Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

'Pelajaran Tetap Penting' - Pernah Buat 2 Kerja Sambil Belajar, Kini Untung RM40k Sebulan

23-2-2021 10:03 AM Komen: 8
Jangan pandang sebelah mata! Bermula dengan pekerjaan sebagai juruwang atau cashier di pusat beli-belah, seorang pemuda kini bergelar usahawan.


Transfromasi Aidil mencuba pelbagai kerja sambil belajar dari menjadi tukang isi minyak (kanan), berniaga (tengah) sehingga memperoleh jualan bulanan puluhan ribu ringgit.

Transformasi anak muda itu dikongsi menerusi sebuah video di laman TikTok.

Pemuda berkenaan, Aidil Idzham Riza berkata, dia bekerja sebagai juruwang selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama setahun sebelum menyambung pengajian dalam jurusan Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM), Kuala Lumpur pada 2016.

Anak muda berusia 24 tahun itu memberitahu, dia turut berpengalaman berkhidmat dalam khidmat pelanggan di pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur secara sambilan.


(kiri) Aidil ketika bekerja sambilan sebagai juruwang di pusat beli-belah dan (kanan) sebagai jurujual di butik pakaian.

"Sebagai pelajar, saya menumpukan pengajian di kelas sebelah pagi dan bekerja sambilan sebagai tukang isi minyak di sebuah stesen minyak di sebelah petang.

"Malam pula saya ajar kelas tuisyen bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah untuk murid sekolah rendah, pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Aidil, katanya, ramai mempersoalkan bagaimana dia membahagikan masa sedangkan melakukan tiga kerja dalam sehari.

"Cara saya adalah memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas. Bila saya fokus di kelas, jadi tak perlu menghabiskan banyak masa dengan mengulangkaji pelajaran.

"Saya tetap study, tapi paling lama pun kira-kira 45 minit selepas saya pulang mengajar pada waktu malam sebab penat bekerja. Sebab itulah saya lebih pentingkan fokus di kelas," ujarnya yang berasal dari Balakong, Selangor.


Berpengalaman sebagai guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Menamatkan pengajian dalam TESL pada 2018, anak kedua daripada lima beradik itu bagaimanapun tidak menghadiri majlis konvokesyen gara-gara kecewa apabila tidak memperoleh keputusan dengan pencapaian anugerah dekan untuk keseluruhan enam semester.

"Saya hanya memperoleh pencapaian dekan iaitu dengan pointer 3.6 ke atas untuk lima semester, manakala satu semester lagi hampir cukup pointer untuk dapat anugerah dekan tu.

"Itu yang membuatkan saya frust sangat sehingga ambil keputusan untuk tak datang ke majlis konvo. Walaupun kecewa, itu tidak bermakna saya sudah berputus asa," katanya sambil menambah turut berpengalaman menjadi guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Buktinya, Aidil yang juga berpengalaman menjadi jurujual di sebuah butik pakaian kemudian menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor pada 2019.


Aidil ketika membuat penghantaran bagi produk yang dijualnya.

Walaupun berpengalaman melakukan pelbagai kerja sepenuh masa dan sambilan sebelum ini, namun pandemik Covid-19 ternyata memberi impak yang cukup besar dalam dirinya.

"Saya cari macam-macam kerja walaupun part time untuk cari duit poket, tapi susah nak dapat sebab pandemik selain PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada tahun lepas.

"Jadi, saya mulakan bisnes kecil-kecilan dengan menjual air minuman berkarbonat sepanjang bulan puasa sebelum menjual cookies (biskut) bersalut coklat selepas Hari Raya.

"Alhamdulillah, bermula dengan hanya pendapatan RM1,500 sebulan, saya kini boleh meraih jualan bulanan mencecah RM40,000," katanya sambil menambah dia turut membuka peluang perniagaan kepada 96 ejen di bawahnya.


Semasa berniaga cookies bersalut coklat.

Sehubungan itu, Aidil berkata, tiada masalah sekiranya anak muda mahu bekerja sambil belajar sepertinya tetapi perlu mengutamakan pendidikan.

"Apa pun yang kita buat, pendidikan tetap penting. Kita mungkin pernah frust dalam kehidupan, tapi jangan sesekali berputus asa.



"Di atas kekecewaan dulu, saya kini meneruskan misi untuk memperoleh Dekan bagi keseluruhan semester dan Alhamdulillah saya kini telah mencapai Dekan bagi empat semester berturut-turut," katanya.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote slyfynx 23-2-2021 02:14 PM
Urang Malaysia, mesti main dengan nombor.
BTW, x perlu mention nombor pun still boleh tunjukkan kejayaan.

Tahniah atas usaha anda dik oi.
But i is sedikit allergic kalau nmpk istilah ejen ni.
Hrp2 jgn diperkotak katikkan ejen untuk habiskan stok di HQ ye.

Lain-lain Komen

Quote c===8 23-2-2021 10:11 AM
senyap2 udah la dik, kang lhdn cari trus merengek salahkan org lain
Quote Tinot7 23-2-2021 10:33 AM
Untung 40k ka jualan 40k?
Quote orion_pax 23-2-2021 10:40 AM
Tahniah la dekk..tapi adek kena tahu jugak yang LHDN tu ada section yang tugas dorang belek2 majalah artis, stalk facebook n instagram..senang nak ambush tauuuu..
Quote annehuda 23-2-2021 10:44 AM
"Alhamdulillah, bermula dengan hanya pendapatan RM1,500 sebulan, saya kini boleh meraih jualan bulanan mencecah RM40,000," katanya sambil menambah dia turut membuka peluang perniagaan kepada 96 ejen di bawahnya.


dpt rm40k tu sebab jual kat ejen pastu pandai2lah ejen ko nak jual camne ke?
Quote rookiecake 23-2-2021 11:19 AM
Syabas dik. Rasanya mesej nak disampaikan ialah pentingnya pendidikan. Usaha tangga kejayaan. Rasa jualan 40K bukan profit. Semoga berlimpah rezeki.
Quote virgo19 23-2-2021 11:25 AM
Tajuk untung 40k, tapi isi kandungan cakap sales 40k. Baru nak kagum..
Quote LadyCarefree 23-2-2021 01:55 PM
Baguslah xjual produk timbang kilo
Quote slyfynx 23-2-2021 02:14 PM
Urang Malaysia, mesti main dengan nombor.
BTW, x perlu mention nombor pun still boleh tunjukkan kejayaan.

Tahniah atas usaha anda dik oi.
But i is sedikit allergic kalau nmpk istilah ejen ni.
Hrp2 jgn diperkotak katikkan ejen untuk habiskan stok di HQ ye.

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top