Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Jangan Ambil Tindakan Sendiri Isu Murtad' - Dr Zulkifli

21-2-2021 12:44 PM Komen: 8
Umat Islam diminta jangan bertindak menyalahi lunas perundangan termasuk dalam isu seorang lelaki bukan muslim yang mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam bukan warganegara baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri berkata, aspek perundangan perlu diambilkira kerana ia menyentuh sensitiviti agama dan hubungan kaum.


Kredit foto: IG Dr Zulkifli

Kerajaan memandang serius sebaran video yang memaparkan pengakuan seorang lelaki bukan muslim yang mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam bukan warganegara Malaysia.

Ia kini dalam siasatan polis dan menyeru semua pihak memberikan sepenuh kpercayaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan seterusnya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkifli, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan adalah terjamin di bawah Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan manakala Perkara 11 Prlembagaan Persekutuan meniktiraf hak dan kebebasan beragama untuk penganut agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia termasuklah hak menganutinya dan mengamalkannya.

Pun begitu, menurut Zulkifli, penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam adalah tertakluk kepada Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Fasal ini memberi kuasa kepada negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal penyebaran agama lain kepada orang Islam termasuk mengekang sebarang cubaan untuk memujuk, membawa atau mengajak orang Islam keluar dari agamanya sama ada melalui dakyah, perkahwinan atau apa jua cara sekali pun, tegasnya.

Menurut Zulkifli, hampir semua negeri mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pemgembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam yang digubal berdasarkan punca kuasa kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Saya difahamkan bahawa Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam bagi Wilayah Persekutuan kini dalam proses akhir penggubalan. Ini mrupakan antara keutamaan kerajaan dalam memperkasa perundangan syariah di Malaysia, katanya lagi.

Selain penguatkuasaan undang-undang, katanya, kerajaan juga mengambil berat aspek dakwah dan pendidikan dalam menangani isu-isu berkaitan pengukuhan akidah.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui Unit Konsultasi Akidah sentiasa berperanan sebagai hab khidmat nasihat, bimbingan dan istitabah kepada mana-mana umat Islam yang berhadapan dengan masalah, katanya.



Sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) yang diterajui Kementerian Perpaduan Negara, saya akan berusaha memastikan sebarang polemik berkaitan agama akan diselesaikan dengan baik dan berhemah, katanya.


Sumber: MalaysiaGazette


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

DJ Digantung Tugas, Cikgu Rafidah Bangga Jadi Guru
Comelnya Anak Ada Tahi Lalat, Tapi Hati-Hati Dengan 5 Tanda Ini!
Kaktus Keluarkan Aroma Wangi Persis Perfume Rihanna
Takut Nak Bawa Pergi Kedai Emas, Ruhainies Hadiahkan Duit Tunai Sempena Hari Jadi Ibu
Dah Banyak Kali Netizen Kritik, MK K-Clique Buat 'Bodoh' Ditegur Pakai Emas
"Ada Yang Tersilap Ingatkan Saya Angelina Jolie, -Bunga Is Me
Polis UK Pakai Bidai, Polis Kita Letih Sergah Orang Awam Rakam Gambar
Faizal Tahir Pernah Jual RXZ Untuk Beli PC Ketika Zaman Universiti Dulu
Penerima Vaksin Alami Kesan Sampingan Serius Boleh Dapat Pampasan - KJ
"Orang Cina Bukan Pendatang, Mereka Bangsa Johor" - Sultan Johor
Baru Keluar Pintu Dah Rindu Anak, Fazura Berat Hati Tinggal Anak Berjam-jam Di Rumah
Terlebih Bersenam Sampai Bekas Vokalis Samsons Kena Kanser Kulit Dan Otot
Belajar Dari Google & YouTube, Syatilla Melvin Malu Mengaku Baru Amal Solat Dhuha
China keluarkan rakaman pertempuran dengan tentera India
Dr Farah Cuma Alami Sengal-Sengal, Saran Rakyat Malaysia Suntik Vaksin Covid-19
7 Kakitangan JPJ Johor Ditahan SPRM. Manipulasi Sistem MySikap, Sebabkan Ketirisan RM3.1 Juta
Nama Faiz Subri Gah Di Luar Negara, Ditawar Jadi Jurulatih Teknikal Hungary
Jual Pakaian Penjara Secara Haram Di eBay
"Tinggalkan Tun M? Saya Katakan Tidak!" - Mat Sabu
Kerajaan Disaran Wujudkan Kementerian Kanak-kanak Cegah Pelacuran Sugar Baby'
Myanmar Setuju Terima Balik Pelarian Rohingya
Curi Masuk Bilik Pengantin Di Malam Pertama Sebab Sakit Hati Kekasih Pilih Wanita Lain

