Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Empat Lelaki Disiasat Kerana Mandikan Jenazah Wanita

22-2-2021 09:01 AM Komen: 25
Empat lelaki yang juga petugas bahagian forensik di Hospital Djasemen Saragih, Kota Pematangsiantar, Indonesia disiasat kerana didakwa menghina agama dengan memandikan jenazah seorang wanita pada 20 September tahun lalu.

Portal Kompas melaporkan dua daripadanya bertugas sebagai jururawat.


Gambar hiasan

Jurucakap pihak berkuasa, M Chadafi berkata, mereka tidak ditahan kerana mempunyai tugas khusus untuk menguruskan jenazah dalam tempoh pandemik Covid-19

"Kita khuatir jika tindakan menahan mereka itu nanti menyebabkan urusan di bilik forensik seperti memandikan jenazah dan sebagainya tergendala.

"Lagipun, pandemik masih belum reda lagi ketika ini," katanya.

Susulan itu, puluhan anggota Persatuan Perawat Nasional Indonesia (PPNI) hadir bertemu petugas berkenaan bagi menzahirkan tanda solidariti.

PPNI juga menawarkan khidmat guaman kepada petugas terbabit.

"Kami sebagai penegak keadilan PPNI sedia memberi bantuan guaman sehingga semuanya selesai," kata Muhammad Siban iaitu peguam dari Badan Bantuan Hukum PPNI.

Empat petugas terbabit disiasat susulan laporan dibuat oleh suami pesakit itu iaitu Fauzi Munthe.

Fauzi membuat laporan itu kerana tidak bersetuju apabila mengetahui empat petugas lelaki memandikan jenazah isterinya.

Petugas terbabit dianggap melakukan penghinaan terhadap agama kerana memandikan jenazah wanita Islam yang bukan mahram.

Prosedur pengendalian jenazah wanita itu juga dikatakan tidak menepati syariat Islam dalam melaksanakan fardu kifayah.

Sementara itu, jurucakap Polis Pematangsiantar, Edi Sukamto berkata, pihaknya mengambil keterangan pengurus Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan pengarah hospital selain memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan.

"Kami sudah mengambil keterangan dan mendapatkan penjelasan pengurus MUI berhubung tindakan dilakukan petugas terbabit.

"Kes itu dirujuk kepada Badan Kehakiman Negeri Siantar untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ketua Dewan Pengurus Wilayah (DPW PPNI) Sumut, Mahsur Al Hazkiyani berkata, jururawat di Kota Pematangsiantar tetap profesional untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa membezakan agama, jantina mahupun latar belakang.


Sumber: Harian Metro


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Jemahjemah 23-2-2021 10:54 PM
Pelik pelik je kes kat sana ye

Lain-lain Komen

Quote Redmyvi 22-2-2021 09:06 AM
Makin lama makin pelik indon ni..
Quote jazaa100 22-2-2021 09:31 AM
sian mayat.....

saat akhir pun dimalukn mcm tu....
Indon bangang
Quote sukacactus 22-2-2021 09:33 AM
Haishh apa sampai mcm ni skali!
Darurat sgt ke sampai xde org pompuan boleh buat keje tu
Quote Carcosa 22-2-2021 09:40 AM
Apa ke biol nya ni haiiiii. Dlm 4-4 ekor tu, tak sorang pun yg ada terfikir "eh wait. This is totally wrong" ke?
Adoiii lah yindonnnnn
Quote nisako 22-2-2021 09:42 AM
adoiii gilo ke indon ni?? sian mayat tu..........
Quote tikusmontok 22-2-2021 09:42 AM
bik @trisnalovezul doa banyak2 ya tak jadi gitu
Quote ellejo 22-2-2021 09:50 AM
tak paham. jenazah covid ke? kalo bukan covid takde ke pekerja wanita?


Quote Boomibulat 22-2-2021 09:51 AM
Jgn2 jenazah tersebut mcm bamjat..ingtkan pompuan rupanya lelaki..
Quote trisnalovezul 22-2-2021 10:08 AM
tikusmontok replied at 22-2-2021 09:42 AM
bik @trisnalovezul doa banyak2 ya tak jadi gitu

maksud kamu apa?
Quote Artemesiaa 22-2-2021 12:01 PM
Tak kan tak ada SOP yang mereka kena patuhi bukan hanya sekadar asal siap je
Quote Scheherazade 22-2-2021 12:03 PM
Xkan ada petugas wanita utk mandikan jenazah wanita. Mmg patut pun suami dia komplen.
Quote makadek 22-2-2021 01:27 PM
Sedap la tu korek2 dasar caprut
Quote SepupuBen10 22-2-2021 01:51 PM
Malaysia pun ada kes ni

Korang je taktau
Quote kelapaparut 22-2-2021 02:14 PM
mesti mayat tu diraba2, kne check jugak takut ade kesan air mani petugas2 tu, bhy tau
Quote user.name 22-2-2021 03:09 PM
Quote user.name 22-2-2021 03:10 PM
Quote user.name 22-2-2021 03:10 PM
Quote user.name 22-2-2021 03:11 PM
Quote user.name 22-2-2021 03:18 PM

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top