Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Bagi BFF Hadiah Gelang Emas RM11,000, Sorok Dalam Shell Out

22-2-2021 03:24 PM Komen: 18
Bagi sesetengah individu, nilai sebuah persahabatan terlalu mahal dan tidak dapat ditukar ganti.

Justeru, ada yang tidak kisah untuk membelanjakan wang yang banyak demi sahabat sejati bagi menghargai kehadiran mereka di kala susah mahupun senang.

Begitu jugalah dengan wanita ini yang menghadiahkan sahabat baiknya seutas rantai tangan emas sempena hari bahagia insan tersebut.

Bukan calang-calang harganya, rantai emas tersebut benilai kira-kira RM11,000!


Kredit foto: mstar


Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Attyra Saari membuat kejutan dengan menyembunyikan rantai tangan yang sudah dibungkus kemas dalam plastik itu di bawah timbunan hidangan 'shell out' (timbunan makanan laut).

Sebaik sahaja membuka bungkusan kecil yang ditemuinya di celah-celah makanan laut tersebut, jelas kelihatan reaksi teruja dan gembira sahabat baik kepada Attyra itu.



Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Attyra yang juga seorang usahawan minuman kesihatan berkata, rantai tangan emas tersebut adalah hadiah perkahwinan buat sahabat baiknya, Natrah Ramle yang baru mendirikan rumah tangga pada awal bulan lalu.

Bercerita mengenai kejutan yang dilakukannya, Attyra berkata rancangan tersebut 'dijayakan' bersama beberapa sahabat lain dengan teliti agar tidak terkantoi.

"Ketika itu kami buat makan-makan... bila dah siap masak, seorang lagi sahabat saya bawa Natrah keluar dari dapur sementara saya sorok rantai tangan tu di bawah timbunan 'shell out'.

"Dia memang tak syak langsung. Yang jadi masalahnya, hampir sejam juga saya rakam sebab dia masih tak jumpa bungkusan rantai tangan yang saya sorok sebab dia hanya usik seafood dekat tepi-tepi... saya pula sorok dekat bahagian tengah.



Kredit foto: mstar

"Saya tak makan sebab alergi seafood jadi memang banyak merakam. Itu pun dia tak syak sebab saya memang suka ambil gambar dan video.

"Sampai saya kena gertak dia suruh makan sampai habis, kalau tidak tak boleh balik. Dia pula balas 'kalau tak habis, boleh tapau'. Masa tu risau dah takut kejutan tak menjadi, hinggalah akhirnya dia terjumpa juga bungkusan tu," kata wanita berusia 29 tahun ini.

Cerita Attyra, pada mulanya sahabatnya itu spontan mencampakkan bungkusan tersebut yang disangka benda asing 'tersesat' dalam makanan laut yang lain.

"Bila buka, dia terjerit dan terperanjat sebab tengok ada rantai tangan emas... terus dia cakap dah kenyang," ceritanya mengimbas detik lucu ketika itu.

Bercerita lebih lanjut Attyra berkata dia dan Natrah sudah bersahabat sejak 18 tahun yang lalu iaitu ketika sama-sama menuntut di sekolah menengah.

Katanya, sepanjang persahabatan mereka, Natrah yang sudah dianggap seperti kakak sendiri setia berada di sisinya ketika senang mahupun susah.

Kredit foto: mstar

"Saya ingat lagi masa saya susah sewaktu mula berniaga dulu, dia beri gelang emas miliknya untuk digadai. Dia kata 'aku nak tolong tak ada duit, gelang je ada'.

"Dalam pada dia pun susah, tapi dia sanggup berkorban untuk saya. Hampir setahun kemudian baru dapat tebus semula gelang tu. Itu yang saya ingat sampai sekarang.

"Sebab itu bagi saya, hadiah itu tak seberapa jika nak dibandingkan dengan pengorbanan dan kesetiaannya. Dia sentiasa ada... kalau ada masalah, memang saya cari dia dulu," ceritanya mengenai keakraban hubungan mereka berdua.