Komen Terbaru

Quote Aliaskotonggo 21-2-2021 03:23 PM
angelofish replied at 21-2-2021 01:14 PM
murtadkan satu hal.tapi kenapa fitnah orang islam sembah siva pulak? dalam kaabah ada patung katanya ...

rasanya dia tak tengok youtube, dia tengok tiktok

Lain-lain Komen

Quote angelofish 21-2-2021 01:14 PM
murtadkan satu hal.tapi kenapa fitnah orang islam sembah siva pulak? dalam kaabah ada patung katanya.bodoh.kat youtube tu ada banyak video dalaman kaabah .
Quote orkidorkido 21-2-2021 02:20 PM
angelofish replied at 21-2-2021 01:14 PM
murtadkan satu hal.tapi kenapa fitnah orang islam sembah siva pulak? dalam kaabah ada patung katanya ...

Kalau macam tu memang patut disiasat. Aku tak paham kenapa ramai india di malaysia benci orang melayu islam. Sedangkan yang selalu kutuk diaorang adalah cina. Cina selalu kata india hitam hitam .. they shud aim chinese la.

Ps: batu api kah aku? Im highlighting the truth
Quote miss_white 21-2-2021 02:34 PM
india kalo ada isu cina dgn melayu kemain lg india  back up cina sambil kutuk melayu
2 bangsa ni saling sokong menyokong antara satu sama lain
jenis xsedar diri org dh bg tumpang
tak tahu hormat tuan rumah
nk tgk dorg komen elok2 time dorg kena puji
elok je komen puiii


Quote piahsemah 21-2-2021 03:02 PM
Apa cerita kes illi saddiq tu
Quote Manjahati 21-2-2021 03:03 PM
angelofish replied at 21-2-2021 01:14 PM
murtadkan satu hal.tapi kenapa fitnah orang islam sembah siva pulak? dalam kaabah ada patung katanya ...

Nak wat mcmana kannn .....sbb dia pilih utk jadi bodoh n membodohkan diri sendiri..
Quote KIM.K 21-2-2021 03:16 PM
angelofish replied at 21-2-2021 01:14 PM
murtadkan satu hal.tapi kenapa fitnah orang islam sembah siva pulak? dalam kaabah ada patung katanya ...

Kan banyak di atas kubah letak bulan sabit. Bulan sabit tu bukan perlambangan islam dan haram letak lambang
Tapi bulan sabit ni yang menimbulkan fitnah hindu kata lambang dewa siva
Quote dudaberhias 21-2-2021 03:20 PM
miss_white replied at 21-2-2021 02:34 PM
india kalo ada isu cina dgn melayu kemain lg india  back up cina sambil kutuk melayu
2 bangsa ni s ...

Memang 2 ni akan backup sesama sendiri sebab leluhur khennnn... Cina pun anuti agama dari india ya itu guru buddha tu... So boleh la ngam sama2.
Quote Aliaskotonggo 21-2-2021 03:23 PM
angelofish replied at 21-2-2021 01:14 PM
murtadkan satu hal.tapi kenapa fitnah orang islam sembah siva pulak? dalam kaabah ada patung katanya ...

rasanya dia tak tengok youtube, dia tengok tiktok

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top