Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tergamak Tinggalkan Ibu Kudung Di Tepi Jalan, Anak Tak Mahu Bela

22-2-2021 01:56 PM Komen: 22
Shah Alam: Wanita warga emas yang kudung sebelah kaki ditemui bersendirian dengan kerusi roda di tepi jalan di Jalan Kebun dekat sini, semalam, dipercayai ditinggalkan ahli keluarga.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung warga emas ditinggalkan di tepi jalan dengan bekalan lampin pakai buang serta beg pakaian.

"Sebaik saja menerima maklumat itu, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor serta Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat bertindak segera turun padang pada jam 8.30 malam tadi bagi menyantuni warga emas itu.

"Hasil siasatan mendapati wanita berusia 60 tahun itu adalah asnaf fakir dan masih mempunyai keluarga.

"LZS kemudian berjaya menghubungi keluarga warga emas itu bagaimanapun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris sudi menjemputnya pulang ke rumah dengan pelbagai alasan," katanya.


Kredit foto: Harian Metro


Menurut kenyataan itu lagi, LZS terpaksa menyerahkan warga emas berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Polis bertindak menghubungi anak warga emas terbabit dan menjalankan sesi rundingan mengikut kepakaran pihak berkuasa berkenaan," katanya.

Menurutnya, anak wanita berkenaan pada awalnya bersetuju hadir ke balai polis untuk mengambil ibunya bagaimanapun sekitar jam 3 pagi tadi, individu terbabit membuat keputusan tidak boleh menjaga wanita itu lagi.

"Polis kemudian menghubungi pusat jagaan warga emas yang kemudian datang menaiki ambulans untuk membawanya ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.

"Hati mana yang tidak tersentuh apabila ibu ini masih mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Kata wanita itu 'dah lama acik (makcik) tak jumpa anak, anak acik baik orangnya'. Kami cuba menyembunyikan rasa sebak kami kepada beliau. Mungkin ada kisah keluarga yang hanya mereka mengetahuinya," katanya.

LZS memaklumkan, pihaknya menempatkan warga emas itu di pusat jagaan warga emas mengikut prosedur dengan kebenaran anaknya dan semua kos ditanggung oleh agensi berkenaan.

"Terima kasih kepada orang awam yang menyampaikan maklumat kepada kami serta Pusat Jagaan Warga Emas Baitul Mawaddah, Pusat Jagaan warga Emas SRA serta pihak Balai Polis Sri Muda yang bekerjasama dari malam hingga ke awal pagi dalam menguruskan kes ini.

"Marilah sama-sama kita doakan semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan ibu ini dapat dijaga dengan penuh kasih sayang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 22
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote monreyes 24-2-2021 12:18 AM
Punat_button replied at 23-2-2021 09:17 PM
korang yang post gud2 ni ada tak pengalaman jaga sedara sakit tua yang bedridden bertahun berak dala ...

aku mmg x berani nak mengata...mak
aku aritu bedridden kejap.. now dah ok blh duduk semula atas kerusi roda.. mmg x boleh tinggal. Kena ada orang 24/7..i can understand those yg x manpu duduk rumah n terpaksa keje cari nafkah.. mana2 yg mampu ambik org gaji pun ramai cabut lari

Lain-lain Komen

Quote shernazz 22-2-2021 02:24 PM
Anaknya tu sebenarnya boleh je ke jkm..
Serah ke rumah warga tua dengan elok..
Merata ada..under jkm
Depa ada syaratnya janji bukan sakit mental lah
Quote asamfish 22-2-2021 02:40 PM
Nak dgr cerita si anak2 terlebih dahulu
Quote Artemesiaa 22-2-2021 02:49 PM
Thread dah ada
Quote batu kikir 22-2-2021 02:51 PM
Wahai anak.............
Nerakalah tempatmu kelak,
Itu adalah tempat yang sebaik-baiknya untukmu.....

WAHAI ANAK DERHAKA!!!!
Quote allshares 22-2-2021 02:53 PM
Hantar la kt rumah org tua, nape tinggal tepi jln? Tak paham betul, kalau pun mak ko penah buat jahat kt ko, ade hati perut sikit la hantar it tmpt yg selamat.

