Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

“Ya Allah Macam Mimpi…”, Ustaz Ebit Lew Teruja Dapat Bertemu Sheikh Habib Ali, Diberi Suntikan Semangat

22-2-2021 06:28 AM Komen: 12


Baru-baru ini, pendakwah dermawan Ustaz Ebit Lew berpeluang bersua wajah dengan agamawan yang disegani ramai, Sheikh Habib Ali Zainal Abidin dalam satu pertemuan.

Jelasnya, pertemuan ini adalah saat yang dinanti-nantikannya selama ini. Demikianlah dua figura ini bertemu dan saling berkongsi keberkatan masing-masing.

Mari ikuti perkongsian yang dititipkan Ustaz Ebit Lew di Facebooknya di bawah ini.



Terharu sebak sangat rasa. Ya Allah macam mimpi dapat ziarah guru yang teramat mulia Syeikh Habib Ali Zainal Abidin.

Masa saya tengah bersedih beliau call saya dan beri kata semangat yang asbabnya Allah beri kekuatan. Sifat dan layanannya terasa seperti keluarga dekat. Sayang dan terlalu hormat padanya.

Dijamu makan bersama. Pohon doa dan nasihat. Habib Ali pesan buat kerja ini setiap hari betapa Nabi SAW gembira. Walau ujian besar dan penat sangat.

Tapi melihat hasilnya. Anak terbiar dapat disekolahkan dan dididik. Dapat melihat senyuman orang lain. Melihat kerja dan tanggungjawab lebih besar dan terus jangan berhenti.



Terasa rapat sangat dengan beliau. 2 jam bersama dapat banyak ilmu dan sirah Nabi SAW. Saat bersama Habib Ali terasa rindu pada Nabi SAW dan keluarga Nabi SAW.

Ya Allah satu hari nanti temukanlah kami dengan Nabi SAW, keluarga Nabi SAW dan Para Sahabah (RHUM).

Almarhum ayahanda tercinta Habib Ali Zainal Abidin baru meninggal dunia. Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus buat ayahanda beliau.

Dan terus beri kekuatan pada Habib Ali Zainal Abidin sentiasa sihat dipanjangkan usia dan keberkatan untuk terus membimbing ummah- Ebitlew




Sumber: Ustaz Ebit Lew/SK

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 25-2-2021 07:17 PM
Pegang dada tu untuk apa? Serious iols xtahu.

Lain-lain Komen

Quote Decon 22-2-2021 09:19 AM
mohon KKM modify ayat dalam infografik Amalkan 3W & Elakkan 3C, "meletakkan tangan di dada sebagai tanda bersalaman" kepada "meletakkan tangan SENDIRI di dada SENDIRI sebagai tanda bersalaman.
Quote Redmyvi 22-2-2021 09:25 AM
Aku suka ceramah sheikh habib ali sebab dia soft spoken.. tapi ebit ni ptut hati2 la nak post pape kt socmed bile melibat golongan agamawan ni.. tkut menimbulkn fitnah mcm kes tabligh dulu tu..
Quote noor2 22-2-2021 09:29 AM
Eloknya rupa syeikh ni. Keturunan darah campuran kut..
Quote kurenblack 22-2-2021 10:12 AM
Segala mak nenek SOP memang tak terpakai ka untuk ebit lew ni?
Quote trisnalovezul 22-2-2021 10:29 AM
alhamdulillah.saja mau bilang orng hebat ini ibunya indonesia ya bapaknya cina.jadi bukti kan kami bisa lahirkan anak2 yang hebat hasil perkahwinan campur.alhamdulillah ayah ostaz ni msuk islam.lihat satu malaysia sayang ostaz
Quote mamajawie 22-2-2021 11:11 AM
Decon replied at 22-2-2021 09:19 AM
mohon KKM modify ayat dalam infografik Amalkan 3W & Elakkan 3C, "meletakkan tangan di dada sebagai t ...

itu kan "suntikan semangat" yg syeikh buat kat abit tu..awat ang ni tu pun xtau kaa?
Quote Scheherazade 22-2-2021 11:47 AM
Aku suka gak dgr Sheikh Habib ni.
Quote renko 22-2-2021 02:24 PM
kurenblack replied at 22-2-2021 10:12 AM
Segala mak nenek SOP memang tak terpakai ka untuk ebit lew ni?

dia layennnnnnnnnnnnnn
Quote kakikuDibibirmu 22-2-2021 05:00 PM
Lagi best suntikan vaksin
Quote Aliaskotonggo 22-2-2021 05:08 PM
ustaz yg tak pandai melawak lucah, tak pandai melawak hambar, lawak trying hard dan tak pandai pulak nak berwhatsapp dgn perempuan....
Quote kurenblack 22-2-2021 06:15 PM
renko replied at 22-2-2021 02:24 PM
dia layennnnnnnnnnnnnn

Menteri, pulis semua diam tak berkutik tgk heols terang-terangan tak ikut SOP. Dipuja-puji netijen lagi. Memang dasat ilmu heols
Quote LadyCarefree 25-2-2021 07:17 PM
Pegang dada tu untuk apa? Serious iols xtahu.

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top