Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pasport Vaksin Covid-19 dibangunkan, penerima suntikan akan diberikan dokumen - KKM

22-2-2021 04:47 PM Komen: 155



PUTRAJAYA: Mana-mana individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 akan diberikan dokumen secara fizikal iaitu pasport vaksin atau dipamerkan melalui aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara itu sedang diperhalusi kerajaan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) termasuk menilai kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama negara-negara lain bagi pembangunan pasport vaksin Covid-19. 

Kalau ikut perancangan, kita perlu lihat bagaimana negara-negara lain boleh bekerjasama untuk membangunkan pasport vaksin tersebut terutama sekali apabila kita ke luar negara.

Ketika ini, jika ke Arab Saudi pun perlu ada Yellow Book (maklumat suntikan vaksin), oleh itu kita akan cuba berunding dengan negara-negara lain bagaimana kita boleh selaraskan mengenai pasport vaksin ini  di peringkat antarabangsa, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena acara ketibaan bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diadakan secara maya.

Sidang akhbar terbabit turut disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. 

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, beliau turut mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya di Singapura sebelum ini untuk membuat perakuan bersama atau peringkat serantau supaya satu sijil vaksinasi universal boleh dilaksanakan.

Menurut beliau,  pada masa ini proses vaksinasi sedang berjalan, dan tindakan susulan akan dilakukan yang mana menetapkan beberapa syarat itu kepada mereka yang menggunakan lapangan terbang negara di samping pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) .

Begitu juga bila sampai negara lain mereka (pengembara) mungkin tidak tertakluk dengan kuarantin lagi. 

Jadi ini antara perkara yang akan dilihat sekali gus menghidupkan semula sektor penerbangan di Malaysia selain kawasan serantau juga, katanya. 



Sumber -UTUSAN ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 153
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 25-2-2021 10:47 AM
limesherbet replied at 22-2-2021 10:28 PM
i dah berbulan tak scan mysejahtera. acah2 bukak app je tapi tak tekan. no more sharing info to th ...

info apa sangat yang u share kat mysejahtera tu?
gomen kalau nak info, pi je la jpn..
kejadah nak tunggu orang scan mysejahtera..
halah.. halah.. terserlah kebijaksanaan

Lain-lain Komen

Quote Mulotkoyak 22-2-2021 04:55 PM
Just nak tny...Jikalau tourist yg dtg msia ni x suntik vaksin nk trace cmne plak diorg nk masok mall bagai. Nnt rkyt sendiri yg duk luar kedai sbb xsuntik. Bangsa asing or pati bole plak bermaharajalela kesana sinun masok mall bagai. Mohon pencerahan.
Quote jazaa100 22-2-2021 05:07 PM
lahaiiiii.....

bermakna memang kena suntik lah iya....
klu tak nanti tak blh rentas negeri, negara etc
Quote salmon-suki 22-2-2021 05:11 PM
Ada y circulate psl passport vaksin ni before this..mmg konspirasi kah..siap dgn month n year lg..urmmm..
Quote kucingitam 22-2-2021 05:15 PM
jazaa100 replied at 22-2-2021 05:07 PM
lahaiiiii.....

bermakna memang kena suntik lah iya....

untuk rentas negara je rasanya. logiclah sebab taknak org bawa penyakit masuk negara tu, kan.

Quote kakikuDibibirmu 22-2-2021 05:20 PM
selamat menyambut covid21







Siapa tak suntik, tak boleh pergi haji dekat Mekah
Quote addved 22-2-2021 05:21 PM
For those yang tak boleh amik vaksin because of health reasons, pregnant or breastfeeding macam mana pulak?
Quote prettyuglybabe 22-2-2021 05:34 PM
kucing dengan anjing vaksin pun ada dokumen..
siap tampal no siri vaksin lagi..
i support je kalau gomen wajibkan kena ada document vaksin..
tapi make sure document tu tak boleh kena copy oleh antivaxx..
sapa tak vaksin, tak dibenarkan keluar negeri/negara..
duduk la kau mereput dalam daerah saja..
Quote AbukRokok 22-2-2021 05:36 PM
jazaa100 replied at 22-2-2021 05:07 PM
lahaiiiii.....

