Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Syahmi Sazli Hadiahkan Motor Y15 Kepada Yoe Dan Bedul

22-2-2021 12:50 PM| Komen: 2

Penerbit, pelakon dan Youtuber popular, Syahmi Sazli melakukan kejutan apabila menghadiahkan motosikal jenis Y15 kepada dua pelakonnya iaitu Yoe Parey dan Bedul.

Syahmi, 26, yang menerbitkan filem Mael Totey The Movie (MTTM) berkata, pemberian ini adalah sebagai tanda terima kasih buat mereka yang sering terbabit dengan produksinya.

"Hadiah ini pun diberikan kerana mereka selalu minta motosikal Y15. Kedua-duanya, Yoe dan Bedul berhajat sangat nak beli motosikal jenis ini. Jadi, saya pun tunaikan sebagai hadiah tahun baharu.

"Manakala Asif pula, sebenarnya dah belikan juga motosikal baharu. Tapi, disebabkan dia tak pandai naik motor, maka saya hadiahkannya barangan  kelengkapan rumah.

"Saya hadiahkan dia penyaman udara dan set kelengkapan rumah termasuk televisyen serta membuat sedikit ubahsuai rumahnya. Tujuannya, saya memang nak bagi mereka gembira," katanya kepada Harian Metro.



Difahamkan harga untuk sebuah motosikal Y15 ialah RM11,000.

Terdahulu, Syahmi menghadiahkan basikal buat pelakon veteran, Pok Tar yang kini ditampilkan dalam dramanya di saluran YouTube.

Terdahulu, Syahmi berjaya mencatat sejarah apabila filem MTTM, memegang rekod 'box office' di Astro First dengan kutipan sebanyak RM6.4 juta.

Dalam pada itu, Syahmi juga memaklumkan dia akan tampil dengan projek filem terbaharu sekitar penghujung tahun ini.


Kredit foto: IG


"Saya bercadang nak tayangkan pada Oktober atau November nanti. Kalau tak sempat hujung tahun ini, tayangannyqa mungkin dibuat pada awal 2022.

"Filem ini bergenre aksi komedi. 'Materialnya' belum lengkap dan cuma ada idea. Saya pun tak kembangkan lagi jalan ceritanya ke arah macam mana.

"Bagaimanapu, insya-Allah jika ada rezeki penggambaran dirancang akan dibuat pada sekitaru Julai atau Ogos akan datang," katanya.


Kredit foto: IG

Syahmi berkata, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang dimanfaatkannya dengan menambah ilmu penerbitan secara maya dengan sebuah produksi tempatan.

"Saya beli perisian yang mengandungi kelas menulis skrip, arahan, suntingan dan pelbagai lagi. Apapun, saya tak berani janji apa kelainan yang akan ditampilkan nanti dalam filem terbaharu itu.

"Saya masih lagi giat belajar. Namun, apa yang pastinya karya itu akan ada kelainan dari naskhah MTTM," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 2
Komen

Previous : Isteri Shuk Minta Netizen Faham Nasib Isteri Sepertinya

Next       : Masalah Dengan Aidil Zafuan Tak Akan Selesai, Ada Yang Insecure Dengan Janda Hot Macam Rita Rudaini

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-2-2021 02:36 AM
cepatnya gemuk yoe... sebab pkp ke...
tahniah...

Lain-lain Komen

Quote Perawankota 23-2-2021 02:30 AM
Berapa lah payment dia byr kat dorg
Quote dudaberhias 23-2-2021 02:36 AM
cepatnya gemuk yoe... sebab pkp ke...
tahniah...

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top