Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ambil Kesempatan Jual Vaksin Percuma Pada Harga RM18,860

23-2-2021 10:17 AM Komen: 2
Ketika orang ramai bersedia untuk menerima vaksin Covid-19, terdapat pihak yang mengambil kesempatan menawarkan vaksin dengan harga tinggi walaupun ia sebenarnya diberi secara percuma.

Dalam kejadian di West Midlands, polis mengenal pasti individu yang menipu mangsa terdesak untuk mendapatkan vaksin dengan harga tinggi.


Gambar hiasan/Genetic Engineering and Biotechnology News

Mirror melaporkan sindiket itu menyasarkan golongan terdesak untuk mendapatkan vaksin segera yang disediakan percuma oleh Jabatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Setakat ini, sebanyak 26 laporan sudah diterima membabitkan sejumlah wang selepas mangsa menerima jemputan untuk mendapatkan vaksin pada awal tahun ini.

Ada yang menyerahkan 3,500 pound (kira-kira RM18,860) untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.

Sindiket itu akan menghubungi mangsa menerusi panggilan telefon, e-mel dan pesanan ringkas sebelum menawarkan suntikan berkenaan.

Susulan itu, polis mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik terbabit kerana vaksin Covid-19 hanya disediakan oleh NHS dan ia adalah percuma.

Berita mengenai perkara itu dilaporkan selepas Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan bahawa setiap orang dewasa di United Kingdom akan diberi vaksin pada 31 Julai.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Supersirap 23-2-2021 01:13 PM
Mahal benar harganya

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 23-2-2021 10:41 AM
Harap2 takde yg tertipu la
Quote Supersirap 23-2-2021 01:13 PM
Mahal benar harganya

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top