bermakna memang kena suntik lah iya....

boleh je..before this i rentas negeri..pandai2 lah

Quote hungryhenry 22-2-2021 05:43 PM
salmon-suki replied at 22-2-2021 05:11 PM
Ada y circulate psl passport vaksin ni before this..mmg konspirasi kah..siap dgn month n year lg..ur ...

Betul2 following timeline chuolsss. Kalendar siap ada Predict kobid21
Quote rookiecake 22-2-2021 05:45 PM
addved replied at 22-2-2021 05:21 PM
For those yang tak boleh amik vaksin because of health reasons, pregnant or breastfeeding macam mana ...

Yang tak boleh ambil vaksin sebab alasan ada allergy, mengadung atas masih breastfeeding dikecualikan. Yang alasan based on conspiracy theories jawab sendiri. Ramai doktor yang mengandung di US dan UK sudah ambik vaksin Pfizer.
Quote rookiecake 22-2-2021 05:46 PM
kakikuDibibirmu replied at 22-2-2021 05:20 PM
selamat menyambut covid21



Tolong la, stop reposting benda yang sama... not based on facts langsung!
Quote CiliPadiSedap 22-2-2021 06:23 PM
habislah sista vokuru jadi hantu kopek
Quote tumpanglalu74 22-2-2021 06:33 PM
IMG_20210222_183034.jpg
Quote salmon-suki 22-2-2021 06:34 PM
hungryhenry replied at 22-2-2021 05:43 PM
Betul2 following timeline chuolsss. Kalendar siap ada Predict kobid21

Aah..maybe mmg ada relation tp kalau mikrocip dlm vaksin,ai xpercaya..hihihi~

Ai baru je cdg xnk amek vaksin ni sbb terlalu singkt dorg siapkn vaksin,dgn actual origin covid pn dorg xtaw drpd mana,dgn covid ni selalu mutate..ai xpercaya dgn bnde2 vague..unless dorg betul2 komfem semua bnde tu,baru ai akan yakin..tp ni..hmmm..

Dh plak kne ada passport vaksin kalau nk travel .maybe had to succumb jgk laa..
Quote noor2 22-2-2021 06:35 PM
Nanti nk masuk mana2 premis...tempat...mall yg tiada rekod vaksin x kan dibenarkan dan dipandang serong...x caya tengokla nanti
Quote Tinot7 22-2-2021 06:35 PM
Org teori konspirasi habiaq la... ketatutan...

Tapi bkn ke ada je doktor yg akan sorok depa ni? Konon bg beksin tapi nan hadoo?
Quote tumpanglalu74 22-2-2021 06:42 PM
rookiecake replied at 22-2-2021 05:46 PM
Tolong la, stop reposting benda yang sama... not based on facts langsung!

IMG_20210222_184004.jpg
Quote hungryhenry 22-2-2021 06:42 PM
salmon-suki replied at 22-2-2021 06:34 PM
Aah..maybe mmg ada relation tp kalau mikrocip dlm vaksin,ai xpercaya..hihihi~

Ai baru je cdg xn ...

Ye la sis jujurin ai pun skeptik nak amek. I bukan pro choice or anti vac tapi mmg skeptik betul. Kalau dpt kobid vs vaccinated, better get infected kot hahaa. Dah mcm dokter roland Sky clinic plak
Quote airfilterkotor 22-2-2021 06:49 PM
Mulotkoyak replied at 22-2-2021 04:55 PM
Just nak tny...Jikalau tourist yg dtg msia ni x suntik vaksin nk trace cmne plak diorg nk masok mall ...

Dia takkan lepas masuk mesia... begitu juga oang mesia nak masuk negara lain.

Lihat semua komen(155)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top