Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Setiausaha DHPP Letak Jawatan Sebab 'PAS Dah Tak Mesra Bukan Muslim'

22-2-2021 09:27 AM Komen: 2
Setiausaha kebangsaan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) S Barathidasan mengumumkan meninggalkan parti dan melepaskan semua jawatan yang disandang dalam dewan berkenaan.

Ini selepas dia mendakwa menghadapi kesulitan membawa suara bukan Muslim melalui platform itu.



"Dengan rasa rendah diri saya memohon melepaskan semua jawatan yang disandang dalam DHPP.

"Tujuan peletakan jawatan ini adalah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan dalam DHPP dan isu-isu yang berterusan berlaku sehingga saya tidak dapat membawa suara rakyat bukan Muslim khususnya masyarakat kaum India," katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, dia telah menghantar surat letak jawatan bertarikh 22 Disember 2020 yang diserah pada 30hb Disember 2020 kepada Setiausaha Agung PAS Pusat.

"Memandangkan pandemik Covid-19 yang makin berterusan sehingga banyak mesyuarakat DHPP pusat terpaksa ditunda.

"Maka DHPP PAS Pusat mengadakan mesyuarat dewan hariannya pada 21hb Februari 2021 dan menerima keputusan saya untuk melepaskan semua jawatan," katanya.

Selain setiausaha, Barathidasan turut menyandang Urusetia DHPP Pusat, Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Pengarah Pilihan Raya DHPP Pusat, AJK Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat dan AJK BAKIP.

Dia menyertai DHPP pada tahun 2016.

Mengulas lanjut, Barathidasan mendakwa bahawa PAS tidak lagi mesra dalam isu-isu bukan Muslim.

"Walaupun parti itu kata 'PAS untuk semua', namun secara realiti sejak akhir-akhir ini parti itu jarang menyentuh isu-isu bukan Muslim.

"Malah, pusat pimpinannya tidak cuba menyelesaikan beberapa isu yang mengecewakan masyarakat bukan Melayu khususnya di Kedah," katanya.



Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh PAS menjadi tumpuan kontroversi setelah dikatakan merobohkan kuil Hindu tanpa berunding dengan kerajaan persekutuan, selain membatalkan Thaipusam sebagai cuti peristiwa.

Susulan itu, meskipun merupakan sekutu, MIC mengkritik PAS.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga pengarah pilihan raya PAS Pusat kemudian membidas MIC dan berkata pihaknya tidak memerlukan sokongan MIC.

Sementara itu, Barathidasan berkata bahawa perjuangannya demi rakyat dan negara akan diteruskan.

"Saya akan menentukan hala tuju masa depan karier politik saya dalam masa yang terdekat.

"Perjuangan saya demi rakyat dan negara belum selesai lagi, saya akan terus berkhidmat dan menyuarakan rintihan rakyat," katanya.



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote jalfa 22-2-2021 12:33 PM
Marah pasal x leh coti thaipusam ka...alaa isi borang mic

Lain-lain Komen

Quote Belibis 22-2-2021 12:28 PM
Mesra tu mesra jugakkkk.kalau dah pacak kuil suka hati mak nenek,takkan nak bagi muka lagi.ko kena paham la .jangan nak menang mamanjang.
Quote jalfa 22-2-2021 12:33 PM
Marah pasal x leh coti thaipusam ka...alaa isi borang mic

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top