Kt tmpt iols dulu b4 covid, ade la pakcik2 ni deorg selalu tido surau area rumah iols, kalau kete lalu deorg akan mintak tumpang, ade la 3x juga tumpangkan, 1st tumpang ok la biasa je salah sorg pakcik tu cite anak2 x peduli dia. Msk kali ke3 tumpang, pakcik tu dah pandai minta duit, demand nk RM 50 lagi, so kalau dgn org luar pun dia minta2, uols rasa dgn anak sendiri mcm mana? So there is always 2 sides of the stories, jadi iols sangsi betul ke saje2 anak2 buang dia? Tu last la iols bagi tumpang, sbb iols tak suka lyn org yg suka meminta2, iols prefer bagi bantuan kt saluran yg betul contoh mcm NGO ke ape.
Quote minguk 22-2-2021 03:22 PM
cerita mak je.. cerita anak mana?
Quote hareeeesah 22-2-2021 04:32 PM
Tapi jkm dengan polis pun bukan betul sangat. Dia tolak kat dia masing-masing malas buat kerja. Tu yang boleh jadi punca kes macam ni
Quote matchstick 22-2-2021 07:35 PM
Ritu kes tinggal Pak sedara kt surau sbb tak mampu nk jaga..skrg tinggal mak pulak tepi jalan..mmg trend ke zaman skrg kalu ada ahli keluarga yg tak dikehendaki boleh buang je mana2 mcm buang kucing. Untung2 jkm dan lembaga zakat kutip.
Quote notM 22-2-2021 07:52 PM
Kadang2 orang tua ni banyak drama
Quote angelofish 22-2-2021 08:02 PM
kadang mak ayah ni suka bagi nenek bela anak.bila dah tua tak larat.anak anak pon meluat.
Quote amone 22-2-2021 08:06 PM
adehhhh...sampai hatimu anak buat ibumu smpi macamtu sekali...  tergamak tui ya... kita ni yg kucing pun sayang nak buang... ini kan pula org yg melahirkan kamu... emm tanggungler akibatnya nnt anak durhakaaaaa
Quote dudaberhias 22-2-2021 08:13 PM
allshares replied at 22-2-2021 02:53 PM
Hantar la kt rumah org tua, nape tinggal tepi jln? Tak paham betul, kalau pun mak ko penah buat jaha ...

thank you share pengalaman kaka...
oh yess sering sekali iols dengar cerita macamni...
memang ada 2 cerita dari dua belah pihak...

satu lagi cerita ada makcik ni kena buang anak2... lepastu dia burukkan la anak2 dia rupanya satu taman tahu dia tu kerja mencuri... bukan takde duit tapi habit tangan tu tak di lepuk tampar or libas dari kecik la kot suka mencuri, suka ambil pokok bunga orang... benda bodoh2 yang tak datangkan manfaat pun di curinya macam tong sampah etc...


adehhh dah tua2 ni memang susah betul la nak didik dah atau bentuk balik... sebabtu budak2 ni elok lepuk je masa kecik jangan di bagi muka sangat...
Quote allshares 22-2-2021 09:33 PM
dudaberhias replied at 22-2-2021 08:13 PM
thank you share pengalaman kaka...
oh yess sering sekali iols dengar cerita macamni...
memang ad ...

Bawa malu kt anak2 je, pakej kutuk anak lagi tu
Quote dudaberhias 22-2-2021 09:37 PM
allshares replied at 22-2-2021 09:33 PM
Bawa malu kt anak2 je, pakej kutuk anak lagi tu

ha'ah tu la... rasanya makcik tu sekarang dah duduk rumah anak balik...
tapi habit mencuri tak hilang2 lagi...

urmm kena tebalkan muka la anak2nya
orang tua macamni memang orang kata susah la nak berubah, nak bentuk balik pun dah tak boleh...
reda je lah gittewww
Quote Cassieopeia 22-2-2021 10:11 PM
Apepun hantar la kat tempat sepatutnya.. ni dhla tgh mlm, tinggal gitu je
Quote mawar_mustika 23-2-2021 10:27 AM
arwah nenek i pun dlu camtulh jugak...habis kt setiap jiran kiteorg ckp anak2 xnk jaga die...nasib baiklh dpt jiran yg baik...so diorg memahami perangai org tua..dgr jelh die duk mengeluh...pernah dia sruh ayah i hntr die ke rmh org2 tua...byk kali die paksa...last2 die nk msk pondok belajar utk org2 tua kt kelantan dgn cousin dia...my dad & arwah my mom pergilh hantar...seminggu lps tu cousin die call sruh mai ambk huhuhuhu
Quote iresju 23-2-2021 12:30 PM
Bukan baby je kene buang kt tepi jln/surau. Sekarang org tua pun kene buang gak. Jgn lepas ni jumpe dlm tong sampah dh la
Quote monreyes 23-2-2021 06:12 PM
Edited by monreyes at 23-2-2021 06:18 PM

kalau dah x mampu jaga dirumah, uruskan lah baik2...
kalau tinggal merata macam tu, in the end dorang akan dapat kesan jugak  waris...
dosa dapat..malu pun dapat...
arwah nenek aku sebelah ayah, bertahun2 bedridden...
tapi kat umah tu ada ada anak dia, cucu, cicit...ramai yg tengokkan...



Quote Punat_button 23-2-2021 09:17 PM
korang yang post gud2 ni ada tak pengalaman jaga sedara sakit tua yang bedridden bertahun berak dalam pampers?

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top