut dok ludah ke roti. Harapnya jgnlah bangsa kita mengikut pulak. Tak berkat..
Quote Belibis 23-2-2021 11:35 AM
Sohai ..sohai..apa nak jadii..{:cryrun

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top