"Saya memang sangat menghargai persahabatan. Kalau nak menghargai sahabat tak perlu dengan kemewahan pun tapi kalau mampu, apa salahnya," tambahnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote downiey 24-2-2021 06:49 PM
geli plak tgk tgn tgh ktor g pgg gelang n acu kt lengan.

Lain-lain Komen

Quote Kurex 22-2-2021 03:32 PM
Tak semua orang sesuai lukis kening tebal2
Quote mamajawie 22-2-2021 03:38 PM
benda cmni pun nak buat content ke?siap ada benang lagi so bohsannnn
Quote sharlenetexas 22-2-2021 04:01 PM
Kurex replied at 22-2-2021 03:32 PM
Tak semua orang sesuai lukis kening tebal2

Lagi suka kening lebat brooke shields sebab nampak natural. Kening lukis trbal ni nmpk mcm sinchan.
Quote salmon-suki 22-2-2021 04:09 PM
Skrg ni mmg fad bg brg kemas n hdiah mahal2 kt so-called bff ke?pastu rekod n viral nak tnjuk ati y kununnyaa suchi murni seperti minyak seri murni? Manusia zmn skrg,dah dilatih utk jd humblebrag yee..kekeke~{:smile
Quote little_sis 22-2-2021 04:14 PM
Skrg musim2 org bg hadiah mahal2 kat kawan/bff2 eh... Kayo..
Quote saviour_09 22-2-2021 04:17 PM
memang trend founder skrg eh hadiah gempak2 kasi viral?

Quote prettyuglybabe 22-2-2021 04:49 PM
bisnes timbang kilo nak expect apa marketingnya..
geli tangan berlemuih pastu pegang gelang..
padahal gelang dia pakai lagi lebar dari gelang dapat tu..
Quote addved 22-2-2021 05:13 PM
Of course trend sekarang kena menunjuk kan
Quote Boomibulat 22-2-2021 05:44 PM
Ape product diorang ni..mesti kena ckp dulu x de duit langsaung
Quote doubleA 22-2-2021 05:56 PM
Minuman kesihatan? Another produk timbang kilo dan cheap publicity + free marketing. Kesiannya malaysia banyak sangat produk sampah so-called kesihatan. Lepas tu brag kaya sebagai modal bisnes berjaya
Quote Tinot7 22-2-2021 07:31 PM
Dia jual produk apa ni?
Quote evlinne 22-2-2021 07:44 PM
sharlenetexas replied at 22-2-2021 04:01 PM
Lagi suka kening lebat brooke shields sebab nampak natural. Kening lukis trbal ni nmpk mcm sinchan ...

Masalahnya brooke shields mmg lawa wlpun kening dia lebat
Sheols masa muda2 cantik sgt
Dah la grad ivy league, beauty w brain gaytoooohh
Cara delevigne who?
Brooke shields is the real bushy eyebrows trendsederrrrrr
Quote Cyempaka 22-2-2021 10:10 PM
Nape letak dalam makanan? Yela bungkus tapi aku tetap rasa geli. Makanan la.. nape letak benda bukan2.. letak la kat lain
Quote Normabaru 22-2-2021 10:21 PM
11k mcm tu? Hmm..emas paund ke or 916 yang dlmnya kosong?

Btw semoga viral xmembawa musibahla ye.. Memgundang sgt posting gini

Cina kaya ada lombong emas pon xkecoh nk buat viral benda2 mengundang time2 mcmni
Quote epal21 22-2-2021 11:29 PM
Tiba masanya iols iklankan diri sebagai bff untuk di hire. Untuk ponder2 yg kaya-raya sahaja.  
Quote kakakpositifker 23-2-2021 08:03 AM
prettyuglybabe: bisnes timbang kilo nak expect apa marketingnya..geli tangan berlemuih pastu pegang gelang..padahal gelang dia pakai lagi lebar dari gelang dapat tu..

Hahahahahahhahahahahahaha aah lah. Mungkin yg lagi satu ni tak tebal tapi free. Tu yang happy nauuuu. Takde duit boleh gadai
Quote bakingsoda 23-2-2021 08:49 AM
mesti ponder timbang kati kan nih?
Quote downiey 24-2-2021 06:49 PM
geli plak tgk tgn tgh ktor g pgg gelang n acu kt lengan.

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top